Anda di halaman 1dari 11

GURINDAM DUA BELAS FASA YANG KETIGA : Maksud, Nilai,  

Pengajaran

Posted on November 3, 2017 by admin

GURINDAM DUA BELAS FASA YANG KETIGA : Maksud, Nilai, Pengajaran

Maksud :

Penglihatan yang dijaga akan mengurangkan keinginan terhadap perkara-perkara yang negatif.

Pendengaran yang dijaga akan terhindar daripada berita yang tidak baik.

Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak manfaatnya.

Tangan perlu dipelihara daripada mengambil barang yang bukan hak kita.

Nafsu harus dijaga agar tidak melakukan perbuatan yang dilarang.

Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat.

Anggota kaki perlulah dipelihara dari melangkah ke tempat-tempat yang maksiat.

TEMA

Nasihat memelihara anggota diri.

Gurindam ini memberikan nasihat supaya kita sentiasa memelihara anggota diri dan berbudi pekerti.

PERSOALAN

1. Persoalan manfaat memelihara penglihatan dalam kehidupan.

Cth : Mata haruslah dipelihara sebaik-baiknya supaya tidak melihat sesuatu perkara yang dilarang
oleh Tuhan. (Rangkap 1)

2. Persoalan kebaikan memelihara tutur kata.

Cth :  Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak manfaat. (Rangkap 3)

3. Persoalan kepentingan memelihara pendengaran.

Cth :  Telinga perlu dijauhkan daripada mendengar segala hasutan dan kejian. (Rangkap 2)

4. Persoalan semangat penting dalam kehidupan.

Cth :  Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat. (Rangkap 6)

GAYA BAHASA

1. Kata ganda

Cth :  cita-cita (rangkap 1; baris 2)

2. Asonansi

Cth :  Pengulangan vokal a  -Apabila terpelihara mata,( rangkap 1; baris 1)

3. Aliterasi
Cth : Pengulangan bunyi konsonan g – Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan (rangkap
4 baris 1)

4. Bahasa kiasan

Cth :  Apabila perut terlalu penuh, keluarlah fiil yang tiada senonoh (rangkap 5)

BENTUK

1. 7 rangkap

2. Setiap rangkap mengandungi 2 baris

3. Jumlah perkataan antara 2 hingga enam perkataan

Cth : Sedikitlah cita-cita. (rangkap 1; baris 2)

Di situlah banyak orang yang hilang semangat. (rangkap 6 ; baris 2 )

4. Suku kata antara 8 hingga 15 suku kata

Cth : Se/di/kit/lah/ ci/ta/-ci/ta.  – 8 suku kata  (rangkap 1; baris 2)

Di/ si/tu/lah/ ba/nyak/ o/rang/ yang/ hi/lang/ se/mang/at

15 suku kata (rangkap 6; baris 2)

5. Rima akhir aa

Cth:  Apabila terpelihara kuping, – a

Khabar yang jahat tiadalah damping. – a      (rangkap 2; baris 1 & 2)

NILAI

1. Kebijaksanaan

Cth :  Kebijaksanaan dalam menuturkan kata-kata

2. Kesederhanan

Cth: Kesederhanaan ketika menghadap rezeki.

3. Kesabaran

Cth: Kesabaran memelihara mata daripada melihat perkara negatif.

4. Berbudi bahasa

Cth : Seseorang perlu menjaga tutur kata agar mendapat banyak faedahnya.

PENGAJARAN

1. Kita hendaklah menjaga penglihatan kita agar tidak menimbulkan keinginan yang tidak baik.

2. Kita mestilah memelihara pendengaran kita agar tidak mendengar berita yang tidak sahih.

3. Kita haruslah menjaga anggota kaki agar tidak menjejaki tempat yang tidak berfaedah.

.
1. PRAKTIS TOPIKAL

Praktis 1

Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

GURINDAM DUA BELAS

( Fasal yang Ketiga)

Apabila terpelihara mata,

Sedikitlah cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,

Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,

Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memelihara tangan, Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,

Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,

Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,

Daripada berjalan yang membawa rugi.

 
 

1. Kemukakan maksud rangkap ketiga gurindam di atas. [2 markah]

 Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak kebaikan atau manfaat.

1. Peribahasa terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa menuntut kita agar
menjaga tutur kata.

Pada pendapat anda, apakah kesan buruk yang akan dihadapi sekiranya seseorang itu gemar

menuturkan kata-kata negatif?                                                                                                     [3 markah]

 tidak akan disukai/dihormati

 tidak akan dipercayai

 kehilangan rakan/sahabat/teman

14

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

iii.   Huraikankan dua pengajaran yang terdapat dalam gurindam tersebut.                       [4 markah]

 Kita hendaklah memelihara penglihatan agar tidak menimbulkan keinginan yang tidak baik.

 Kita janganlah terlalu mengikut nafsu ketika makan agar tidak mendatangkan kemudaratan.

Praktis 2
 

1. Berdasarkan gurindam, mengapakah kita perlu memelihara anggota diri? [2 markah]

 Tidak muncul keinginan yang tidak baik

 Menghindari diri daripada berita yang tidak sahih

 Tidak berperangai yang tidak senonoh

 Tidak pergi ke tempat yang tidak berfaedah

1. Kemunculan media sosial seperti whatsapp, telegram, twitter dan facebook menjadi wadah


kepada individu yang tidak bermoral untuk menyebarkan berita-berita yang boleh
mempengaruhi minda pembacanya.

Pada pendapat  anda, apakah  tindakan  yang  akan  anda  ambil sekiranya  anda  menerima

sesuatu berita yang diragui kebenarannya?                                                                       [3 markah]

 bertanya kepada badan yang bertanggungjawab/menyiasat

 melaporkan berita kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya

 mengabaikan berita

iii.   Huraikankan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam tersebut.                          [4 markah]

 Persoalan manfaat memelihara penglihatan dalam kehidupan.

Cth: Mata haruslah dipelihara sebaik-baiknya supaya tidak melihat sesuatu perkara yang dilarang
oleh Tuhan. (Rangkap 1)

 Persoalan kebaikan memelihara tutur kata.


Cth: Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak manfaat. (Rangkap 3)

 Persoalan pentingnya memelihara pendengaran.

Cth: Telinga perlu dijauhkan dari mendengar segala hasutan dan kejian. (Rangkap 2)

 Persoalan semangat penting dalam kehidupan.

Cth: Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat. (Rangkap 6)

15

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 3

i.

Hendaklah peliharakan kaki,

Daripada berjalan yang membawa rugi


Kemukakan maksud rangkap gurindam di atas. [2 markah]

 Anggota kaki perlu dipelihara daripada melangkah ke tempat-tempat yang mendorong


kepada maksiat.

1. Akhir-akhir ini golongan remaja banyak terlibat dalam masalah sosial.

Pada  pendapat  anda,  bagaimanakah  seseorang  remaja  dapat  mengelakkan  diri  daripada

melakukan perbuatan negatif?                                                                                                     [3 markah]

 Mendalami ilmu agama

 Bergaul dengan rakan yang berakhlak mulia

 Mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti berfaedah

iii.   Huraikan dua nilai yang dikemukakan dalam gurindam tersebut.                               [4 markah]

 Kebijaksanaan

Cth: Bijak dalam menuturkan kata-kata.

 Kesederhanaan

Cth: Sentiasa bersederhana ketika memperoleh rezeki.

 Kesabaran

Cth: Sentiasa bersikap sabar untuk memelihara anggota badan terutamanya mata daripada melihat
sesuatu yang ditegah oleh Tuhan.

 
 

16

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 4

1. Nyatakan maksud keluarlah fiil yang tiada senonoh. [2 markah]

 muncul kelakuan yang tidak baik/sopan.

 
1. Dalam rangkap kedua gurindam, penulis mengingatkan kita agar menjaga pendengaran.
Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu memelihara pendengaran?

[3 markah]

 Supaya diri terhindar daripada mempercayai sesuatu yang belum pasti/khabar angin/
negatif.

 Supaya pergaduhan atau perselisihan faham dapat dielakkan.

 Huraikankan dua pengajaran yang terdapat dalam rangkap ketiga gurindam tersebut.

[4 markah]

 Kita haruslah menjaga pertuturan semasa berkomunikasi supaya terhindar daripada terlibat
dalam perselisihan faham/ pertelingkahan.

 Kita mestilah berfikir dan berhati-hati sebelum menuturkan kata-kata agar tidak melukakan
hati orang lain.

 Kita mestilah bersopan-santun ketika berbicara supaya diri disenangi oleh orang
lain/masyarakat.

 
 

17

Modul Prigel KOMSAS Tingkatan 4

Praktis 5

1. Nyatakan maksud khabar yang jahat tiadalah damping. [2 markah]


 

-terhindar daripada berita yang tidak benar/palsu

1. Pada pendapat anda, wajarkah kita mengambil berat tentang penjagaan pemakanan?

Jelaskan dua alasan anda.                                                                                                             [3 markah]

 Wajar Alasan:

mengelakkan diri daripada menghidap penyakit berbahaya. menjadikan tumbesaran badan lebih
sempurna

minda lebih cerdas

menjimatkan kos perubatan

iii.   Huraikan tema yang terungkap dalam gurindam tersebut.                                                [4 markah]

 Nasihat memelihara anggota diri

 Anggota diri seperti mata, telinga, lidah, tangan dan kaki perlu dijaga daripada melakukan
perkara yang ditegah oleh agama

 Kehidupan perlulah dijalani dengan penuh semangat.

Anda mungkin juga menyukai