Anda di halaman 1dari 5

Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga) 

 
Rangkap 1 
          Apabila terpelihara mata, 
          Sedikitlah cita-cita. 
 
Maksud: Apabila seseorang itu berjaya menjaga penglihatannya
dengan baik, maka tidak akan timbul pelbagai keinginan yang dapat
merosakkannya. 
 
Rangkap 2 
          Apabila terpihara kuping, 
          Khabar yang jahat tiadalah damping. 
 
Maksud: Apabila seseorang berjaya menjaga pendengarannya
dengan baik, berita-berita yang tidak elok dapat dihindarinya.  
 
Rangkap 3 
          Apabila terpelihara lidah, 
          Nescaya dapat daripadanya faedah. 
 
Maksud: Apabila seseorang berjaya mengawal pertuturannya,
banyak kebaikan akan diperolehnya.  

 
Rangkap 4 
          Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan, 
          Daripada segala berat dan ringan. 
 
Maksud: Apabila seseorang berjaya mengawal anggota tangannya,
perkara yang berat dan ringan akan dapat diselesaikannya. 
 
Rangkap 5 
          Apabila perut terlalu penuh, 
          Keluarlah fiil ( kelakuan ) yang tiada senonoh. 
 
Maksud: Sekiranya seseorang gagal mengawal nafsu makan, maka
banyak perkara yang memudaratkan akan timbul. 
 
 
Rangkap 6 
          Anggota tengah hendaklah diingat, 
          Di situlah banyak orang yang hilang semangat. 
 
Maksud: Perlunya kebijaksanaan mengawal nafsu syahwat supaya
semangat mereka tidak mudah luntur. 
 
Rangkap 7 
          Hendaklah peliharakan kaki, 
          Daripada berjalan yang membawa rugi. 
 
 
Maksud: Perlunya mengawal pergerakan kaki agar tidak pergi ke
tempat-tempat yang dapat membawa kepada kerosakan. 

Gurindam Pendidikan 
 
Cari ilmu wajib hukumnya 
Bahkan sampai ke negeri China 
 
Barang siapa hendak bertanya 
Maka tanyalah pada ahlinya 
 
Jika berilmu janganlah angkuh 
Nanti dirimu akan terjatuh 
 
Jadi orang pintar memang perlu 
Tapi juga harus bijak selalu 
 
Ilmu itu harus dicari 
Belajarlah pada yang ahli / orang guru / guru 
 
Belajar bukan hanya membaca kitab 
Tapi jangan lupa menjaga adab 
 
Barang siapa mencari ilmu 
Maka carilah ke para guru 
 
Ilmu jangan hanya dihafalkan 
Namun juga harus diamalkan 
 
Guru haruslah dihormati 
Karena dia ilmu diberi 
 
Ketika hendak mencari ilmu 
Haruslah sungguh-sungguh selalu 
 
Ketika engkau tengah belajar 
Haruslah tekun dan juga sabar 
 
LATIHAN 
i. Berdasarkan bahan 2, berikan maksud rangkap 8. ( 2m ) 
Berdasarkan bahan 2 maksud rangkap 8 ialah  
 
ii. Berdasarkan semua bahan apakah amalan-amalan yang
perlu kita amalkan.

( 3m ) 
Berdasarkan semua bahan, amalan-amalan yang perlu kita
amalkan ialah  
 
 
iii. Pada pendapat anda, mengapakah sesetengah remaja pada
hari ini tidak mengamalkan amalan yang baik dalam
kehidupan. 
( 3m ) 
 
Pada pendapat saya, remaja hari ini tidak mengamalkan amalan
baik dalam kehidupan kerana  
 
iv. Rakan anda, suka berbohong. Sebagai seorang rakan
apakah yang perlu anda lakukan untuk mengubah sikapnya itu. 
( 4m ) 
Sebagai seorang rakan saya akan  menyedarkannya
bahawa perbuatan itu akan menjejaskan nama baiknya.
Selain itu, saya akan meminta bantuan kaunselor untuk
menasihatinya. Saya juga akan memberitahu ibu bapanya
tentang sikapnya yang suka berbohong.
 
v. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu tekun dan
sabar ketika mencari ilmu.
( 3m ) 
Pada pendapat saya, kita perlu tekun dan sabar ketika
mencari ilmu supaya  kita tidak mudah berputus asa untuk mencapai
kejayaan. Selain itu, kita tidak stress dan menyebabkan kemurungan.
 
iv.     Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menjaga  
        percakapan kita. 
Pada pendapat saya, kita perlu menjaga percakapan kita supaya kita
tidak menimbulkan pergaduhan. Selain itu, kita akan mudah
mendapat kawan. Kita juga tidak akan mencemarkan maruah
keluarga.
 
vi. Anda sukar untuk mengingati topik-topik penting yang diajar
oleh guru. Apakah yang perlu anda lakukan untuk mengatasi
masalah anda.? ( 4m ) 
Untuk mengatasi masalah saya , saya perlu  sentiasa
bertanya kepada guru. Saya juga akan sentiasa mengulang kaji topik-
topik penting yang diajar oleh guru. Saya juga akan bertanya kepada
rakan-rakan.

Anda mungkin juga menyukai