Anda di halaman 1dari 5

Berikut saya kongsikan 13 perangai buruk yang perlu anda buang kalau serius nak berjaya:

1. Buang ketagihan pada media sosial

Seluruh dunia di negara maju hadapi masalah berat ini. Ketagihan pada media sosial. Berapa kerap anda
semak email, FB, twitter, whatassp dan seumpamanya. Ini dah menjadi-jadi sekarang. Saya juga jadi
macam tu sejak pakai telefon pintar ni. Dah jadi satu ketagihan sebenarnya, walaupun mungkin anda tak
rasa macam tu.

Satu masa nanti akan ditubuhkan pula pusat pemulihan media sosial. Tambahan kepada pusat
pemulihan dadah yang dah sedia ada. Mungkin ramai yang akan dihantar masuk oleh ahli keluarga
mereka.

Sebelum jadi macam tu, cari jalan penyelesaian, sikap kebergantungan kepada media sosial ni. Latih diri
dari sekarang dan pakai media sosial secara berdisiplin berdasarkan keperluan. Fokus pada hasil. Kalau
tak ada hasil buat apa nak buka media sosial.

2. Buang perangai nak ambil hati semua orang

Strategi nak bagi semua orang suka tidak akan pernah berjaya. Anda terpaksa jadi hipokrit atau
mengkarung yang sentiasa bertukar warna ikut keadaan setempat untuk buat semua orang suka.

Kalau nak berjaya, anda perlu terima hakikat akan ada orang yang betul-betul suka, dan akan ada
sekumpulan lain pula yang meluat tak tau nak kata.

Terima hakikat itu dan jalan terus. Itu lumrah kehidupan.

3. Tinggal kawan yang mindanya beracun

Ada kawan yang kerjanya hanya nak kondem orang. Depan kita dia kondem orang lain. Banyak
kemungkinan bila depan orang lain, dia akan kondem kita pula. Itu salah satu ciri orang yang punya
minda beracun. Elakkan orang macam tu. Dan paling penting anda sendiri jangan dok jadi macam tu.

Biasanya orang yang minda beracun ni punya karisma yang menarik. Mereka memang mudah didekati
dan amat pandai sesuaikan keadaan. Mereka selit racun secara sistemik tanpa disedari.

Orang minda beracun ni kerjanya lebih banyak kepada merungut, mengeluh, semuanya negatif, suka
menghukum terus, ayat kesat, mencarut jadi mainan mulut, cepat panas baran, sentiasa berlakon jadi
mangsa, terlalu banyak bercakap tapi kurang mendengar, potong ayat orang untuk sembur ayatnya yang
beracun dan lain-lain lagi seumpamanya.

Ada ramai yang akan tak selesa dengan saranan ini. Mereka rasa tak patut pilih kawan macam tu dan
mahu bersikap cool habiskan masa dengan semua jenis orang. Kalau anda serius nak berjaya, jangan ikut
sikap cool macam tu.

4. Jangan cuba jadi manusia sempurna


Kalau nak tunggu sempurna baru nak cuba perkara baru, alamat sampai kiamat tak akan mencuba. Kalau
nak jadi penembak tepat baru nak mula tembak, sampai ke mati tak akan jadi, menembakpun tak akan
reti.

Cara terbaik untuk jadi manusia sempurna adalah dengan tak buat apa-apa. Jadi tak akan berlaku
satupun kesalahan. Kalau anda ingat boleh bangga hidup tanpa buat salah, teruskan dengan dunia tak
bergerak anda itu.

Anda hanya perlu sasarkan pada kesempurnaan sahaja dan mula buat yang terbaik. Bila hasilnya tak
sempurna tak payah nak berdrama sangat. Buat analisa, cari apa yang boleh dibaiki dan cuba lagi.

5. Buang kepercayaan adanya formula ajaib

Sekarang ada banyak iklan hebat yang memainkan emosi lemah manusia. Mereka paparkan gambaran
sebelum yang buruk dan dikepilkan sebelahnya gambaran selepas yang mengkagumkan.

Sebelum huduh, selepasala ala Neelofa! dan andapun percaya krim ajaib mujarab 7 telaga gunung,
peram 7 purnama, laungan azan 7 muazzin, zikir 7 guru mursyid dan lain-lain lagi keajaiban. Beli dan
sapu muka, nak terus jadi Neelofa.

Mohon maaf! buang perangai macam tu. Jangan percaya pada adanya formula ajaib, peluru emas,
dragon ball atau entah apa lagi seumpamanya.

Semua kejayaan adalah gabungan ribuan kalau tak jutaan perkara kecil sedikit demi sedikit. Lihat pada
artikel saya yang sebelum ini pasal Kesan Berganda. Semua bermula dari kesukaran sehinggalah ke satu
titik tertentu sebelum melonjak naik ke atas.

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian anda tahu sambung peribahasa ini kan!

6. Buang perangai cari alasan

Ramai orang suka cari alasan dari kecil sampai besar. Kecekapan cari alasan dah sebati dan keluar
terpancul dari mulut tanpa perlu gunakan akal lagi. Sebab itu perangai buruk ini amat susah nak buang.

Tapi nak buat macam mana, kalau serius nak berjaya, buang sikap cari alasan ini. Latih diri cari jalan.
Tanya macam mana nak buat dan elak cari sebab kenapa tak perlu buat.

Hendak seribu dayasambung bang!

7. Buang perangai fikir singkat

Orang yang berfikiran singkat akan jual tanah untuk dapat duit. Orang yang berfikiran jauh tak akan jual
tanah tu. Dia akan fikirkan bagaimana nak tingkatkan nilai tanah yang ada.

Baru-baru ini kawan saya yang kaki beli tanah beritahu. Sepanjang dia bergiat beli tanah dari dulu
sampai sekarang, golongan yang paling kerap dia jumpa jual tanah, adalah orang Melayu. Saya tak
perasan perkara ini sebab bukan kaki beli tanah macam dia. Tapi itu membuatkan saya terfikir sejenak
apa yang tak kena.

Fikir panjang jauh jauh dalam apa saja usaha. Jangan asyik nak kaya cepat dan jangan nak buat untung
cepat. Semakin jauh orang berpandangan, semakin besar peranannya dalam kehidupan.

Hidup hanya sekali, tapi kalau anda jalani kehidupan dengan cara yang betul, berbaloi walaupun ianya
hanya sekali.

8. Buang gaya hidup buruk yang tak sihat

Jaga badan anda baik-baik. Jangan biarkan penyakit berkumpul padanya. Lemak terlalu banyak tak ada
orang nak belipun.

Satu-satunya tempat paling penting di mana anda jalani kehidupan adalah di badan anda sendiri. Jadi
tolonglah jaga sebaik mungkin. Lepas itu baru fikirkan nak jaga alam sekitar dan orang lain pula.

Cuba sedaya upaya untuk hidup secara sihat. Bersenam, jaga makan dan jaga tidur. Bukan banyakpun, 3
benda saja pun.

Kalau tak boleh 100% hidup sihat, jangan pula 100% hidup tak sihat.

9. Buang sikap buat sasaran yang kecil

Masa mula berniaga dulu saya jenis selesa dengan sasaran yang kecil. Kononnya tak suka buat orang lain
rasa tak selesa kalau saya bercita-cita besar. Tapi saya tersedar itu hanya mainan perasaan yang takut
punya impian besar.

Lepas itu saya mula ubah, saya mula ulang sebut world class. Nak latih minda punya impian yang besar.
Walaupun masih tak jadi lagi world class sampai sekarang, tapi impak kepada sasaran yang besar itu
amat hebat.

Oleh itu, impikan yang besar-besar dan mulakan dengan yang kecil-kecil.

Jangan dari awal impianpun kecil, anda akan sukar bergerak naik. Akan jadi ala kadar hidup segan mati
tak mahu. Tak akan ada orang yang jadi tak selesa bila anda punya impian besar asalkan ianya adalah
realistik.

Hentikan terus nak main kecil-kecil saja. Jangan hanya buat team bola sekadar nak masuk liga Kampung
Naka, Kedah saja, tanam impian nak masuk liga Nasional terus, apa salahnya?

10. Buang perangai berfikiran tertutup

Orang yang berfikiran tertutup percaya bakat dan pengetahuannya dah tepu dan akan kekal begitu. Itu
satu tanggapan yang amat tersasar dari sikap orang yang mahu berjaya.
Apa saja yang anda nak jadi, apa saja kejayaan besar yang anda mampu bayangkan, semuanya adalah
mungkin belaka. Tak kisah apapun sejarah anda di belakang hari yang lalu.

Belajar perkara baru, belajar imu dan kemahiran baru, buka minda, ubah perspektif anda, dan cabar
kepercayaan yang ada dalam diri sendiri yang terbantut tu, cabar apa saja cakap orang yang
membantutkan kejayaan anda.

11. Buang perangai nak buat banyak benda sekaligus

Orang akan cuba yakinkan anda untuk buat banyak perkara sekaligus. Orang itu biasanya nak
pergunakan anda selama mungkin. Orang yang asyik berhenti baling batu setiap kali ada anjing
menyalak tak akan sampai ke destinasinya.

Bila anda buat banyak perkara sekali gus, anda tak akan jadi cekap dalam apa urusanpun. Itulah
matlamat utama orang yang tak mahu lihat anda meningkat maju.

Bila anda ikut tanpa sedar dan percaya, buat banyak benda sekali gus itu adalah satu kehebatan, anda
akan buang masa dan tertipu dengan perkara yang terbukti tidak betul.

Kalau nak jadi cikgu, jadilah cikgu betul-betul, jangan sekejap ahli politik, sekejap ustaz, sekejap bomoh,
sekejap, aktivis, sekejap petani, sekejap usahawan, kejap itu dan ini. Sedar-sedar dah nazak atas katil
orang dok ajar mengucap. Tapi kalau anda rasa itu tujuan anda hidup, jadi macam-macam yang tak
berapa pandai, teruskanlah.

12. Buang perangai nak kawal semua benda

Anda mesti tahu ada perkara yang tak boleh dikawal dan ada perkara yang anda boleh kawal. Jadi
jangan nak buang masa cuba kawal semua perkara, tak akan bolehpun.

Satu-satunya perkara yang anda boleh kawal adalah persepsi anda terhadap apa saja yang berlaku di
sekeliling anda. Fokus untuk kawal apa yang anda fikirkan dan bukan nak ubah keadaan yang sedang
berlaku di sekeliling, yang di luar kawalan.

13. Buang sikap angguk pada semua perkara

Ada perkara yang anda boleh angguk setuju dan ikut. Ada perkara yang anda perlu tegas katakan tidak!
dan tak payah nak ikut.

Belajar bezakan antara dua perkara tersebut dan anda akan lebih fokus dan terurus.

Yang penting dan yang perlu anda buat dan ikut adalah apa saja perkara yang boleh membantu anda
mencapai sasaran hidup yang telah ditetapkan. Selain dari itu, just say NO.

Ada lagi yang saya sendiri masih tidak dapat buang dalam 13 perangai buruk kat atas tu. Saya masih lagi
berusaha untuk membuangnya sebaik mungkin.

Moga sama-samalah kita amalkannya.


~ The Vocket Dot Com

Anda mungkin juga menyukai