Anda di halaman 1dari 10

Nombor 1

Anda seorang yang pemurah dan bermoral. Anda selalu berusaha membaiki diri. Bercita-cita
besar dan mempunyai standard yang tinggi. Orang lain mungkin merasakan susah
berkomunikasi dengan anda, tetapi bagi anda, sebenarnya susah untuk anda menjadi diri
sendiri. Anda bekerja dengan sangat kuat tetapi tidak mementingkan diri. Anda bekerja kerana
anda ingin mengubah dunia. Anda berkemampuan untuk mencintai orang sehingga mereka
menyakiti anda. Sekalipun demikian, anda akan masih menyintainya. Hanya sedikit orang yang
dapat menghargai segala yang anda lakukan.
Nombor 2
Anda seorang yang menyeronokkan dan jujur. Anda sangat bertanggungjawab dan suka
menjaga orang lain. Anda percaya bahawa kita perlu sentiasa bersikap jujur dalam setiap
pekerjaan. Anda mempunyai personaliti yang baik dan orang akan cepat mempercayai anda.
Anda juga bijak serta cepat berfikir. Sentiasa ada cerita menarik untuk anda kongsikan.
Nombor 3
Anda seorang yang bijak dan suka berfikir. Anda adalah pemikir yang hebat. Bagi anda, akal
fikiran dan idea adalah sangat penting. Anda suka berfikir mengenai teori dan pandangan anda
berseorangan. Anda juga jenis orang yang introvert. Anda hanya dapat menyesuaikan diri
dengan orang yang suka berfikir dan belajar seperti anda. Anda juga banyak berfikir tentang
moraliti. Sentiasa cuba melakukan yang elok pada fikiran anda, sekalipun majoriti menentang
anda.
Nombor 4
Anda seorang yang perseptif dan berfalsafah. Anda unik dan berbeza dengan orang lain. Anda
juga seorang yang mengikut naluri dan aneh sedikit. Selalu disalahanggap oleh orang lain, dan
ianya menyakitkan hati anda. Anda perlukan ruang untuk diri anda. Kreativiti anda perlu diasah,
dan ianya memerlukan anda menghormati orang lain. Anda adalah orang yang dapat melihat
baik dan buruk dalam hidup dengan jelas. Anda sangat emosional.
Nombor 5
Anda jenis yang yakin dan menguasai keadaan. Anda sangat berdikari. Prinsip hidup anda 'Saua
akan lakukan dengan cara saya'. Anda seorang yang bergantung pada diri sendiri dan tahu
bagaimana untuk menjadi tabah pada diri sendiri dan orang yang anda cintai. Anda cukup tahu
apa yang anda nak dan anda tidak takut untuk mengejar impian anda. Satu perkara yang anda
perlukan dari orang lain ialah kejujuran. Anda juga cukup kuat untuk menerima kebenaran.
Nombor 6
Anda seorang yan baik dan sensitif. Orang lain cepat dapat bergaul dengan anda. Anda
mempunyai ramai rakan dan suka membantu mereka. Anda mempunyai aura yang baik
sehingga semua orang gembira untuk berada di sisi anda. Setiap hari, anda memikirkan cara
memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Anda mahu menjadi lebih menarik, tersendiri dan
unik. Lebih daripada orang lain di dunia, anda sangat memerlukan cinta. Malah termasuk
mencintai orang yang tidak mencintai anda.

Nombor 7
Anda seorang yang ceria dan sentiasa gembira. Anda sangat sensitif tetapi juga sangat
memahami. Anda pendengar yang baik dan tahu untuk tidak bersikap menyebelahi sesiapa.
Anda lebih terbuka dengan orang yang baru anda kenali dan di majlis-majlis. Anda sangat kebal
daripada stress dan sangat jarang untuk merasa bimbang. Kebiasaaannya, anda sentiasa
relaks. Anda sentiasa ada masa untuk berseronok dan tidak hilang tujuan.
Nombor 8
Anda seorang yang menawan dan bertenaga. Anda seorang yang menyeronokkan dan tahu
untuk membuatkan orang ketawa. Anda sentiasa tenang dan selesa menjalani kehidupan anda.
Anda seorang spontan dan enthusiastic. Tidak pernah mengatakan tidak kepada cabaran baru.
Biasanya anda akan mengejutkan orang sekeliling anda pada akhirnya. Tetapi, itulah anda.
Sentiasa menjadi diri sendiri. Mempunyai banyak minat dan jika menunjukkan minat pada
sesuatu, anda akan cuba buat dengan sebaik mungkin.
Nombor 9
Anda seorang yang optimistik dan bernasib baik. Anda percaya bahawa hidup adalah satu
anugerah dan sentiasa cuba untuk mencapai sebanyak mungkin dan meletakkan anugerah ini
pada tempat yang sepatutnya. Anda sangat bangga dengan pencapaian anda. Anda juga
sentiasa bersedia untuk setia dengan orang yang anda sayang. Anda mempunyai pendekatan
hidup yang sihat. Anda gunakan sebarang peluang untuk memaafkan, terus belajar dan
membesar kerana anda percaya hidup adalah terlalu pendek untuk membiarkan ianya berlalu
begitu sahaja.

Kalau kuda jantan adalah perkara pertama yang anda nampak, anda
seorang yang bercita-cita tinggi. Sifat ingin berjaya dan bebas itu
menyebabkan anda tidak akan sia-siakan hari anda.

Personaliti dan keperibadian anda patut di teladani oleh orang lain kerana
anda suka bersikap positif, jujur dan didorong.
Jika ayam jantan adalah imej pertama yang anda lihat, ciri utama
keperibadian anda adalah ketekunan. Ayam jantan sangat tegas, pantas,
pintar walaupun badan kecil. Ayam jantan dikenali sebagai makhluk yang
garang.

Anda seperti mereka, mungkin nampak macam tak bahaya kerana


penampilannya yang biasa tapi tengoklah kalau ada orang buat silap
dengan anda. Orang tu dalam bahaya.
Keras dari luar, tapi lembut dari dalam, anda berkongsi ciri ini dengan
ketam jika ia adalah makhluk pertama yang anda lihat dalam gambar.
Ketam juga dikenali sebagai sangat setia. Oleh itu, sama ada anda tahu
atau tidak, anda ada ciri dan personaliti seperti itu.

Anda sentiasa meletakkan orang lain dahulu dari diri anda sendiri dan tidak
pernah dalam fikiran anda untuk menipu atau mengkhianati orang-orang
yang mempercayai anda.
Tahap kesabarannya yang tinggi. Ia boleh terus berjam-jam menunggu
mangsa dan bertindak tanpa amaran untuk memburu. Jika ini makhluk
pertama yang anda lihat, maka anda mempunyai naluri yang sangat kuat.
Suara hati anda membimbing anda dan anda sangat yakin dengan diri
sendiri. Anda ada keberanian dan semangat juang yang berpandukan oleh
suara hati anda sendiri.
Pahlawan tunggal yang berjalan dalam kelompoknya. Serigala dikenali
sebagai haiwan yang hidup dalam kelompok tapi mereka juga makhluk
yang kesepian, mengembara liar sahaja tanpa ada rasa takut. Sekiranya
serigala anda lihat dulu, kemungkinan besar itu adalah diri anda, seorang
yang ada keperibadian yang berani dan survive untuk hidup.

Campaklah dekat mana-mana pun mesti boleh hidup. Anda boleh duduk
dalam kelompak orang ramai dan anda seorang yang sangat menonjol.
Nak jadi macam serigala ni kena ada pengalaman yang banyak.
Pengalaman hidup yang sangat banyak sebab nak survive kan?
Setia, berani, melindungi dan tidak pentingkan diri sendiri. Semua orang
tahu ciri-ciri yang berkaitan dengan anjing tapi sangat sikit orang yang
mempelajari sifat haiwan ini. Kalau anjing adalah perkara pertama yang
anda nampak, anda seorang yang boleh dipercayai.

Bukan setakat boleh dipercayai tapi sangat setia lagi-lagi dalam hubungan
dan penyayang, pelindung dan boleh ajak bergurau pada masa yang
sama. Orang akan cepat sayang pada anda kerana personaliti dan
keperibadian yang sangat disegani itu. Bagus teruskan bersifat
sedemikian!.
Liar, bebas dan dicipta untuk berada di langit. Helang adalah salah satu
pemangsa utama alam semula jadi. Jika ini yang pertama anda lihat, ia
menunjukkaan bahawa anda juga seorang yang tangkas atau fokus dan
sepenuhnya didorong ke arah yang anda mahukan.

Kalau A anda nak, anda takkan cari yang B. Bagi selesai yang A dulu.
Anda tidak pernah tinggalkan keputusan anda sebaik je anda
dapat aim anda sendiri. Perkara yang anda mahu dalam hidup ni, anda
akan cuba untuk merebut peluang dan melebihi jangkauan orang lain.
Rama-rama adalah simbol kecantikan dan perubahan yang paling terkenal.
Ia berubah dari satu tahap ke tahap yang lain dengan cara yang paling
elegen. Jika rama-rama adalah perkara pertama yang anda lihat. anda
mungkin mencerminkan ciri-ciri yang sama.

Anda boleh sesuaikan diri, fleksibel dan anda boleh ubah diri anda
berdasarkan keperluan anda dan boleh buat apa je yang perlu dilakukan.
Anda juga mungkin mendapati diri anda tak secantik rama-rama. Tapi
yakinlah, anda mempunyai keperibadian untuk keluar dan menjadi orang
yang cantik jika anda mahu dan mempunyai personaliti anda sendiri.
Simbol keamanan dan cinta abadi, seekor burung merpati merupakan
salah satu ciptaan alam yang paling indah. Jika burung merpati adalah
makhluk pertama yang anda lihat.

Anda mungkin ada jiwa yang tenang sabar sihat dan damai dengan diri
anda sendiri. Ia adalah salah satu perkara yang paling sukar untuk dicapai
dalam kehidupan (ketenangan dari dalam). Anda akan selalu jadi simbol
harapan untuk seseorang.

Semua ujian personaliti diri yang dikongsikan Facebook dan Nak Bebel ini


adalah sekadar suka-suka dan bukannya sesuatu ujian yang tepat. Ia
dibuat berpandukan kajian secara rambang yang dipadankan dengan
kebolehan dan kelebihan yang dimiliki oleh haiwan-haiwan yang terpilih.
Mungkin ada silapnya dan jika tepat dengan personaliti peribadi anda, itu
adalah secara kebetulan sahaja.

Anda mungkin juga menyukai