Anda di halaman 1dari 5

KOLEKSI KATA-KATA MUTIARA DAN HIKMAH

written by Ciktom
Khas untuk PEREMPUAN
Koleksi kata-kata mutiara atau kata-kata hikmah yang dapat dijadikan panduan
hidup. Teringat time sekolah dulu cik tom memang sua juga salin kata-kata
hikmah ini dan buat penanda buku. Tapi semua kata hikmah yang cik tom
kumpul dulu dah hilang ke mana. Memang seronok baca kata-kata mutiara yang
puitis dan indah ini. Koleksi ini memang sesuai dijadikan motivati dan semangat
bagi pengisian diri dari segi rohani.

Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat


membuka kunci

Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.
Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai
kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati

Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak
percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang
ketakutan

Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan
putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.

Kemahuan yang tinggi akan mengubah persepsi seseorang terhadap


sesuatu sehingga yang mustahil pun boleh terjadi.

Lebih baik berusaha menyalakan lilin dari menyumpah kepada kegelapan.

Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh
kehidupan adalah satu ujian.

Orang yang berjaya ialah orang yang melakukan tindakan yang tidak
mampu diimaginasikan oleh orang lain, malah tidak mampu dilakukan
oleh orang besar sekalipun.

Sebelum mencela pasangan hidupmu, bayangkan mereka yang masih


menghiba untuk dikurnia jodoh.

Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada


kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.

Berani Berkorban dan Berubah, Kejayaan adalah Ganjarannya

Setiap perkara ada gantinya. Setiap perlakuan ada ganjarannya. Setiap


kejadian ada hikmah di sebalik kejadiannya.

Tiada jalan singkat untuk kita sampai ke sesuatu destinasi yang


sememangnya jauh. Perjalanan tetap melibatkan langkah demi langkah
dan tingkat demi tingkat.

Nabi Muhammad pernah berkata, (Amal yang paling disukai Allah adalah
amal yang dilakukan secara terus menerus sekalipun sedikit (HR Bukhari
dan Muslim daripada Aisyah)

Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.

Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus


masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang
boleh berjaya.

Orang yang berjaya juga mampu menimbulkan perasaan kagum serta


takjub orang lain kerana kejayaan dan kehebatannya

Orang yang berjaya tidak hidup di pinggir peristiwa, bukan orang yang
kosong tanpa nilai dan bukan orang yang hanya menjadi pelengkap

Sayidina Ali menyatakan Kalau engkau ingin menjadi raja, maka pakailah
sifat qonaah (puas). Kalau engkau ingin syurga dunia sebelum syurga
akhirat, pakailah budi pekerja yang mulia.

Antara akhlak orang yang berjaya adalah optimis dan tidak berputus asa,
mampu memperbaiki kesalahannya dan keluar daripada krisis serta
mengubah kerugian menjadi keuntungan

Baik kaya adalah kaya hati, sebaik-baik bekal adalah takwa, seburukburuk buta adalah buta hati dan sebesar-besar dosa adalah berdusta

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu
seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.( Hamka).

Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju.


(Home)

Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu,


tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu.

Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat


kemenangan. (Surah al-Hajj:77)

Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah
tempat meminta pertolongan (Surah Yusuf:18)

Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.

Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang
selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita
kerjakan. (Davey John Schwartz)

Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat.

Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.

Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.

Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi
perbualan penduduk langit.

Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak
salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia
tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.
(Saidina Ali Abu Talib)

Sabda Rasulullah s.a.w: Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka
merosakkan madu.

Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali


berusaha untuk mengejar impian hari esok.

Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan


bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah
itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama
Allah. (Surah Al-Baqarah:214)

Kekitaan yang erat tiada yang berat.

Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan
yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.

Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati

Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.

Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguhsungguh.

Kesihatan yang hilang boleh diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik


tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang.

Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu
dibalas dengan buah.

Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya
kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu,
kejayaan akan menjadi milik anda ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)

Kita sering nampak derita hari ini, tapi kita jarang ingat kebahagiaan
untuk esok hari, jadi belajar lah untuk menghargai apa yg kita miliki hari
ini, kerana kita takkan dapat mencapai penghargaan untuk esoknya jika
semuanya telah tiada

Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan
juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal
mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi

Ketika kamu melontarkan sesuatu dalam kemarahan, kata -katamu itu


meninggalkan bekas seperti lubang di hati orang lain. Kamu dapat
menusukkan pisau pada seseorang, lalu mencabut pisau itu. Tetapi, tidak
peduli berapa kali kamu meminta maaf, luka itu akan tetap ada. Dan, luka
kerana kata kata adalah sama buruknya dengan luka berdarah.

Dalam hidup, seringkali kita lebih banyak mendapatkan apa yang tidak
kita inginkan. Dan ketika kita mendapatkan apa yang kita inginkan,
akhirnya kita tahu bahawa apa yang kita inginkan terkadang tidak dapat
membuat hidup kita menjadi lebih bahagia.

Seandainya kita tidak mampu untuk mengutuskan secebis kesenangan


kepada orang lain, berusahalah supaya kita tidak mengirimkan walau
sezarah kesusahan kepada orang lain.

Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan. Tetapi
sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga
tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah
melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita
akan dapat mengubati hati yang telah terluka.

Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat
berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika
menerima kebaikan daripada orang lain.

Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang


merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya
membalas dan bersikap adil ketika kuat -Khalifah Abdul Malik Marwan

Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita
dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya
mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan
mana yang salah.

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak
peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada
seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan
apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada
emas dan perhiasan.

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah
mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa
menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang

tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi


lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita
pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita
yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita
dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita
seperti kita mencintai dia.

Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam


sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun.

Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras


dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna
kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat
membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat harihari yang gelap menjadi cerah.

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada
insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab
adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang
paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.

Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap
yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh
menjadi pandai

- See more at: http://www.ciktom.com/koleksi-kata-kata-mutiara-danhikmah/#sthash.1kPIIA25.dpuf

Anda mungkin juga menyukai