Anda di halaman 1dari 3

SULIT PKUK3033

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

INSITITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
Semester 2 Tahun 1

PEPERIKSAAN ALTERNATIF JUN 2020

KOD KURSUS : PKUK3033

KURSUS : PENGURUSAN TINGKAH LAKU

TARIKH : 10 JUN 2020


HARI : ISNIN
MASA : 8 JAM
WAKTU : 9.00 PAGI – 5.00 PETANG
JUMLAH MARKAH : 40

Hakcipta terpelihara PA.JPK@2020


SULIT PKUK3033

PEPERIKSAAN ALTERNATIF BAGI KURSUS INI TERDIRI DARIPADA 2 (DUA) SOALAN


ESEI YANG PERLU DIJAWAB DALAM TEMPOH YANG DIBERI.
____________________________________________________________________________
ARAHAN KEPADA CALON:
BACA DENGAN TELITI DAN PATUH ARAHAN-ARAHAN BERIKUT:
Pentadbiran Peperiksaan

 Soalan Peperiksaan Alternatif bagi kursus PKUK3033 ini akan diberikan kepada calon
pada pukul 8.00 pagi pada 10 Jun 2020 melalui Aplikasi Whatsapp kelas.
 Calon perlu mengesahkan penerimaan soalan tersebut kepada pensyarah melalui
medium yang sama.
 Peperiksaan bagi kertas soalan PKUK3033 Pengurusan Tingkah Laku akan
dilaksanakan daripada pukul 9.00 pagi – 5.00 petang.
 Calon perlu akur kepada masa yang ditetapkan bagi menjawab soalan tersebut iaitu
selama 8 jam.
Penulisan

 Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words


menggunakan font Arial 12, serta langkau 1.5 baris.
 Setiap helaian jawapan hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah
kiri header dan kod kertas peperiksaan di sebelah kanan header.
 Anda boleh membuat rujukan dari mana-mana medium yang autentik menggunakan
format serta peraturan menggunakan sitasi gaya APA terkini.
 Jawapan bagi setiap soalan perlu tidak melebihi 500 patah perkataan.

Penghantaran Jawapan
 Calon perlu menghantar jawapan masing-masing kepada En Mohd Sabrinordin Bin
Mohd Yusoff pada atau sebelum pukul 5.00 petang 10 Jun 2020.
 Satu peringatan (done) perlu dihantar kepada En Sabrinordin bin Mohd Yusoff melalui
whatsapp kelas tentang penghantaran tersebut dan saya akan mengesahkan
penerimaan jawapan anda.
 Semua jawapan bagi mesti diserahkan secara email kepada
(sabrinordin@ipgkik.edu.my).
 Penghantaran jawapan yang lewat dari pukul 5.00 petang 10 Jun 2020, tidak akan
diterima atau hanya mendapat kebenaran En Mohd Sabrinordin Bin Mohd Yusoff
sahaja.
 Calon diminta menyimpan satu salinan lembut dan satu salinan bercetak sebagai
sandaran (backup) sekiranya fail yang di-e-mel rosak.

Hakcipta terpelihara PA.JPK@2020


SULIT PKUK3033

SOALAN
Jawab kedua-dua soalan.

1. Murid B mengalami masalah tingkah laku distruktif. Dia sangat agresif dan
selalu bertindak mencederakan rakan yang berhampirannya dengan menggigit
lengan tanpa dijangka.

Berdasarkan situasi di atas, bina garis panduan etika pengurusan tingkah laku yang
perlu diikuti oleh guru pendidikan khas sebelum program pengurusan tingkah laku
dilaksanakan. Anda juga dikehendaki memberikan justifikasi dalam membina garis
panduan tersebut.
[20 markah]

2.
 Sentiasa bangun dari tempat duduk dan berjalan-jalan di
dalam kelas
 Mengganggu guru dan rakan semasa proses pengajaran
dan pembelajaran dengan menjatuhkan kerusi ke lantai
 Mengeluarkan kata-kata lucah dan bahasa yang kesat
 Agresif apabila ditegur

Penyataan di atas merujuk kepada masalah-masalah yang dikenal pasti ada pada murid
A.

Berikan justifikasi strategi pengurusan tingkah laku yang sesuai untuk mengatasi setiap
masalah tingkah laku Murid A.

[20 markah]

Soalan Tamat

Hakcipta terpelihara PA.JPK@2020

Anda mungkin juga menyukai