Anda di halaman 1dari 4

SULIT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

INSITITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
Semester 2 Tahun 1

PENTAKSIRAN ALTERNATIF JUN 2020

KOD KURSUS : EDUP3033

KURSUS : MURID DAN PEMBELAJARAN


TARIKH : 3 JUN 2020
HARI : RABU
MASA : 10 JAM
WAKTU : 9.00 PAGI – 7.00 PETANG
JUMLAH MARKAH : 100

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT


SULIT EDUP3033

PENTAKSIRAN ALTERNATIF BAGI KURSUS INI TERDIRI DARIPADA 2 (DUA) SOALAN


ESEI YANG PERLU DIJAWAB DALAM TEMPOH YANG DIBERI.
____________________________________________________________________________
ARAHAN KEPADA CALON:
BACA DENGAN TELITI DAN PATUH ARAHAN-ARAHAN BERIKUT:
Pentadbiran Peperiksaan

• Soalan Peperiksaan Alternatif bagi kursus EDUP3033 ini akan diberikan kepada calon
pada pukul 8.30 pagi pada 3 Jun 2020 melalui WhatsApp kelas.
• Calon perlu mengesahkan penerimaan soalan tersebut kepada pensyarah melalui
medium yang sama.
• Peperiksaan bagi kertas soalan EDUP3033 Murid dan Pembelajaran akan dilaksanakan
daripada pukul 9.00 pagi – 7.00 petang.
• Calon perlu akur kepada masa yang ditetapkan bagi menjawab soalan tersebut iaitu
selama 10 jam.

Penulisan

• Semua jawapan calon hendaklah ditaip dalam perisian Microsoft Words menggunakan
font Arial 12, serta langkau 1.5 baris.
• Setiap helaian jawapan hendaklah dilabelkan dengan nombor angka giliran di sebelah kiri
header dan kod kertas peperiksaan di sebelah kanan header.
• Anda boleh membuat rujukan dari mana-mana medium yang autentik menggunakan
format serta peraturan menggunakan sitasi gaya A.P.A terkini.
• Jawapan bagi setiap soalan perlu tidak melebihi 850 patah perkataan.
• Amalan plagiat tidak dibenarkan.

Penghantaran Jawapan
• Calon perlu menghantar jawapan masing-masing kepada pensyarah masing masing pada
atau sebelum pukul 7.00 petang 3 Jun 2020.
• Satu peringatan (done) perlu dihantar kepada pensyarah masing masing melalui
WhatsApp kelas tentang penghantaran tersebut dan pensyarah masing masing akan
mengesahkan penerimaan jawapan anda.
• Semua jawapan mesti diserahkan secara email kepada pensyarah masing masing seperti
berikut:
o G2.1 dan G2.5 Pn Norliza bt Jaafar (norliza@ipgkik.edu.my) (HP: 0 19-272 7036)
o G2.2 dan G2.6 Dr Chin Mei Keong (mei_keong@ipgkik.edu.my) (HP: 016-2173029)
o G2.3 dan G2.8 Dr Liza Isyqi bt Ramli (liza@ipgkik.edu.my) (HP: 010-552 3343)
o G2.4 dan G2.7 Dr Lee Phaik Gaik (phaik_gaik@ipgkik.edu.my) (HP: 012-651 0417)

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT


SULIT EDUP3033

• Penghantaran jawapan yang lewat dari pukul 7.00 petang 3 Jun 2020, tidak akan
diterima
• Calon diminta menyimpan satu salinan lembut dan satu salinan bercetak sebagai
sandaran (backup) sekiranya fail yang di e-mel rosak.

SOALAN
(100 Markah)

Jawab semua soalan.


Soalan 1 dan 2 berdasarkan kajian kes di bawah.

KAJIAN KES

Cikgu Aini mengajar di SK Damansara Jaya, Petaling Jaya. Beliau mengajar mata
pelajaran Sains dan Matematik Tahun 4. Beliau merupakan guru yang sangat dedikasi
dan selalu memastikan murid memahami apa yang diajar dan objektif pembelajaran
tercapai. Di dalam aktiviti pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc), beliau memastikan
semua murid aktif dalam aktiviti PdPc yang dijalankan. Beliau berpendapat bahawa murid
perlu aktif dan membina pengetahuan dan bukannya menerima pengetahuan daripada
guru sahaja jika mahu belajar. Cikgu Ani sering menghubung kait pengajarannya dengan
kehidupan sebenar murid agar pembelajaran menjadi lebih bermakna. Semasa aktiviti
PdPc, murid selalu digalakkan membuat generalisasi dan menyelesaikan masalah serta
membuat keputusan.

Pada awal tahun, PdPc Cikgu Ani berjalan lancar tetapi kebelakangan ini prestasi
muridnya menurun. Murid mengambil masa lebih lama untuk membuat aktiviti ataupun
kesimpulan. Murid sudah tidak lagi aktif seperti biasa. Apabila masa yang diperuntukkan
untuk aktiviti akan berakhir, murid-murid akan membuat keputusan yang tergesa-gesa
dan menyelesaikan tugas dengan cepat. Maka, kualiti tugasan yang diharapkan oleh
Cikgu Aini tidak tercapai. Sebelum ini, pencapaian murid adalah sangat baik, murid aktif

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT


SULIT EDUP3033

dalam mengambil bahagian, bekerjasama dan inisiatif belajar tinggi. Situasi ini
menyebabkan beliau berasa bimbang.

Beliau bercadang hendak membincangkan perkara ini bersama-sama muridnya


tetapi beliau belum berkesempatan melakukannya. Kelakuan murid-murid kelas beliau
adalah luar biasa. Cikgu Aini tertanya-tanya apa yang harus beliau lakukan supaya
kelasnya kekal seperti awal tahun.

Analisis kajian kes kelas Cikgu Aini dan jawab soalan esei 1 dan 2.

1. Huraikan teori pembelajaran yang telah diaplikasi oleh Cikgu Aini dalam
pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di dalam kelas. Kemudian, beri cadangan
teori pembelajaran yang boleh digunakan oleh Cikgu Ani supaya kelas beliau lebih
interaktif dan menyeronokkan murid-murid.

Beri justifikasi anda tentang teori pembelajaran yang dicadangkan beserta


contoh-contoh yang relevan.

Panjang penulisan anda tidak melebihi 850 patah perkataan

(50 Markah)

2. Cadangkan satu perspektif motivasi yang paling sesuai digunakan dalam PdPc
untuk membantu Cikgu Ani mengatasi masalah murid-muridnya. Berikan
justifikasi tentang jenis perspektif motivasi yang telah anda cadangkan.

Berdasarkan perspektif motivasi yang telah anda pilih, rancang satu aktiviti PdPc
yang boleh dilaksanakan oleh Cikgu Ani bagi meningkatkan motivasi murid-
muridnya untuk belajar.

Panjang penulisan anda tidak melebihi 850 patah perkataan

(50 Markah)

Soalan Tamat

© 2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia SULIT

Anda mungkin juga menyukai