Anda di halaman 1dari 19

Institut Pendidikan Guru

Kampus Tengku Ampuan Afzan


27200 Kuala Lipis
Pahang Darul Makmur

EDUP 3082
ASAS KEPEMPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU

PISMP Ambilan Jun 2016


Semester 2 Tahun 4 (Sesi Jan-Mei 2020)
Kumpulan/Unit: PISMP BM (SJKT) SEMESTER 8

Tarikh Hantar: 30 MAC 2020

Nama Pelajar No. Kad Pengenalan Angka Giliran


SHARMILAH A/P AMBUALAGAN 960708-07-5680 2016111340051

Nama Pensyarah : ENCIK IDRUS SAAIDY BIN MAAROF

Tarikh Terima : ________________________________

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah


telah saya rujuk dan fahami.

_____________________________________
Nama: SHARMILAH A/P AMBUALAGAN
Tarikh: 30 MAC 2020
HALAMAN PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan :

____________________________

(SHARMILAH A/P AMBUALAGAN)

Tarikh : 30 MAC 2020


Biodata

NAMA : Sharmilah a/p Ambualagan


NO K/P : 960708-07-5680
UNIT :PISMP Semester 8 Bahasa Melayu (SJKT)
AMBILAN : JUN 2016
UMUR : 24 tahun
TARIKH LAHIR : 8 Julai 1996
NAMA AYAH : En. Ambualagan a/l Packiam
PEKERJAAN : Pegawai insurans
NAMA IBU : Pn. Athilachimi a/p Appalanaidu
PEKERJAAN : Suri rumah
ANAK : Ketiga
ASAL : Kulim, Kedah
KAMPUS : Institusi Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan
ALAMAT EMAIL : sharmilah_ambualagan@yahoo.com

Penghargaan
Terlebih dahulu saya bersyukur kepada tuhan kerana dengan kurnianya dapat saya
menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Pertama sekali saya ingin
merakamkan seribu-ribu terima kasih kepada Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan
Afzan kerana memberi peluang kepada saya menghasilkan kerja kursus ini dengan
menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan saya mendapatkan bahan
rujukan yang berkaitan dengan tajuk tugasan saya.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Encik Idrus Saaidy Bin Maarof, pensyarah
matapelajaran Asas Kepemimpinan Dan Pembangunan Profesionalisme Guru ( EDUP
3083 ), di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada saya. Beliau juga banyak
membantu saya dengan memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada saya
sepanjang proses pembentukan tugasan ini.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih saya ucapkan kepada ibu bapa saya kerana
sentiasa menyokong dan memberi kepercayaan kepada saya melakukan tugasan yang
diberikan oleh pensyarah. Mereka juga menyumbang sokongan dan harapan yang amat
bermakna buat setiap daripada saya untuk melangkah dengan lebih yakin di institusi ini dan
menyiapkan tugasan yang diberikan dengan semangat yang maju.

Seterusnya saya mengucapkan terima kasih kepada rakan sekelas saya yang banyak
membantu dalam menyiapkan tugasan ini. Mereka sering menolong dan memberi tunjuk ajar
yang sangat berguna sepanjang tugasan ini diberikan. Malah, jutaan terima kasih kepada
mereka yang sama-sama bertungkus-lumus menghasilkan tugasan ini dan bertukar-tukar idea
dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, saya berharap bahawa tugasan yang saya hasilkan ini dapat
menambahkan ilmu saya disamping menjadi bakal guru yang bertanggungjawab bagi
melahirkan modal insan yang cemerlang. Segala sokongan, tunjuk ajar dan bimbingan yang
telah diberikan daripada semua pihak kepada saya amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.


Isi kandung
Tajuk Muka surat

Penghargaan

Tugasan 2 1

Rujukan 5

Lampiran 8
Tugasan 2
LAPORAN TEMU BUAL ISU REVOLUSI INDUSTRI 4.0 DALAM PENDIDIKAN

Pada 3 Mac 2020, saya telah menjalankan satu temu bual dengan guru besar SJKT Ladang
Selborne mengenai isu Revolusi Industri 4.0 dalam pendidikan. Perkara tersebut bertepatan
dengan tugasan kursus asas pendidikan iaitu (EDUP3083) Asas Kepemimpinan Dan
Pembangunan Profesionalisme Guru yang mana mengkehendaki saya menjalankan sesi temu
bual dengan kepimpinan sekolah pilihan saya menjalani Internship. Hasil daripada temu bual
tersebut saya mendapati pendapat guru besar amat selaras dengan PPPM 2013-2025 dan
Falsafah Pendidikan Malaysia. Menurutnya, Revolusi Industri 4.0 merupakan pemerkasaan
struktur ekonomi dalam aspek pengurusan, industri dan komersil yang menekankan
pembangunan teknologi digital (realiti maya) bagi mengurangkan kos penggunaan tenaga
manusia. Kelestarian akademik harus ditambahbaik dengan menyerapkan elemen digitalisasi
dalam ‘mainstream’ pembelajaran. Ia pastinya membantu pencapaian murid disamping
mendidik minda mereka agar lebih bersedia terhadap persaingan kerjaya dan kehidupan.

Menurut pandangannya, kesediaan sekolah dan guru dalam menerima revolusi industri
4.0 dalam pendidikan ini sudah dapat dilaksanakan sepenuhnya. Hal ini kerana, cara
penyampaian pengajaran melibatkan papan putih dengan menyalin nota dan sesi kuliah atau
kelas yang panjang sudah lapuk serta mungkin kurang berkesan terutamanya dengan
kewujudan teknologi baharu yang menjadi gaya hidup generasi kini. Sistem pendidikan negara
perlu mengorak langkah ke arah pengajian yang dipandu teknologi digital yang lebih bersifat
interaktif dan fleksibel. Oleh itu, warga pendidik terutamanya perlulah melengkapkan diri
dengan pengetahuan teknologi maklumat serta komunikasi (ICT) bagi membolehkan mereka
mendepani cabaran Revolusi Perindustrian 4.0. pihak kementerian berperanan untuk
menyediakan tenaga pengajar dengan memberi pendedahan kepada teknologi-teknologi
semasa serta menawarkan kursus-kursus yang relevan dengan teknik pembelajaran selaras
dengan Revolusi Industri 4.0. Selain itu juga, pihak kementerian perlu memilih teknologi yang
terbaik dan praktikal untuk melengkapi proses P&P dan tidak menyukarkan para pendidik untuk
menggunakan teknologi tersebut.

Jika dilihat dari segi kesediaan sekolah memang disediakan dengan semua kemudahan
seperti bilik ICT, bilik RBT dan sebagainya. Pertama, dari segi penyelenggaraan ICT dimana
hampir semua sekolah menyediakan komputer secukupnya dengan rangkaian internet baik
tetapi terdapat kurang juruteknik komputer, kos pembaikkan dan juga kurang kepakaran.
Kedua, dari segi peruntukan perbelanjaan di mana sekolah menyediakan kos untuk
melaksanakan revolusi industri ini tetapi perlukan peruntukkan tambahan dimana pihak sekolah
perlu bergantung bantuan kewangan untuk mengaplikasikan di sekolah masing-masing. Selain
itu, capaian jalur internet juga memainkan peranan dalam revolusi ini. Di segelintir sekolah
tidak ada rangkaian internet yang laju. Hal ini menyebabkan pihak sekolah tidak dapat
melaksanakan revolusi. Jika dilihat dari segi kesediaan guru pula, kemahiran guru perlu
dipertingkatkan dari segi penggunaan teknologi dalam pembelajaran. Misalnya, penggunaan
Frog VLE, Google Clasroom, dan sebagainya. Hal ini kerana, masih terdapat segelintir tidak
menguasai teknologi secara sepenuhnya dan mereka tidak dapat menyampaikan pdp dalam
kaedah berbentuk teknologi. Seterusnya, persepsi guru yang terlalu berada dalam zon selesa.
Teradapat segelintir guru yang tidak menerima revolusi industri dalam pendidikan sepenuhnya
dan ini sebab persepsi mereka terhadap revolusi tidak betul.

Beliau juga menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran kini perlu penekanan
kepada aspek kreatif dan inovatif. Pembelajaran aktif, pembelajaran berasaskan projek,
penyelesaian masalah dan inkuiri dengan peluang untuk terlibat dengan dunia sebenar perlu
menjadi amalan. Murid kini diberi kebebasan untuk menyesuaikan proses pembelajaran mereka
melalui Pembelajaran Teradun (Blended Learning), Kelas Berbalik (Flipped Classroom) dan
Membawa Peranti Anda Sendiri (BYOD, Bring Your Own Device). Pembelajaran juga
diperibadikan (Personalised Learning) iaitu pembelajaran disesuaikan dengan kehendak murid
kerana mereka juga mempunyai kepelbagaian dalam pembelajaran. Oleh itu, dalam konteks
pelatihan guru, program-program latihan guru di pelbagai institusi perlu seiring dengan
perkembangan masa kini dan sangat mendesak untuk dikemaskini bagi menghadapi revolusi
baru ini. Revolusi Industri 4.0 ini secara automatik meningkatkan kecekapan pengurusan dan
sistem penyampaian kerana semua urusan dijalankan secara secara digital. Pembelajaran
berteknologi tinggi termasuklah sekolah robot, drone untuk STEM dan teknologi realiti maya.

Dalam sesi temu bual yang dijalankan, beliau menyatakan bahawa guru berperanan
sebagai fasilitator, mentor dan kaunselor di sepanjang proses pembelajaran dan pengajaran
berlangsung. Pembelajaran tidak lagi hanya berpusatkan guru sahaja tanpa penglibatan murid
dan masih menggunakan kaedah konvensional contohnya “chalk and talk”. Oleh itu, pendidik
harus meningkatkan kemahiran pedagogi iaitu memiliki kemahiran pembelajaran dan inovasi,
maklumat, kemahiran hidup, kemahiran kerjaya dan kemahiran teknologi. Guru sentiasa
bersedia menyampaikan bahan pengajaran. Oleh itu, guru harus mengetahui isi kandungan
kurikulum agar dapat menyususn idea dan maklumat tentang sesuatu tajuk dalam
matapelajaran. Kedua, guru seharusnya meingkatkan kemahiran berfikir secara konstruktif dan
kemahiran berfikir yang tinggi. Oleh itu, pendidik harus menguasai elemen pemikiran yang
kritikal atau KBAT dalam pembelajaran dan pengajaran kerana ia dapat meransang
penglibatan dan pemikiran murid.

Ketiga pula, guru perlu mahir menyampaikan ilmu dengan menggunakan teknologi
semasa atau celik IT. Kemudahan-kemudahan peralatan ICT yang terdapat di dalam kelas
harus dimanfaatkan sepenuhnya bagi membantu sesi pengajaran dan pembelajaran agar lebih
menarik minat murid. Pembelajaran secara online boleh diakses di mana sahaja seperti di
rumah yang dapat membantu murid tidak hadir ke kelas dengan menggunakan pelbagai
kaedah contohnya, aplikasi Whatsapp, VLE Frog, Skype. Guru juga perlu celik IT terutama
dalam membimbing murid melayari internet, mencari laman web dan memilih perisian yang
sesuai. Keempat adalah, guru juga berperanan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid
ketika proses pembelajaran dan pengajaran berlansung. Untuk itu, guru perlu berdedikasi
sedikit demi murid dan sekolah untuk mewujudkan PdPc yang berkualiti yang selaras dengan
Revolusi Industri

Kesimpulannya, kemajuan teknologi Revolusi Industri 4.0 tidak akan berhenti dan
kesannya di dalam kehidupan manusia tidak dapat dielakkan. Perubahan teknologi dalam
pendidikan yang berlaku dengan pantas ini memerlukan pelan perancangan yang mampan dan
menyeluruh oleh penggubal dasar negara supaya perkembangan ekonomi berasaskan
Revolusi Industri 4.0 dapat dimanfaatkan sebaiknya. Kesan positif dan manfaatnya hendaklah
bersifat inklusif agar dapat dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. Jika tidak ditangani
dengan baik, Malaysia akan ketinggalan dan perkembangan Revolusi 4.0 boleh memberi kesan
buruk kepada negara. Untuk tidak ketinggalan revolusi ini, guru perlu mempertingkatkan
kemahiran diri sebagai pendidik supaya dapat menyaingi perkembangan ini. Saya berharap
semua guru dan sekolah dapat melaksanakan perubahan revolusi dalam pendidikan untuk
mewujudkan sistem pendidikan yang sistematik dan berkualiti pada masa hadapan.

Disediakan oleh, 29 Mac 2020

………………………………………..

(SHARMILAH A/P AMBUALAGAN)

Pelajar PISMP Bahasa Melayu (SJKT) Ambilan Jun 2016

IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan


Rujukan
Rujukan

Bangkit Bersama Negara Hadapi Cabaran IR 4.0. Diakses pada 27 Februari 2020.
Daripada, https://www.bharian.com.my/rencana/muka10/2019/09/602995/bangkit-
bersama-negara-hadapi-cabaran-ir-40

Cabaran Guru dalam Menghadapi Revolusi Industri ke 4. Diakses pada 27 Februari 2020.
Daripada, http://bicara.effandi.my/2018/01/13/cabaran-guru-dalam-menghadapi-
revolusi-industri-ke-4/

Guru Perlu Bersedia Tempuh Cabaran Revolusi Industri. Diakses pada 27 Februari 2020.
Daripada, https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2019/05/563340/guru-
perlu-bersedia-tempuh-cabaran-revolusi-industri

Hamzah, M., & Yeop, M. A. (2016). Frog VLE (Persekitaran Pembelajaran Maya) Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran: Penerimaan Dan Kaedah Pelaksanaannya.
Journal of Research, Policy & Practice of Teachers & Teacher Education, 6(2),
67–77. Retrieved from http://ejournal.upsi.edu.my/article/2016AR001298

Hung, M. L. (2016). Teacher readiness for online learning: Scale development and teacher
perceptions. Computers and Education, 94, 120–133.
https://doi.org/10.1016/j.compedu.2015.11.012

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia


(PPPM) 2013-2025. In Malaysia Education Blueprint, Malaysia.
https://doi.org/10.1016/j.tate.2010.08.007
Keperluan Pembelajaran Era Revolusi Industri 4.0. Diakses pada 28 Februari 2020.
Daripada, https://www.utem.edu.my/press-release/500-utem-santuni-keperluan-
pembelajaran-era-revolusi-industri-4-0.html

Kesediaan Guru Mendepani Revolusi Perindustrian ke 4. Diakses pada 28 Februari 2020.


Daripada, https://prezi.com/p/ugatxyvv5gvg/kesediaan-guru-mendepani-revolusi-
perindustrian-ke-4/

Khir Khalid. Diakses pada 28 Februari 2020. Daripada, https://khirkhalid.com/pendidikan-


digital-dalam-arus-revolusi-industri-4-0/

Membudaya Pemahaman IR 4.0. Diakses pada 29 Februari 2020. Daripada,


https://www.hmetro.com.my/akademia/2019/11/518240/membudaya-pemahaman-
ir-40

Rafidah. Diakses pada 29 Februari 2020. Daripada, http://www.astroawani.com/berita-


malaysia/sistem-pendidikan-mesti-seiring-dengan-ir-4-0-rafidah-221046

Revolusi Industri 4.0 dalam Pendidikan. Diakses pada 29Februari 2020. Daripada,
http://www.nadinegara.com/uncategorized/revolusi-industri-4-0-dalam-pendidikan/

Revolusi Industri 4.0. Diakses pada 29 Februari 2020. Daripada,


https://www.sinarharian.com.my/article/4662/KOLUMNIS/Revolusi-Industri-40-
paradigma-2019
Lampiran
TRANSKRIP TEMUBUAL

Sharmilah : Selamat pagi cikgu. Saya guru pelatih IPGKTAA dari unit BM (SJKT). Apa
khabar cikgu?

Guru Besar : Khabar baik. Terima kasih.

Sharmilah : Saya ingin menemubual cikgu tentang isu Revolusi Industri 4.0 dalam bidang
pendidikan terutamanya dalam sekolah. Pada pendapat guru, apakah itu
revolusi industri 4.0 dan bagaimanakah ia saling berkait dengan pendidikan?

Guru Besar : Terima kasih atas soalan tadi saudari. Baik, Revolusi
Industri 4.0 merupakan pemerkasaan struktur ekonomi
dalam aspek pengurusan, industri dan komersil yang menekankan
pembangunan teknologi digital (realiti maya) bagi mengurangkan kos
penggunaan tenaga manusia. Apabila kita bercakap mengenai IR 4.0, kita
tidak boleh mempunyai sistem pendidikan yang masih di era 2.0, jadi jika
ia 4.0, maka pendidikan harus seiring dengan 4.0. Ini yang menjadi
keprihatinan kita sekarang. Perkembangan Revolusi Industri 4.0
memberikan kesan secara langsung kepada pelbagai bidang termasuk
bidang pendidikan kerana menjadi asas kepada penyedia tenaga kerja di
masa hadapan. Begitu juga dengan kelulusan akademik masa kini. Kelestarian
akademik harus ditambahbaik dengan menyerapkan elemen
digitalisasi dalam ‘mainstream’ pembelajaran. Ia pastinya membantu
pencapaian murid disamping mendidik minda mereka agar lebih bersedia
terhadap persaingan kerjaya dan kehidupan. Kesan Revolusi Industri 4.0
juga boleh kita lihat dengan lambakan graduan bersaing merebut peluang
pekerjaan yang semakin meruncing. Pihak majikan mahukan lebih daya
saing dan kos perniagaan yang efektif, manakala pekerja pula mahukan
pelbagai tuntutan sebagai kakitangan mengikut ’employment law’. Maka
bagi sesetengah perkara, majikan dan industri pasti mahukan yang
terbaik dengan menyokong percambahan Revolusi Industri 4.0. Oleh itu,
penekanan terhadap sektor pendidikan merupakan satu keperluan agar
tenaga kerja yang dihasilkan melalui sistem pendidikan negara dapat
memenuhi keperluan pasaran pekerjaan berteraskan Revolusi Industri 4.0.

Sharmilah : Betul itu cikgu. Dalam perasmian Festival Guru Malaysia 2019, bekas Menteri
Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata guru perlu berani membuat
perubahan dan mempunyai daya kreativiti serta inovasi yang tinggi
mengikut perkembangan teknologi semasa. Dalam persekitaran
pendidikan yang kaya ICT (teknologi komunikasi maklumat) atau ‘ICT rich
environment’, guru harus memainkan peranan utama sebagai ejen
perubahan. Begitu jugalah daripada pihak pengurusan sekolah.
Mengintegrasi dan membudayakan ICT pada setiap kesempatan dalam
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah mampu mempengaruhi minat
dan keupayaan untuk mengubah amalan pengajaran dan pembelajaran
sedia ada serta membawa amalan itu ke peringkat yang lebih berkualiti.
Jadi, apakah kesediaan sekolah yang perlu dilaksanakan oleh setiap
sekolah di negara ini untuk berdaya saing dengan revolusi industri 4.0 ini?

Guru Besar : Pada ketika ini, cara penyampaian pengajaran melibatkan papan putih
dengan menyalin nota dan sesi kuliah atau kelas yang panjang sudah
lapuk serta mungkin kurang berkesan terutamanya dengan kewujudan
teknologi baharu yang menjadi gaya hidup generasi kini. Sistem
pendidikan negara perlu mengorak langkah ke arah pengajian yang
dipandu teknologi digital yang lebih bersifat interaktif dan fleksibel. Oleh
itu, warga pendidik terutamanya perlulah melengkapkan diri dengan
pengetahuan teknologi maklumat serta komunikasi (ICT) bagi
membolehkan mereka mendepani cabaran Revolusi Perindustrian 4.0.
Warga pendidik perlu memiliki kefahaman yang jelas mengenai teknologi
terkini untuk memantapkan lagi sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P)
seterusnya dapat membantu melaksanakan sesuatu perancangan yang
telah diaturkan oleh kerajaan mahupun kementerian. Sistem
pembelajaran yang fleksibel dan interaktif seperti mengadakan smart
class room perlu diperluaskan tidak kira di peringkat sekolah rendah,
sekolah menengah mahupun institusi pengajian tinggi agar proses
pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik serta mampu
merangsang minat murid sekalis gus dapat membantu meningkatkan
prestasi akademik para pelajar. Bagi pelajar institusi pendidikan tinggi
pula, kaedah pelaksanaan P&P secara dalam talian di antara pensyarah
dengan pelajar juga boleh diaplikasikan agar pembelajaran tidak hanya
tertumpu dalam dewan kuliah semata-mata. Justeru itu, pihak
kementerian berperanan untuk menyediakan tenaga pengajar dengan
memberi pendedahan kepada teknologi-teknologi semasa serta
menawarkan kursus-kursus yang relevan dengan teknik pembelajaran
selaras dengan Revolusi Industri 4.0. Selain itu juga, pihak kementerian
perlu memilih teknologi yang terbaik dan praktikal untuk melengkapi
proses P&P dan tidak menyukarkan para pendidik untuk menggunakan
teknologi tersebut.

Sharmilah : Selain daripada ini, apakah kesediaan sekolah dan guru dalam
menjayakan revolusi dalam pendidikan ini?

Guru Besar : Soalan yang amat bagus daripada saudari. Jika dilihat dari segi kesediaan
sekolah memang disediakan dengan semua kemudahan seperti bilik ICT,
bilik RBT dan sebagainya. Pertama, dari segi penyelenggaraan ICT
dimana hampir semua sekolah menyediakan komputer secukupnya
dengan rangkaian internet baik tetapi terdapat kurang juruteknik
komputer, kos pembaikkan dan juga kurang kepakaran. Kedua, dari segi
peruntukan perbelanjaan di mana sekolah menyediakan kos untuk
melaksanakan revolusi industri ini tetapi perlukan peruntukkan tambahan
dimana pihak sekolah perlu bergantung bantuan kewangan untuk
mengaplikasikan di sekolah masing-masing. Selain itu, capaian jalur
internet juga memainkan peranan dalam revolusi ini. Di segelintir sekolah
tidak ada rangkaian internet yang laju. Hal ini menyebabkan pihak sekolah
tidak dapat melaksanakan revolusi. Jika dilihat dari segi kesediaan guru
pula, kemahiran guru perlu dipertingkatkan dari segi penggunaan teknologi
dalam pembelajaran. Misalnya, penggunaan Frog VLE, Google Clasroom,
dan sebagainya. Hal ini kerana, masih terdapat segelintir tidak menguasai
teknologi secara sepenuhnya dan mereka tidak dapat menyampaikan pdp
dalam kaedah berbentuk teknologi. Walaupun telah diadakan banyak
kursus dan pendedahan tentang penggunaan teknologi dalam pdp namun
ramai guru tidak mempunyai inisiatif untuk menjayakan revolusi industri
dalam pendidikan. Seterusnya, persepsi guru yang terlalu berada dalam
zon selesa. Hal ini kerana, kaedah tradisional lama dipraktikkan di sekolah
dan perubahan teknologi dalam pendidikan ini menyebabkan mereka
susah untuk diadaptasikan. Teradapat segelintir guru yang tidak menerima
revolusi industri dalam pendidikan sepenuhnya dan ini sebab persepsi
mereka terhadap revolusi tidak betul. Jadi, secara keseluruhannya
kesediaan sekolah dan guru masih di tahap sederhana, tetapi jika
memerlukan penambahbaikan pihak sekolah dan guru tetap boleh
menerima perubahan ini serta dapat melakukan revolusi industri 4.0
dalam pendidikan dengan agak baik.

Sharmilah : Adakah guru bersedia untuk mengintegrasi luasan realiti


(augmented reality) dalam pengajaran mereka? Seperti yang kita
ketahui pengintegrasian luasan realiti dalam pengajaran membolehkan
murid memahami sesuatu konsep dengan lebih baik. Pada masa yang
sama juga, apakah perubahan yang guru perlu lakukan untuk
merealisasikan Revolusi Industri 4.0 dalam pendidikan ini?
Guru Besar : Zaman guru sebagai sumber utama ilmu dan maklumat mungkin sudah
tidak relevan masa kini. Pengajaran dan pembelajaran kini perlu
penekanan kepada aspek kreatif dan inovatif. Selain itu, pendekatan
pengajaran dan pembelajaran perlu kepada pendekatan berfokus
kepada murid yang berkolaborasi dan saling bergantung antara satu
sama lain. Pembelajaran aktif, pembelajaran berasaskan projek,
penyelesaian masalah dan inkuiri dengan peluang untuk terlibat dengan
dunia sebenar perlu menjadi amalan. Dengan berkembangnya sumber
maklumat terbuka dan kandungan secara dalam talian, guru bukan lagi
sebagai sumber utama maklumat. Maklumat di hujung jari ini
membolehkan guru dan murid mengakses maklumat dengan pantas
dan cepat. Ini bukan bermakna guru tidak diperlukan tetapi peranan
mereka sebagai pemberi maklumat telah berubah kepada pemudahcara
dan konsultatif. Murid kini diberi kebebasan untuk menyesuaikan
proses pembelajaran mereka melalui Pembelajaran Teradun (Blended
Learning), Kelas Berbalik (Flipped Classroom) dan Membawa Peranti
Anda Sendiri (BYOD, Bring Your Own Device). Pembelajaran juga
diperibadikan (Personalised Learning) iaitu pembelajaran disesuaikan
dengan kehendak murid kerana mereka juga mempunyai kepelbagaian
dalam pembelajaran. Pembelajaran juga kini bukan hanya tertumpu di
dalam kelas tetapi boleh juga berlaku di rumah atau dimana sahaja
mereka berada. Perkara yang dinyatakan di atas memerlukan perubahan
dalam peranan guru sebagai pendidik. Oleh itu, dalam konteks pelatihan
guru, program-program latihan guru di pelbagai institusi perlu seiring
dengan perkembangan masa kini dan sangat mendesak untuk
dikemaskini bagi menghadapi revolusi baru ini. Revolusi Industri
4.0 ini secara automatik meningkatkan kecekapan pengurusan dan
sistem penyampaian kerana semua urusan dijalankan secara secara
digital. Revolusi Industri 4.0 dari segi pendidikan akan menyaksikan
penggunaan komputer riba di sekolah. Pembelajaran berteknologi tinggi
termasuklah sekolah robot, drone untuk STEM dan teknologi realiti
maya.

Sharmilah : Ya betul itu cikgu. Pengajaran dan pembelajaran kini semakin berasaskan
teknologi yang memudahkan guru serta murid untuk mempelajari sesuatu
dalam tempoh yang pendek dengan mudah. Kita tahu guru sebagai
pendidikan mempunyai banyak pengalaman dan keupayaan untuk
membawa perubahan ini dalam pendidikan. Boleh cikgu jelaskan lagi apa
perubahan yang guru boleh lakukan lagi selain daripada menyatakan tadi?

Guru Besar : Guru berperanan sebagai fasilitator, mentor dan kaunselor di sepanjang
proses pembelajaran dan pengajaran berlangsung. Pembelajaran tidak
lagi hanya berpusatkan guru sahaja tanpa penglibatan murid dan masih
menggunakan kaedah konvensional contohnya “chalk and talk”. Oleh itu,
pendidik harus meningkatkan kemahiran pedagogi iaitu memiliki
kemahiran pembelajaran dan inovasi, maklumat, kemahiran hidup,
kemahiran kerjaya dan kemahiran teknologi. Guru sentiasa bersedia
menyampaikan bahan pengajaran. Oleh itu, guru harus mengetahui isi
kandungan kurikulum agar dapat menyususn idea dan maklumat tentang
sesuatu tajuk dalam matapelajaran. Di samping itu, guru juga harus
memainkan peranan yang penting untuk melibatkan murid secara aktif
dalam pembelajaran. Kedua, guru seharusnya meingkatkan kemahiran
berfikir secara konstruktif dan kemahiran berfikir yang tinggi.
Pembelajaran yang hanya bertumpukan pada buku teks sahaja sebagai
rujukan utama tidak dapat menampung pembaharuan maklumat yang
sentiasa berubah sejajar dengan peredaran zaman. Oleh itu, pendidik
harus menguasai elemen pemikiran yang kritikal atau KBAT dalam
pembelajaran dan pengajaran kerana ia dapat meransang penglibatan
dan pemikiran murid. Pembelajaran tanpa mempunyai kemahiran berfikir
secara kreatif dan kritis akan menyebabkan sesi pembelajaran tidak
efektif. Ketiga pula, guru perlu mahir menyampaikan ilmu dengan
menggunakan teknologi semasa atau celik IT. Kemudahan-kemudahan
peralatan ICT yang terdapat di dalam kelas harus dimanfaatkan
sepenuhnya bagi membantu sesi pengajaran dan pembelajaran agar lebih
menarik minat murid. Hal ini kerana pengajaran tanpa menggunakan
peralatan ICT dan masih menggunakan kaedah konvensional dan hanya
berpusatkan kepada guru mengakibatkan murid menjadi bosan dan
kurang berminat. Selain itu, pembelajaran secara online boleh diakses di
mana sahaja seperti di rumah yang dapat membantu murid tidak hadir ke
kelas dengan menggunakan pelbagai kaedah contohnya, aplikasi
Whatsapp, VLE Frog, Skype. Guru juga perlu celik IT terutama dalam
membimbing murid melayari internet, mencari laman web dan memilih
perisian yang sesuai. Tugasan sebegini secara tidak langsung
menggalakan komunikasi interaktif dimana murid dapat berbincang dan
berkongsi maklumat secara bersemuka atau ,menerusi talian seperti E-
Mel, Whatsapp atau Telegram. Keempat, adalah, guru juga
berperanan menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid ketika proses
pembelajaran dan pengajaran berlansung. Guru harus menitikberatkan
perlakuan yang baik agar dapat melahirkan murid yang beradab sopan dan
bertatasusila apabila berhadapan masyarakat. Oleh itu, sebagai langkah
pertama guru haruslah menjadi role model kepada murid dan masyarakat.
Jadi, perubahan itu tidak dapat dilaksanakan secara besar-besaran jika
tidak bermula secara berkecil-kecilan dahulu. Semua usaha yang diambil
oleh guru pada tahap awal ini mesti akan membuahkan pada akhir nanti.
Untuk itu, guru perlu berdedikasi sedikit demi murid dan sekolah untuk
mewujudkan PdPc yang berkualiti yang selaras dengan Revolusi Industri.

Sharmilah : Apa yang cikgu mengatakan tentang Revolusi Industri 4.0 dalam pendidikan
ini amat menepati Falsafah Pendidikan Malaysia. Bolehkan cikgu memberi
sedikit kesimpulan tentang isu yang kita dibincangkan hari ini serta beberapa
nasihat kepada guru-guru untuk mempertingkatkan kualiti PdPc?
Guru Besar : Kesimpulannya, kemajuan teknologi Revolusi Industri 4.0 tidak akan
berhenti dan kesannya di dalam kehidupan manusia tidak dapat dielakkan.
Perubahan teknologi dalam pendidikan yang berlaku dengan pantas ini
memerlukan pelan perancangan yang mampan dan menyeluruh oleh
penggubal dasar negara supaya perkembangan ekonomi berasaskan
Revolusi Industri 4.0 dapat dimanfaatkan sebaiknya. Kesan positif dan
manfaatnya hendaklah bersifat inklusif agar dapat dirasai oleh segenap
lapisan masyarakat. Jika tidak ditangani dengan baik, Malaysia akan
ketinggalan dan perkembangan Revolusi 4.0 boleh memberi kesan buruk
kepada negara. Untuk tidak ketinggalan revolusi ini, guru perlu
mempertingkatkan kemahiran diri sebagai pendidik supaya dapat
menyaingi perkembangan ini. Saya berharap semua guru dan sekolah
dapat melaksanakan perubahan revolusi dalam pendidikan untuk
mewujudkan sistem pendidikan yang sistematik dan berkualiti pada masa
hadapan.

Sharmilah : Baiklah, terima kasih cikgu sebab sudi meluangkan masa untuk menembual
tentang isu Revolusi Industri 4.0 dalam pendidikan ini. Saya berharap semua
maklumat yang dikongsikan ini akan membantu saya untuk menjadikan saya
sebagai guru profesionalisme di sekolah nanti. Terima kasih cikgu.

Anda mungkin juga menyukai