Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI BIG: SEMINAR ETIKET SOSIAL DAN PROTOKOL Nor Adilah bt Ali PISMP PSV Jan 2012 920719-11-5346

Alhamdulillah, pada 1 Mac 2013, saya dan beberapa unit PISMP ambilan Jan 2012 telah terlibat dengan Program Bina Insan Guru (BIG) iaitu Seminar Etiket Sosial dan Protokol. Seminar ini diadakan di Balai Islam Saidatina Aisyah (BISA) IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka. Seminar ceramah yang disampaikan oleh Puan Jaimah bt Abdul Manaf ini mengambil masa kira-kira 3 jam, iaitu dari pukul 2.30 petang sehingga pukul 5.30 petang. Seminar ini bertujuan untuk melatih para guru pelatih dalam soal etika sama ada cara berpakaian mahupun tatatertib semasa makan. Selain itu, seminar ini juga mendedahkan kepada guru pelatih mengenai adab semasa duduk, makanan yang sesuai dihidangkan semasa makan seperti pencuci mulut dan sebagainya. Seminar ini telah memberikan saya impak positif yang besar dalam diri saya sebagai seorang bakal guru dalam etika sosial dan protokol yang merangkumi banyak aspek, contohnya tatacara semasa makan. Antara kekuatan yang saya dapat ialah saya mula mengetahui dengan lebih mendalam lagi berkenaan dengan etiket sosial dan protokol, seperti cara menggunakan sudu dengan betul semasa makan, cara makan yang betul iaitu perlu mendahulukan jenis makanan yang bagaimana, cara berpakaian yang sesuai dalam majlis-majlis tertentu serta caracara duduk yang betul. Lebih-lebih lagi, saya tahu bahawa semasa menjamu makanan di high table, saya perlu menunggu pelayan menarik kerusi dan selepas duduk dia akan meletakkan napkin di atas paha, dan banyak lagi. Selain itu, saya mula sedar akan kepentingan etiket sosial dan protokol dalam kehidupan saya sebagai seorang bakal pendidik, di mana seorang pendidik perlu melibatkan diri dalam suatu majlis ataupun suasana yang begitu berprotokol, misalnya perlu menghadiri makan malam di hotel dan sebagainya. Selain itu, saya mula sedar akan kepentingan etiket sosial dan protokol dalam kehidupan saya sebagai seorang bakal pendidik, di mana seorang pendidik perlu melibatkan diri dalam suatu majlis ataupun suasana yang begitu berprotokol.

Selain itu, saya juga sedar bahawa dasar dan latar keluarga yang sihat dan seimbang juga amat penting dalam penbentukan seorang insan yang beretika sosial. Selepas mendengar ceramah yang disampaikan oleh Puan Jaimah, saya dapat mempelajari bahawa ajaran keluarga merupakan unsur yang tidak dapat dipisahkan daripada pembentukan insan yang mempunyai etika sosial. Sememangnya hidup dengan beretika harus dimulakan pada ibu bapa terlebih dahulu kerana merekalah yang melahirkan, menjaga dan mendidik kita sejak dari kita lahir lagi. Ini bermakna kita meluangkan paling banyak masa untuk bersama dengan mereka. Jadi, sekiranya ibu bapa memberikan didikan keluarga yang sempurna kepada anak-anak mereka, seperti membantu anak-anak membanding beza antara kebaikan dan keburukan, cara yang sopan dan beretika dalam melakukan semua perkara, maka adalah tidak menjadi masalah bagi mereka apabila mereka pergi ke kumpulan masyarakat yang lebih besar dan ketika bersosial dengan orang ramai. Malah, sebagai seorang guru yang beretika sosial, kita haruslah sentiasa berpenampilan sempurna, yang selesa dan disenangi oleh semua pihak, sama ada rakan sejawat, ibu bapa, murid, ataupun masyarakat awam. Berpenampilan sempurna ini sebenarnya merujuk kepada bagaimana kita mahu mempamerkan dan menonjolkan kepada orang lain. Dalam konteks ini, ia merangkumi banyak aspek dan memerlukan ilmu dan pengetahuan yang khusus, tidak kira cara berpakaian, cara pertuturan, cara perhubungan dan komunikasi dengan orang lain. Dengan mengambil contoh tentang cara berpakaian dalam kalangan guru pelatih. selepas mendengar ceramah tersebut, saya sedar bahawa kita haruslah berpakaian mengikut norma-norma yang disetujui ramai dan peraturan yang ditetapkan. Sebagai seorang bakal guru, kita haruslah berpakaian berdasarkan impression sebagai seorang guru. Oleh itu, pakaian-pakaian yang jenis singkat, ketat, menjolok mata dan tidak menutup aurat haruslah dielakkan walaupun kita berada di luar kawasan sekolah, di pusat membeli belah, di cafe makanan, dan sebagainya. Sama juga seperti kasut, tas tangan, rambut, kuku, barang-barang perhiasan, dan sebagainya, kita haruslah memakai mengikut peraturan dan norma masyarakat yang ditetapkan. Namun, saya mendapati bahawa terdapat beberapa semasa majlis berjalan. Antaranya, kebanyakan guru pelatih tidak dapat memberikan fokus yang penuh kepada ceramah yang disampaikan oleh penceramah disebabkan mengantuk dan juga letih. Namun penceramah tetap cuba menarik perhatian para pelajar dengan

melakukan lawak jenaka. Selain itu, kebanyakan pelajar tidak mencatat apa yang disampaikan oleh penceramah yang mana banyak memberi input dan maklumat kepada pelajar supaya dapat digunakan pada masa akan datang. Kesimpulannya, program ini dapat memberi banyak manfaat kepada saya untuk digunakan dalam kehidupan seharian saya. Semua pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat akan saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih jitu dan serba boleh. Diharapkan agar aktiviti seperti ini akan dijalankan pada masa yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai