Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PENILAIAN KENDIRI CERAMAH / BENGKEL PROGRAM BINA

INSAN GURU (FASA II) 2014


Bersyukur kepada Tuhan kerana saya diberi peluang untuk mengikuti
program seminar ceramah mengenai Guru dan Akaunbiliti Profesionalisme
bersempena dengan kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan
di Dewan Tun Hamdan pada 12 Ogos 2014 yang lepas. Seminar ceramah
yang disampaikan oleh Encik Ravindran Chelliah ini mengambil masa kirakira 3 jam, iaitu dari pukul 2.00 petang sehingga pukul 5.00 petang.
Sebenarnya saya sentiasa menanti-nantikan seminar bengkel ini, kerana
saya yakin dan percaya bahawa ia akan memberikan satu pengalaman yang
luar biasa dan mendalam bagi saya. Banyak pengalaman, kebaikan, dan
manfaat yang telah saya dapat dan perolehi daripada aktiviti ini.
Dalam ceramah ini, saya telah mempelajari bahawa sebagai seorang
guru yang beretika sosial, kita haruslah sentiasa berpenampilan sempurna,
yang selesa dan disenangi oleh semua pihak, sama ada rakan sejawat, ibu
bapa,

murid

atau

masyarakat

awam.

Berpenampilan

sempurna

ini

sebenarnya merujuk kepada bagaimana kita mahu mempamerkan dan


menonjolkan kepada orang lain. Dalam konteks ini, ia merangkumi banyak
aspek dan memerlukan ilmu dan pengetahuan yang khusus, tidak kira cara
berpakaian, cara pertuturan, cara perhubungan dan komunikasi dengan
orang lain. Dengan mengambil contoh tentang cara berpakaian dalam
kalangan guru pelatih; selepas mendengar ceramah tersebut, saya sedar
bahawa kita haruslah berpakaian mengikut norma-norma yang disetujui ramai
dan peraturan yang ditetapkan. Sebagai seorang bakal guru, kita haruslah
berpakaian berdasarkan impresi sebagai seorang guru. Hal in kerana setiap
gerak-geri kita termasuk pakaian akan diikuti oleh anak murid kita. Oleh itu,
pakaian-pakaian yang jenis singkat, ketat, menjolok mata dan tidak menutup
aurat haruslah dielakkan walaupun kita berada di luar kawasan sekolah, di
pusat membeli belah, di cafe makanan, dan sebagainya. Sama juga seperti
kasut, tas tangan, rambut, kuku, barang-barang perhiasan, dan sebagainya,
kita haruslah memakai mengikut peraturan dan norma masyarakat yang
ditetapkan.

Seminar ceramah ini juga turut memberikan impak positif yang amat
mendalam terhadap masyarakat dan komuniti di sekeliling saya. Dalam
konteks ini, ia merujuk kepada aspek pertuturan dan komunikasi dengan
orang lain. Selepas mendengar penerangan Encik Ravindran, saya sedar
bahawa sebagai seorang manusia yang hidup masyarakat, kita haruslah
mempunyai tatacara perkenalan, pertuturan yang betul, terutamanya semasa
menghadiri majlis-majlis rasmi. Oleh itu, kita haruslah menjadikan amalan
banyak berkawan sebagai pegangan hidup kita. Sebagai seorang guru yang
inisiatif, kitalah yang harus memulakan sesebuah hubungan persahabatan.
Janganlah kita tunggu orang lain mengambil tindakan terlebih dahulu, tetapi
kitalah yang harus aktif mengambil langkah untuk berkenalan dengan orang
lain.
Oleh yang demikian, saya sedar bahawa untuk menjayakan sesebuah
hubungan persahabatan, kita haruslah mempunyai tatacara berkenalan yang
betul dan sesuai. Perkenalan mempunyai cara dan seni yang tersendiri yang
perlu diketahui oleh setiap individu supaya sesi perkenalan dapat berjalan
dengan lancar. Yang pertama sekali, pastikan kedua-dua pihak bersedia
untuk diperkenalkan. Orang yang diperkenalkan haruslah memandang mata
yang menerima perkenalan tetapi jangan terlalu lama. Jika kita berjabat
tangan dengan orang lain, janganlah kita berjabat terlalu lama ataupun terlalu
lekas menarik tangan seperti kita jijik dengan tangan orang tersebut. Yang
paling penting sekali, kita haruslah jujur dalam perhubungan dan tidak
melakukan apa-apa yang akan merosakkan perhubungan tersebut.
Malah, saya juga sedar bahawa kita haruslah mempunyai tatacara
perbualan sosial yang betul dan sesuai demi memulakan, mengekalkan dan
memajukan sesebuah perhubungan. Dalam seminar ceramah tersebut,
terdapat beberapa jenis prinsip yang terkandung dalam tatacara perbualan
sosial. Antaranya termasuklah kita perlulah menggunakan prinsip berhenti,
lihat, dengar barulah bercakap. Janganlah kita menjadi jurujual ataupun jetplane. Selain itu, kita hendaklah sentiasa senyum dan mempunyai unsur
kecindan semasa bertutur dengan orang lain. Namun begitu, bukan semua

situasi kita boleh berbuat begitu, kita hanya boleh berjenaka pada masa
tertentu sahaja. Sifat ini juga penting dimiliki oleh seorang guru. Hal in kerana
guru yang mempunyai sifat jenaka akan membawa suasana riang gembira
kepada murid-murid dalam bilik darjah. Dengan adanya gelak ketwa dalam
bilik darjah akan membuatkan guru tersebut disukai dan sering didekati oleh
murid-muridnya. Perhubungan guru dengan murid akan terjalin erat dan ini
sangat baik dalam konteks pengajaran dan pembelajaran.
Selain itu, kawalan mata dan anggota adalah amat penting sekali agar
orang berada selesa berkomunikasi dengan kita. Kita juga perlu peka dengan
sekeliling kita. Kalau orang yang kita bercakap itu hanya menjawab ya...
tidak... sahaja, ia bermaksud orang itu tidak berminat tentang topik yang
dibincangkan. Oleh yang demikian, topik perbualan kita haruslah sesuai dan
berpatutan. Janganlah kita membincangkan perkara-perkara yang tidak
sesuai seperti hal-hal peribadi, agama, politik, dan sebagainya, kecuali topiktopik berkenaan adalah minatnya. Sebaliknya, kita boleh membincangkan
topik-topik seperti muzik, makanan, buku, berkebun, dan lain-lain semasa kita
berbual atau bersosial dengan orang lain.
Bagi cara-cara penambahbaikan pula, pada pendapat saya,
program ceramah dan bengkel ini akan menjadi lebih menarik jika ditambah
dengan aktiviti main peranan, dan sebagainya. Hal ini akan lebih menceriakan
suasana dalam dewan. Dengan itu, murid-murid akan berasa seronok
seterusnya menumpuh perhatian terhadap penyampaian penceramah. Selain
itu, saya juga mencadangkan penceramah boleh menyelitkan beberapa video
yang berkaitan dengan tajuk ceramah yang diberinya.
Secara kesimpulan, banyak manfaat yang telah saya dapat daripada
apa yang diperkatakan oleh Encik Ravindran Chelliah sepanjang seminar
ceramah Guru dan Akauntabiliti Profesionalisme ini. Semua pengalaman dan
pengetahuan yang saya dapat akan saya aplikasikan agar menjadi seorang
guru yang lebih jitu dan serba boleh. Diharapkan agar aktiviti seperti ini
dijalankan pada masa yang akan datang. Terima kasih sekali lagi kerana
memberikan peluang kepada saya untuk menyertai aktiviti ini.

Anda mungkin juga menyukai