Anda di halaman 1dari 7

INSAN GURU PROFESIONAL (KPG3013)

ELEMEN PASCA REFLEKSI KENDIRI

Nur Fadhilah binti Zainudin D20191088496


Kumpulan kuliah : AT13B
Pensyarah : Dr Mohd Shahir bin Mohamed Sunar
Pertama sekali, bersyukur saya kepada Ilahi kerana dengan rahmat-Nya dapat saya
menjalankan tanggungjawab saya sebagai pelajar yang mengambil kursus KPG3013 pada
semester ini dengan lancar dan baik. Pada pendapat saya, kursus Insan Guru Profesional
merupakan satu kursus yang penting untuk para mahasiswa yang mengambil bidang
pendidikan bagi menanam rasa,perasaan mahupun perwatakan seorang guru dalam diri mereka.
Sukatan pelajaran yang disediakan ini banyak menekankan unsur-unsur keterampilan guru
serta tanggungjawab guru terhadap kerjaya mereka sebagai pendidik anak bangsa. Sementara
itu, tugasan yang diberikan menambah pengetahuan serta kefahaman saya kepada kerjaya
seorang guru.

Siapa saya sebagai Insan


Selepas belajar kursus ini, benarlah kata orang bahawa guru itu ibarat lilin yang membakar diri.
Bukan sahaja berguna untuk murid malah masyarakat sekeliling. Seorang guru perlu banyak
berkorban demi memberikan manfaat kepada orang lain bukan sahaja melalui ilmu malah
masa,tenaga, dan keikhlasan hati yang tinggi. Saya melihat diri saya sebagai seorang guru perlu
banyak memperbaiki diri kerana atribut saya ada yang kurang. Apa yang saya lihat ialah
tanggungjawab saya sebagai seorang guru dalam membentuk jati diri dan pemikiran anak
murid yang cemerlang dan berkualiti. Sebagai sebatang lilin kita perlu banyak berkorban demi
orang lain untuk mereka menimba ilmu dan memanfaatkan orang lain. Saya juga berasa
bahawa sikap guru yang cemerlang semuanya dapat dicari apabila kita meletakkan diri kita
sebagai pelajar. Dengan cara ini, kita dapat faham guru jenis apa yang menyenangkan anak
murid dan menggalakkan mereka untuk belajar di kelas.

Siapa saya sebagai Insan Guru Perantis.


Antara ciri-ciri keperibadian yang saya miliki sehingga melayakkan saya menjadi seorang
Insan Guru Perantis ialah saya mudah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Hal
ini kerana saya sudah biasa dengan perkara tersebut selepas tamat persekolahan. Saya mula
bekerja di gerai-gerai dan mengambil masa yang singkat untuk beramah mesra dengan orang
sekeliling. Tidak lupa juga setiap kali cuti panjang saya akan mencari kerja kosong untuk
mendapat wang saku sambil mencari pengalaman hidup. Kemahiran ini tidak berhenti begitu
saja, saya juga menyambung cara ini semasa saya belajar saya menjadi pelajar skim bekerja
yang bekerja di pejabat-pejabat di dalam UPSI. Antaranya ialah pejabat karang mengarang dan
pejabat IMC. Mengadaptasikan dir dalam apa jua keadaan ini tidak saya sedari saya sudah
mengusainya sejak tamat persekolah jadi ianya mudah bagi saya apabila melangkah ke alam
perguruan dalam mengadaptasikan diri dengan orang sekeliling.
Selain itu, saya bersifat kreatif dan inovatif telah membuatkan saya untuk berasa layak menjadi
seorang Insan Guru Perantis. Setelah tamat belajar kursus ini banyak perkara baru yang saya
pelajari terutamanya dari segi teknologi. Tambahan pula, atribut ini sangat penting bagi guru
masa kini kerana teknologi telah menjadi salah satu perkara yang amat penting terutamanya
untuk berkomunikasi. Jadi,saya sebagai bakal guru berasa perlu banyak lagi teknologi,
platform, aplikasi dan sebagainya.

Pada pendapat saya antara ciri keperibadian yang perlu saya tingkatkan di UPSI ialah sifat bijak
dalam mengaplikasikan tajuk pembelajaran dengan kehidupan seharian. Hal ini kerana, saya
sedar bahawa ia merupakan satu perkara yang sangat penting terutamanya sebagai seorang guru
Kimia. Apabila kita mampu memudahkan sesuatu topik yang sukar bagi pelajar ini dapat
menarik minat pelajar dalam menceburi bidang Kimia. Tambahan pula, adalah menjadi satu
tanggungjawab kita sebagai guru untuk membentu pelajar dalam perfikiran ke arah pemikiran
sains di tambah dengan peredaran zaman teknologi dan ICT yang sangat tinggi ini. Jadi jika
melihat kehadapan, banyak pemikiran pelajar perlu diubah ke arah itu bagi menghasilkan
sebuah negara yang maju kelak. Oleh hal demikian, tanpa kita sedari kemajuan sesebuah negara
juga berdasarkan hasil didikan dan pengajaran kita kepada anak muda sekarang. Oleh sebab
itu, perkara ini perlu saya perbaiki kerana ia amat penting bagi memandu pemikiran anak muda
zaman sekarang.

Disamping itu, ciri keperibadian yang perlu saya tingkatkan ialah keikhlasan hati dalam
menjadi seorang guru. Sepanjang kursus ini dijalankan saya sangat percaya ramai guru telah
menekankan hal tersebut. Perkara yang penting ini perlulah saya ketengahkan dengan segera
agar memudahkan saya kelak. Antara cara yang boleh saya usahakan untuk meningkatkan ciri
keperibadian ini adalah dengan cuba mengajar beberapa orang dengan ilmu yang saya ada.
Selain itu juga, saya boleh mencari beberapa cerita yang bermotivasi diperoleh daripada bahan
internet ataupun daripada guru sekolah sendiri untuk lebih berkesan.

Refleksi keseluruhan pengalaman kursus

Antara kelebihan yang saya peroleh setelah 14 minggu mempelajari subjek ini ialah ia
merupakan perspektif saya terhadap seorang guru. Tugasan menemubual Insan Guru
Profesional telah membuka minda saya, iaitu menjadi guru bukanlah kerjaya yang biasa ia
memerlukan ketulusan hati yang tinggi terutamanya untuk menjadi seorang guru yang
cemerlang. Hal ini kerana, berdasarkan daripada pengalaman dan apa yang Cikgu Kimia yang
kumpulan saya ceritakan, perkara atau tugas guru perlulah ikhlas dari hati yang nurani bagi
mendapat hasil yang bagus. Sebagai contoh, seorang guru perlu ikhlas mengajar anak murid
walaupun mereka tidak suka subjek tersebut, keikhlasan hati seorang guru untuk mengajar akan
mendorong kita ke arah usaha atau pelbagai inisiatif lain bagi membuat pemikiran anak murid
kita berubah dan mula minat kepada subjek tersebut.

Selain daripada itu, apa yang saya dapat daripada menemu bual guru tersebut ialah sentuhan
peribadi guru dapat merubah hubungan tegang antara guru dan murid serta perwatakan murid
dari apa yang kita buat kepada mereka. Saya belajar bahawa sentuhan peribadi seorang guru
sebenarnya memberi impak yang besar kepada murid dan orang sekeliling. Jadi sebagai
seorang guru, kita perlu memperbetulkan cara layanan kita terhadap orang kerana ia memberi
kesan kepada padangan orang tersebut terhadap kita dan mampu mengeratkan silaturahim
sesama lain. Perasaan cakna dan ambil berat terhadap masalah atau tingkah laku seseorang
memberi impak yang besar kepada kehidupan orang tersebut tidak kira walaupun daripada
pelbagai latar belakang. Seorang guru tidak boleh melayan dengan perkara yang negatif kepada
mereka.

Disamping itu sebagai seorang guru sains, kita mempunyai artibut tersendiri. Tamsilnya,
seorang guru sains perlu memandu pelajar ke arah pemikiran sains iaitu mampu menghasilkan
hipotesis, meneliti terhadap sesuatu reaksi, ketepatan dalam mengukur barang dan sebagainya.
Padangan masyarakat terhadap subjek sains ini ialah merupakan satu subjek yang sukar untuk
dipelajari. Olehhal demikian, kita perlu mengubah perspektif tersebut dengan melakukan
inisiatif yang memudahkan pelajar untuk memahami subjek ini seperti mengaitkan topik yang
akan dipelajari dengan kehidupan seharian. Dengan cara ini, pandangan murid terhadap subjek
kimia akan lebih mudah serta akan menaikkan semangat mereka untuk mempelajari subjek
kimia.

Saya juga mendapat pelbagai kelebihan dalam menjalankan tugasan Projek Santun Masyarakat
salah satunya iaitu memberi pengalaman dalam menjalankan program dengan orang luar.
Projek yang kumpulan saya buat mengaitkan orang kampung di kampung Aishah. Ia memberi
satu pengalaman baru kepada saya kerana saya belum pernah bekerjasama dengan orang
kampung dalam melakukan apa apa tugasan atau hal. Perkara ini juga memberi memori yang
manis kepada saya kerana dapat melihat kampung orang lain.

Dalam pada itu, saya sedar bahawa guru bukan sahaja memberi ilmu di sekolah sahaja malah
juga boleh memberi ilmu kepada masyarakat sekeliling contohnya orang kampung,staf,
saudara mara dan sebagainya. Bak kata pepatah, ilmu penyuluh kehidupan jadi sesetengah
orang tak tahu tentang ilmu kita ada mungkin disebabkan kekangan wang untuk belajar pada
masa dahulu dan sebagainya. Oleh sebab itu,kita sebagai pendidik perlu memberikan sebanyak
mana ilmu yang kita ada kepada orang lain agar ilmu itu dapat dimanfaatkan dengan baik bukan
daripada diri sendiri sahaja malah orang lain. Walaupun subjek kimia ini boleh dianggap hanya
di atas buku semata namun kita sebagai guru perlu mengaplikasikan ilmu yang kita ada kepada
persekitaran. Hal ini bukan sahaja mampu melahirkan insan yang berfikiran sains malah lebih
menghargai sains dan alam sekitar kerana ianya saling berkait rapat.

Tambahan, saya juga dapat belajar untuk lebih prihatin terhadap cara pembuangan sampah
yang betul kerana ia dapat memusnahkan alam sekitar. Pelbagai kesan yang saya pelajari
daripada pembuatan video kempen kami kepada orang kampung. Kelebihan daripada membuat
video kempen kepada orang kampung ialah kami sekumpulan juga mendapat kesedaran kepada
alam sekitar dan kawasan kediaman kami. Sebagai contoh, saya mula membuat sayur-sayur
yang rosak sebagai baja dan mengasingkan bahan sebelum membuangnya ke tong sampah.
Walaupun cara ini terlihat kecil tapi ia sebenarnya sangat membantu pekerja yang mengutip
sampah di kawasan kediaman kita. Bukan itu sahaja, barang yang kita asing dapat dihantar
kepada tapak kitar semula dan tidak menambahkan kepada pelupusan sampah. Baja yang
dibuat daripada sisa makanan seperti sayur,kulit telur dan sebagainya dapat menyuburkan tanih
di kawasan kitar dan mengelakkan ia daripada tercemar dengan bahan toksik seperti plastik
dan bateri.

Saya juga dapat belajar bahawa banyak platform yang boleh digunakan untuk menarik minat
pelajar dan relevan pada masa ini daripada hasil pembentangan projek rakan-rakan. Oleh hal
demikian, saya akan berusaha untuk meneroka aplikasi tersebut dan menguasainya agar ia
boleh meningkatkan kualiti pengajaran saya pada masa akan datang. Ia juga boleh dibuat
semasa melakukan program terutamanya online. Saya sedar bahawa salah satu perkara yang
boleh menarik fokus pelajar ialah dengan membuat permainan. Pelajar ialah remaja jadi kita
perlu suaikan pengajaran kita dengan sama dengan peringkat umur mereka. Dari pemerhatian
saya, orang dewasa pada zaman kini lebih tertumpu kepada YouTube dan remaja pula lebih
suka menggunakan TikTok. Jadi sebagai seorang guru kita perlu kreatif dalam menghasilkan
pengajaran yang menarik dan berkesan serasi dengan zaman.

Dari aspek kumpulan pula, saya juga belajar beberapa perkara baru seperti saya belajar untuk
membuat video menggunakan aplikasi Canva. Sebelum ini saya hanya menggunakan Canva
untuk membuat poster,slaid dan kad undangan sahaja jadi ia mengambil masa yang lama untuk
saya menghasilkan video pada bahagian saya. Namun, syukur saya mendapat ahli kumpulan
yang sangat baik dan tidak kedekut ilmu. Mereka membantu saya tanpa rasa penat sehingga
saya sedikit mahir menggunakan aplikasi tersebut. Kerjasama dan tunjuk daripada mereka
amatlah berharga bagi saya kerana tidak ramai orang yang boleh mengajar kita tatkala mereka
sendiri sibuk dengan tugas masing-masing.

Kelemahan yang saya dapat daripada kursus ini pula ialah segala tugasan yang dilaksanakan
ialah secara virtual bukan face to face. Hal ini kerana pihak UPSI telah mengutuskan bahawa
kebanyakan kuliah pada semester ini ialah secara online class learning disebabkan wabak
Covid-19 yang belum reda di negara kita. Saya agak kecewa dengan keputusan tersebut kerana
jika tugasan yang diberi oleh kursus ini dilakukan secara face to face mungkin lebih memberi
impak yang besar kepada orang kampung dan juga kami. Namun perkara ini tidak dapat
dibantah dan ia juga untuk kebaikan sendiri.

Tambahan, kelemahan yang saya dapati daripada kumpulan kami juga ada iaitu perancangan
masa dalam membuat program. Kami sangat terburu-buru dalam melakukan program ini dan
googleform yang kami buka pada orang kampung hanyalah dalam masa yang singkat. Jadi
mungkin sesetengah orang kampung tidak sempat mengisi dan mengambil bahagian dalam
perkara itu. Oleh hal demikian saya belajar sesuatu daripada kelemahan ini ialah kita perlu
bersepakat dalam merancang sesuatu dan mengambil kira dari pelbagai aspek untuk
mendapatkan hasil yang sempurna dan berpuas hati.

Selain itu antara kelemahan yang saya dapati ialah apabila kuliah dijalankan secara online, ia
mengambil masa yang panjang untuk mendapat respon daripada rakan berbanding dengan
kuliah secara bersemuka kita boleh mengadakan perbincangan dengan terus. Tidak ditambah
dengan capaian internet saya dan rakan-rakan yang tidak memuaskan sangat membuang masa
semasa mengadakan perbincangan bagi saya. Jadi perisian yang sebenarnya boleh menjadi
singkat dan padat sudah menjadi lama dan memberi tekanan kepada saya.

Tambahan juga apabila kami mengadakan program untuk menemu bual guru, capaian internet
saya mahupun guru tidak kuat. Kesannya, pada beberapa ketika saya tidak dapat apa yang
disampaikan oleh guru. Mujur ahli kumpulan saya merakam temu bual tersebut dan ia juga
merupakan salah satu arahan daripada tugasan itu untuk berbuat demikian.

Dari aspek peluang pula, banyak peluang saya dapat apabila mengambil kursus ini. Antaranya
ialah peluang menemu bual guru-guru yang sudah berpengalaman dalam bidang pendidikan
dan banyak berbincang ke arah sifat,sikap,tindakan serta tanggungjawab seorang guru.
Sebelum ini saya pernah menemu bual guru di sekolah tetapi hanya berfokuskan kepada
strategi dan cara mereka mengajar anak murid. Pelbagai nasihat dan larangan yang saya peroleh
daripada guru. Sebagai contoh, seorang guru perlu ada sifat cekal dalam diri dan mampu
mengadaptasi diri dalam persekitaran yang baru. Perkara ini boleh dibuat dengan mengkaji
terlebih dahulu latar belakang sekolah,murid dan staf yang ada di tempat yang kita akan kerja.
Hal ini sangat membantu saya untuk bersedia dalam pelbagai keadaan sebelum melangkah ke
alam guru.

Selain daripada itu, kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk melihat masalah yang
dihadapi oleh guru akibat berlakunya pandemik Covid-19. Banyak aktiviti,pengajaran
terganggu dengan faktor tersebut terutamanya guru yang berapa di kawasan luar bandar seperti
di Sarawak dan Sabah kawasan pedalaman. Faktor ini memberi kesan yang buruk kepada
pelajar yang tidak mempunyai capaian internet yang baik serta teknologi yang seperti telefon
bimbit untuk memasuki kelas secara online. Tambahan pengajaran guru juga terkesan
disebabkan ramai murid tidak dapat dan tidak mampu hadir ke kelas online. Perkongsian
daripada ahli lain banyak membuka mata saya dalam bidang ini dan bertapa pentingnya usaha
kita dalam mendidik anak bangsa.

Seterusnya ialah bagi saya peluang menjalankan tugasan bersama orang baru. Hal ini kerana
saya belum pernah membuat tugasan bersama-sama mereka dan tidak begitu rapat dengan ahli
kumpulan sebelum semester ini jadi peluang yang saya dapat ialah saya boleh menambah
kenalan saya serta mengenali mereka dengan lebih dalam. Tidak pada itu, mereka juga
merupakan seorang insan yang boleh dibuat contoh kerana mereka banyak memikul
tanggungjawab yang selain dan libatkan diri dengan kolej, persatuan dan sebagainya. Namun,
hal tersebut tidak dijadikan alasan untuk mereka menyiapkan tugasan dengan baik dan
mengambil bahagian dalam melakukan tugasan. Saya sangat senang berkerja dengan ahli
kumpulan saya. Saya juga mahu mengikut cara mereka berkerja dan membahagikan masa
dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai