Anda di halaman 1dari 5

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN EKONOMI DENGAN KEPUJIAN

AT18

KPG3013 INSAN GURU PROFESIONAL

REFLEKSI KENDIRI IGP

NAMA: MUHAMAD AIMAN NOR HAKIM BIN JAINUDEEN

NO MATRIK: D20201093841

SEMESTER: 5

DR. SHAHRUN NIZAM BIN ABD AZIZ


1.0 Elemen pra-refleksi kendiri.
BAHAGIAN 1 : Siapa saya sebagai insan.
Siapa saya jika sebuah objek.

Gambar 1 : Gambaran diri saya sebagai objek.

Sekiranya diri saya sebagai sebuah objek, saya dapat menyatakan bahawa diri saya
adalah air hujan. Hal ini kerana, air hujan mempunyai ciri-ciri keperibadian yang ada
dalam diri saya. Seperti yang kita tahu, air hujan mempunyai banyak peranan dalam
kehidupan seharian manusia. Air hujan dapat memudahkan urusan manusia seperti
menyejukkan permukaan bumi, menyiram tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Akan
tetapi, jika manusia tidak menjaga sistem udara dengan baik seperti membakar secara
terbuka menyebabkan air hujan menjadi toksik. Lantas, menjadi punca hujan turun
secara berterusan dan menyebabkan banjir di sesebuah tempat.
Berdasarkan kepada diri saya, keperibadian saya adalah bersifat yang suka dalam
membantu orang lain sama ada sahabat mahupun orang yang tidak dikenali. Saya
akan mengutamakan ahli keluarga saya dahulu dan akan melakukan yang terbaik demi
kesenangan orang sekeliling. Biarpun diri saya digunakan hanya ketika diperlukan, ia
tidak mematahkan perjalanan hidup saya kerana keperibadian diri saya yang mudah
didampingi dan selalu menolong orang lain menyebabkan saya boleh hidup dengan
sendiri.
Berdasarkan kepada objek yang saya pilih iaitu air hujan, ia menepati dengan ciri-ciri
saya. Hal ini kerana, ketika sudah bergelar guru, setiap perkara yang ada di depan
mata perlu ditempuh dan dipikul walaupun benda itu kita tidak suka. Setiap guru perlu
memiliki sifat berani untuk menghadapi segala perkara supaya dapat melatih diri
menjadi lebih kuat dan matang. Persamaan antara air hujan dengan profesion
perguruan ialah air hujan dapat menyejukkan cuaca yang panas manakala dalam
konteks perguruan jikalau murid berada dalam situasi yang sukar seperti tidak dapat

1
fokus dalam sesuatu pelajaran, maka disitulah peranan guru dalam menyakinkan
murid tersebut untuk percaya kepada diri dan kebolehan mereka.

Siapa saya jika menjadi insan yang lain.


Jika diberi pilihan untuk memilih sama ada ingin menjadi seorang insan yang lain atau
tidak, saya lebih memilih untuk tidak menjadi seorang insan yang lain. Hal ini
dikatakan demikian kerana saya percaya saya dicipta dan lahir di dunia ini
mempunyai peranan dan fungsi yang tertentu dalam kehidupan. Jika dilihat peranan
sebagai seorang insan dalam aspek Islam, saya berperanan sebagai seorang hamba
Allah yang wajib melaksanakan segala suruahNya, meninggalkan segala laranganNya
dan hanya menyembah tuhan yang satu iaitu Allah SWT.
Peranan saya sebagai seorang anak pula ialah membantu ibu bapa dan keluarga
selagi mampu dan berbakti kepada mereka sehingga ke hujung nyawa. Peranan dalam
masyarakat pula ialah saling hormat-menghormati, bantu-membantu dan berusaha
mewujudkan keharmonian dalam bermasyarakat. Di samping itu, saya lebih memilih
untuk menjadikan seseorang insan yang lain sebagai “role model” yang boleh
dijadikan contoh dan pedoman dalam menjalani kehidupan. Insan yang saya pilih
sebagai role model ialah bapa saya sendiri. Beliau merupan seorang berjiwa tabah,
rajin dan sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anaknya. Sikap dan perwatakan
yang ditunjukkan beliau dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang berjaya di
dunia dan akhirat akan saya contohi untuk menjadi seorang insan yang berguna
kepada agama, keluarga, masyarakat dan negara.

2
BAHAGIAN 2 : Siapa saya sebagai insan guru perantis.
Ciri keperibadian yang saya miliki.
Menurut pemahaman saya, guru perantis dapat ditakrifkan sebagai seorang bakal guru
atau guru pelatih yang masih belajar dan menimba ilmu dalam bidang pendidikan di
peringkat pengajian tinggi. Guru perantis merupakan seseorang yang mempunyai
ciriciri dan kelayakan sebagai seorang guru serta dapat melepasi syarat-syarat yang
telah ditetapkan oleh pihak pengajian tinggi seperti menduduki Ujian MEDSI dan
temuduga.
Menjadi seorang warga pendidik semestinya atas kehendak diri saya sendiri
disamping dorongan oleh keluarga tersayang dan guru-guru saya ketika di sekolah.
Bukan itu sahaja, saya juga yakin bahawa keperibadian diri saya juga dapat
melayakkan diri saya sebagai seorang guru. Antara ciri keperibadian yang saya miliki
termasuklah sifat membantu. Melalui sifat ini saya yakin bahawa dapat menjadikan
saya guru yang akan mengajar anak murid dengan ikhlas dan bukan disebabkan
terpaksa. Hal ini kerana, saya suka membantu orang lain sehingga berjaya kerana saya
suka melihhat orang yang memerlukan itu berjaya dengan hasil bantuan saya. Sifat ini
amat bersesuaian dengan profesion guru di mana membantu anak bangsa Malaysia
berjaya menjadi individu yang berguna pada masa akan datang.
Seperti yang kita tahu, tugas guru adalah mengajari ilmu yang telah dipelajari kepada
para pelajarnya. Oleh yang demikian, ciri keperibadian iaitu gemar berkongsi ilmu
dengan orang lain dapat melayakkan saya untuk menjadi seorang guru yang
benarbenar menjalankan tanggungjawab kepada para pelajar. Selain itu, saya juga
seorang adaptif iaitu seorang yang berfikiran terbuka dan sentiasa dinamik. Melalui
ciri keperibadian ini dapat membantu saya untuk menyesuaikan diri dan bekerjasama
dengan guru, pelajar dan ibu bapa pelajar apabila berada di sekolah kelak.

Ciri keperibadian yang ingin diperelokan.


Di samping itu, terdapat juga beberapa ciri keperibadian yang perlu diperelokan
sepanjang tempoh menjalani program di UPSI. Antaranya ialah memperbaiki
pengurusan masa. Hal ini dikatakan demikian kerana saya masih tidak dapat
mengurus masa dengan sistematik dan teratur. Misalnya, pengurusan masa dalam
menyiapkan tugasan, pengurusan masa belajar kendiri dan sebagainya. Pengurusan
masa yang baik merupakan salah satu ciri keperibadian yang perlu ada dalam setiap

3
diri guru. Misalnya, pengurusan masa yang baik membolehkan guru merancang PdP
yang bersesuaian dan menyeronokkan.
Selain itu, ciri keperibadian yang perlu diperelokan ialah kreatif dan inovatif.
Untuk menjadi seorang guru yang professional, guru tersebut mestilah bersikap kreatif
dan inovatif dalam menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
kepada para pelajar.

Bagaimana saya persiapkan diri dari guru perantis kearah guru professional.
Di samping itu, terdapat beberapa perkara yang perlu dipersiapkan oleh insan guru
perantis ke arah insan guru professional. Guru-guru perantis seharusnya
mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang secukupnya dalam bidang
pendidikan dan subjek major serta minor yang telah dipilih. Selain itu, guru perantis
juga seharusnya menceburkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh
pelbagai badan persatuan. Hal ini membolehkan bakal guru memperoleh pengalaman
dalam pelbagai aspek seperti kepimpinan dan pengurusan program yang boleh
dijadikan sebagai panduan pada masa hadapan. Bakal-bakal guru juga perlu sentiasa
peka dengan isu-isu semasa seperti isu pendidikan di Malaysia yang dapat membantu
guru perantis mempersiapkan diri menjadi seorang yang bersikap dinamik dan
fleksibel mengikut situasi semasa dalam bidang pendidikan.
Selain itu, saya juga akan mengkaji pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang
bersesuai bagi menyeronokkan lagi aktiviti PdP. Bagi kaedah dan teknik pengajaran
ini penting dalam diri guru professional dalam usaha menigkatkan keberhasilan
pembelajaran kepada murid-murid. Di samping itu, saya tidak mahu menjadi guru
professional yang membosankan dan tidak kreatif. Dalam erti kata lain, walaupun
murid saya cemerlang tetapi mereka belajar dalam keadaan bosan dan tekanan. Maka,
saya perlu mengkaji pelbagai kaedah dan teknik pembelajaran ini supaya dapat
menjadikan suasana di dalam kelas lebih menarik dan interaktid di samping dapat
meningkatkan keberhasilan pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai