Anda di halaman 1dari 7

KPG 3013

INSAN GURU PROFESIONAL

AT 49 A

TUGASAN 1

PENULISAN REFLEKSI INSAN GURU PROFESIONAL PERANTIS (IGPS)

NAMA PENSYARAH: DR ZARIMA BINTI ZAKARIA

NAMA NOMBOR MATRIK


NUR AZWANA BINTI MISRONI D20191089612
SEMESTER 5
Isi Kandungan

No Perkara Muka Surat


1.0 Elemen Pra 1.1 Siapa Saya Sebagai Insan 1–2

1.2 Siapa Saya Sebagai Insan Guru 3–5


Perantis
1.0 Elemen Pra

1.1 Siapa Saya Sebagai Insan

Saya menggambarkan diri saya sebagai pensil warna.

Saya menggambarkan diri saya sebagai pensil warna adalah kerana saya seorang yang ceria dan
boleh membawa pelbagai watak bagi suatu situasi mahupun tempat. Ianya boleh dikaitkan dengan
pelbagai warna yang ada pada sekotak pensil warna. Sebagai contoh, saya mampu untuk terus
tersenyum dan bersemangat untuk melengkapkan semua tugas saya walaupun berada di dalam
situasi yang kurang baik. Saya juga mampu untuk mengawal perasaan, emosi dan tingkah laku
agar tidak memberi mudarat pada diri dan orang sekeliling. Pelbagai warna ini juga melambangkan
bahawasanya terdapat pelbagai kaedah penyelesaian atau alternatif yang berbeza untuk
menyelesaikan suatu masalah. Selain itu, pensil warna ini memberi maksud bahawa saya seorang
yang serba boleh dalam melakukan apa jua tugasan yang diberikan sama ada dalam bidang
mahupun di luar bidang. Saya mampu untuk menyahut cabaran yang diberikan dan
menyelesaikannya dengan baik dan penuh dedikasi. Ini kerana setiap permasalahan atau situasi
yang sukar akan memberikan pengalaman dan ilmu pada diri serta dapat menambah nilai diri untuk
lebih berani mencuba perkara baharu.

1
Jika saya boleh memilih untuk menjadi seorang insan lain, insan tersebut ialah Ustaz Azhar Idrus
kerana beliau mempunyai personaliti yang menarik dan santai dalam menyampaikan ilmu. Ilmu
yang disampaikan pula bertepatan dengan setiap persoalan atau kemusykilan yang wujud di
kalangan masyarakat. Mengapa saya menekankan untuk menyampaikan ilmu? Ianya kerana saya
ingin memberi manfaat dan berkongsi ilmu kepada orang lain. Seperti yang kita tahu, sebaik-baik
manusia adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain. Walaubagaimanapun, perwatakan
seseorang juga adalah penting kerana ianya merupakan perkara pertama yang dinilai dan
menjadikan orang sekeliling selesa untuk berkawan dan berkongsi pendapat antara satu sama lain.
Selain itu, kata-kata atau tingkah laku yang ditunjukkan juga perlu diambil kira untuk membantu
kita dalam membuat amal dan kebaikan dalam kehidupan seharian supaya dapat meningkatkan
kualiti diri untuk menjadi yang lebih baik hari demi hari.

Jika saya tidak mahu, ianya kerana saya tetap ingin menjadi diri saya sendiri dan meneroka serta
mencari jawapan bagi setiap persoalan dalam hidup serta bekerja keras dalam menyelesaikan
setiap satu perkara dengan baik dan teliti agar ianya dapat dicegah untuk masa yang akan datang.
Ini kerana saya perlu memupuk sikap berdikari dan bersungguh-sungguh terhadap apa jua yang
saya ingin capai. Kehidupan yang dilalui ini adalah untuk mencari siapa diri kita yang sebenarnya,
sama ada dapat memberikan kebaikan atau keburukan kepada diri, keluarga, masyarakat, agama
dan negara. Oleh itu, sifat yang baik amat penting untuk ditanam dalam diri supaya tidak mudah
lemah semangat dan sentiasa berfikiran positif dalam melakar setiap kejayaan dan pencapaian
yang diinginkan dengan usaha sendiri. Dengan itu, nilai yang baik perlu disemai supaya ianya
menjadi asbab terpenting bagi menyinari kehidupan yang dipenuhi dengan onak duri.

2
1.2 Siapa Saya Sebagai Insan Guru Perantis (IGPS)

Berdasarkan pengamatan saya pada diri sendiri, ciri-ciri keperibadian yang saya miliki sehingga
melayakkan saya menjadi seorang guru perantis ialah saya seorang yang bersungguh-sungguh dan
sentiasa bersemangat dalam melakukan sesuatu tugas sama ada tugasan secara individu atau
berkumpulan. Contohnya, sebagai guru saya akan menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas dengan penuh semangat supaya dapat menarik perhatian pelajar dan membolehkan
pelajar untuk mudah faham tentang topik yang dipelajari. Selain itu, saya adalah seorang yang
ceria dan mesra kerana saya sentiasa menginginkan perkara-perkara yang positif dalam kehidupan
seharian saya. Seperti yang kita sedia maklum, tugas guru bukan sahaja mengajar tetapi perlu
menguruskan beberapa hal ehwal pelajar supaya pelajar memperoleh pendidikan yang baik
sepanjang berada di sekolah. Walaubagaimanapun, saya seorang yang bermotivasi tinggi bagi
mendorong saya untuk melaksanakan tugas saya dengan jayanya. Ianya adalah penting sebagai
seorang guru kerana motivasi dalam diri dapat membantu untuk menyampaikan ilmu dengan
berkesan khususnya kepada pelajar. Motivasi dalam diri juga penting untuk menjadikan emosi kita
sebagai guru dalam keadaan baik dan terkawal dalam apa jua situasi.

Saya memilih ciri-ciri keperibadian tersebut kerana saya maklum bahawa menjadi seorang guru
adalah bukan sesuatu yang mudah. Antara sebab saya memilih sikap bersemangat dan bersungguh-
sungguh ini adalah kerana saya hendak memberikan sesi pengajaran dan pembelajaran yang
terbaik di dalam kelas agar dapat membantu murid untuk bersemangat dan minat untuk belajar. Ini
kerana minat pelajar terhadapp pembelajaran amat membantu murid untuk menguasai satu-satu
topik yang mereka pelajari di dalam kelas. Walaubagaimanapun, saya memilih sifat ceria dan
mesra adalah kerana riak wajah merupakan perkara pertama yang dilihat dan dinilai pada diri
seseorang. Oleh itu, sifat ini menjadikan pelajar dan rakan guru yang lain berasa selesa untuk
bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu tugas atau isu yang timbul dengan baik. Perbincangan
juga mudah untuk dijalankan kerana mempunyai sikap yang menyenangkan antara satu sama lain.
Seterusnya, sifat motivasi yang tinggi dalam diri juga amat penting untuk menetapkan perkara
yang baik dalam minda dan ianya mendorong diri kita untuk mencapai matlamat yang telah
ditetapkan. Motivasi ini juga diperlukan pada seorang guru untuk terus kuat menghadapi segala

3
cabaran dalam kehidupan sebagai seorang guru dan melatih diri untuk menjadi seorang guru yang
cemerlang.

Ciri-ciri keperibadian yang perlu saya perelokkan sepanjang tempoh menjalani pengajian program
di UPSI ialah keyakinan dan keberanian untuk berkomunikasi dan menggunakan kaedah yang
efektif dan kreatif. Ini kerana sikap yakin dan berani untuk memulakan pertuturan menggunakan
bahasa yang elok dan sopan santun supaya ianya dapat menjadi contoh dan teladan orang
sekeliling. Ciri ini juga amat penting bagi seorang insan yang bergelar guru kerana komunikasi
dan pertuturan adalah perkara utama dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, ciri ini
perlu saya perelokkan supaya dapat berkongsi atau menyampaikan maklumat dengan baik. Selain
itu, meneliti dan mentelaah sesuatu perkara sebelum disampaikan kepada murid atau masyarakat.
Ini kerana ilmu atau maklumat yang disampaikan hendaklah sahih dan diyakini supaya tidak
mengundang salah faham dan perbezaan pendapat dalam kalangan masyarakat kelak. Ianya
haruslah diiringi dengan usaha dan kerajinan untuk membongkar suatu topik atau perkara supaya
memperoleh maklumat yang diyakini dan boleh dikongsikan kepada orang lain. Seterusnya,
berfikir di luar kotak iaitu berfikir secara kreatif dan kritis seiring dengan arus moden. Zaman kini
merupakan zaman yang canggih dimana ianya dihiasi dengan gajet dan aplikasi yang maju serta
serba boleh. Ianya boleh diakses dengan hanya menggunakan hujung jari sahaja.
Walaubagaimanapun, kemahiran berfikir perlu diasah dengan menyelesaikan suatu permasalahan
dengan memberikan idea penyelesaian yang efektif. Ianya juga membantu untuk menimba lebih
banyak pengetahuan dan pengalaman supaya lebih bijak dalam membuat suatu keputusan.

Bagaimana saya mempersiapkan diri daripada seorang insan guru perantis (IGPS) kepada insan
guru professional (IGP) ialah dengan melatih sikap adaptif, minda inkuiri, penyayang, kolaboratif,
kreatif dan inovatif. Melalui sikap tersebut, ianya membantu dalam kemenjadian seorang guru
yang profesional. Sebagai contoh, sikap adaptif yang dimaksudkan disini ialah mampu untuk
membiasakan diri di tempat baharu, dapat menerima pembelajaran luar bidang serta menyahut
cabaran yang mendatang lantas menyelesaikannya dengan baik. Minda inkuiri pula ialah fikiran
yang sentiasa ingin tahu dan ianya juga penting bagi melahirkan rasa semangat untuk mempelajari
suatu perkara dengan baik dan bersemangat. Selain itu, saya mempersiapkan diri dengan
memahami dan mengamalkan konsep kontekstual. Konsep ini adalah baik untuk diaplikasikan
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas kerana ianya membantu pelajar untuk lebih

4
faham tentang satu topik yang dipelajari sama ada melalui pengalaman, hubungkait kehidupan dan
sebagainya. Ianya juga sesuai dengan pembelajaran zaman kini yang menjalankan sesi pengajaran
dan pembelajaran adalah berpusatkan murid dan menjadikan guru sebagai fasilitator yang
memantau dan memastikan apa yang dipelajari adalah betul. Seterusnya, saya akan menambah
kemahiran dan pengetahuan dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
Seiring dengan pembelajaran abad ke-21, munculnya pelbagai kaedah baharu yang amat berguna
untuk dipraktikkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, meneroka aplikasi yang
menarik dan mudah digunakan bagi menyampaikan maklumat kepada pelajar supaya
pembelajaran akan menjadi lebih menarik serta lain daripada yang lain.

Anda mungkin juga menyukai