Anda di halaman 1dari 1

Baki isu kajian. Nak masukkan ke tak?

Semasa melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran berkaitan tajuk


adab-adab selepas bangun tidur, terdapat beberapa murid sukar mengingat
senarai adab mengikut turutan dengan betul. Saya telah bersoal jawab dengan
murid-murid tentang rutin bangun setiap kali bangun tidur. Kebanyakan daripada
mereka tidak mengamalkan adab bangun tidur yang betul dan terdapat juga
murid yang tidak tahu apa yang dilakukan itu adalah termasuk dalam adab
bangun tidur.
Melalui pemerhatian yang dibuat, murid memerlukan sesuatu yang boleh
menarik minat untuk belajar adab bangun tidur dan mudah mengingatnya.
Walaupun adab-adab ini kedengaran mudah dan dipandang ringan oleh
sesetengah pihak, saya berasa terpanggil untuk memperbaiki tahap penguasaan
murid berkaitan adab ini. Ini adalah kerana adab bangun tidur merupakan salah
satu cabang akhlak dan amalan kehidupan harian seorang muslim.

Anda mungkin juga menyukai