Anda di halaman 1dari 10

KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS

1. KEJELASAN TULISAN
-

Guru menggunakan huruf yang bersaiz besar supaya dapat dilihat dengan jelas oleh
semua pelajar walaupun pelajar yang berada di belakang. Guru juga tidak
menggunakan tulisan yang bersambung supaya dapat memudahkan pelajar
memahami sesuatu perkataan yang hendak diterangkan oleh guru. Langkah ini bagi
memudahkan pemahaman pelajar kerana tulisan yang kemas dan tidak bersambung
memudahkan pelajar membaca apa yang ditulis.

Selain itu, guru juga tidak menggunakan tulisan yang bengkang-bengkok supaya
pelajar dapat membaca apa yang ditulis dengan mudah. Kekemasan tulisan amat
penting supaya semua topik yang hendak di ajar dapat diurus dengan baik.

Contoh:
Ahad
12/10/2012
Tajuk: Pengkontenaan
Pengkontenaan bermaksud
mengangkut barang-barang
di dalam kontena yang terpiawai.
.
.
.

2. KEJELASAN RAJAH DAN GAMBAR


-

Topik yang hendak diajar oleh guru juga memerlukan rajah dan gambar. Oleh itu,
guru perlu melukis rajah dan gambar yang hendak dibincangkan dengan jelas
supaya pelajar dapat mengetahui apa yang hendak disampaikan oleh guru. Guru
perlu membuat persediaan awal untuk melukis gambar rajah tersebut supaya kelas
dapat di urus dengan baik.

Contohnya guru melukis peta minda berkaitan tajuk pengkontenaan di atas sehelai
kertas mahjong. Guru akan meminta pelajar untuk memasukkan jawapan yang
berkenaan ke atas peta minda tersebut. Peta minda atau gambar rajah yang di lukis
tidak boleh terlalu padat dan berserabut.

Contoh:

MAKSUD
PENGKONTENAAN
KEBAIKAN

PENGKONTENAAN

KEBURUKAN

3. SUSUNAN RUANG PAPAN TULIS


-

Dalam pengajaran seharian penggunaan papan tulis amatlah penting. Oleh itu, guru
perlu memanfaatkan ruang papan tulis dengan semaksima yang mungkin. Guru
akan membahagikan papan tulis kepada tiga ruang dengan dimulai ruang sebelah
kiri ke kanan.

Ini supaya dapat mengelakkan pelajar daripada terkeliru dengan

penulisan nota dan maklumat yang hendak disampaikan oleh guru.

Semua bahan pengajaran yang hendak di paparkan haruslah dapat dilihat oleh
seluruh kelas. Guru akan menyusun bahan tersebut dengan baik mengikut
pembahagian ruang yang telah di buat. Susunan yang berterabur akan memberi
kesan kepada pelajar

dan mengelirukan mereka. Bahan-bahan

haruslah berkisarkan kepada tajuk atau idea yang hendak diutarakan.

CONTOH:

HARI

TAJUK:

TARIKH

pengajaran

4. MEMPELBAGAIKAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS


-

Guru akan melakukan aktiviti penggunaan papan tulis dalam pelbagai bentuk. Selain
menulis dan melukis rajah dan gambar, guru juga akan menggunakan papan tulis
dengan menggantung gambar-gambar berkaitan pengkontenaan sebagai alat bantu
mengajar.

Guru akan menggantung gambar tersebut secara sistematik dan bersusun supaya
mengelakkan

pelajar

daripada

berkisarkan kepada tajuk.

CONTOH:

terkeliru.

Gambar

yang

ditunjukkan

adalah

5. PENGGUNAAN WARNA KAPUR/ PEN MARKER YANG BERLAINAN


-

Penggunaan

kapur

tulis

atau

pen

marker

yang

berlainan

warna

akan

merangsangkan gaya pembelajaran pelajar. Guru akan menggunakan pen yang


pelbagai warna seperti merah,biru dan hitam. Selain itu, penggunaan pelbagai warna
di papan tulis akan menonjolkan topik yang diajar serta memberi penekanan
terhadap tajuk tersebut.

Dalam aspek pembelajaran dan pengajaran, aspek pemilihan warna amat penting
supaya semua pelajar tidak merasa bosan dan sentiasa bersemangat untuk
belajar.Guru juga menggunakan pen berwarna ini bukan sahaja di papan tulis, malah
melalui gambar rajah dan peta minda yang dilukis.

CONTOH:

6. MELIBATKAN PELAJAR DALAM PENGGUNAAN PAPAN TULIS


-

Guru akan memanggil pelajar untuk menulis jawapan di hadapan kelas berdasarkan
gambar rajah yang telah diberi oleh guru. Pelajar dibenarkan untuk berbincang
dalam kumpulan dan seterusnya menulis jawapan yang telah mereka bincangkan di
papan tulis. Ini akan membuatkan proses P&P lebih menarik kerana pelajar dapat
memberikan respon berdasarkan tajuk yang di ajar.

Guru akan meminta pelajar untuk memberikan pendapat berdasarkan jawapan yang
telah diberi. Oleh itu setiap pelajar akan mengambil bahagian dan belajar dalam
keadaan yang menyeronokkan. Guru perlu menghargai setiap usaha dan pendapat
yang telah diberikan oleh pelajar.

CONTOH:

7. TIDAK MEMBELAKANGKAN PELAJAR


-

Guru tidak boleh berdiri tepat di depan papan tulis. Perbuatan ini akan melindungi
pandangan pelajar untuk melihat apa yang ditulis di papan tulis. Guru akan berdiri
dengan keadaan badan yang agak menyerong sehingga tubuh guru tidak
menghalangi pandangan pelajar.

Selain itu apabila guru berdiri menghadap papan tulis, lantunan suara guru tidak
dapat didengari dengan jelas oleh para pelajar. Ini akan membuatkan pelajar cepat
merasa bosan dan tidak menumpukan perhatian di dalam kelas.

CONTOH:
(BETUL)

(SALAH)

8. TIDAK MEMENUHI PAPAN TULIS DENGAN TULISAN


-

Guru yang baik akan memastikan ruang papan tulis tidak di tulis dengan penuh.
Terlalu banyak tulisan akan mengakibatkan papan tulis menjadi tidak menarik dan
membingungkan pelajar. Guru akan mengosongkan ruang bahagian bawah papan
tulis untuk mengelakkan pelajar yang berada di belakang kelas daripada tidak
nampak apa yang di tulis oleh guru.

Guru akan peka dengan keperluan pelajar iaitu untuk belajar dalam keadaan yang
selesa. Apabila guru menulis terlalu banyak sehingga di ruang bawah papan tulis
akan menyebabkan pelajar di belakang kelas terpaksa berdiri untuk melihat nota
yang ditulis oleh guru.

CONTOH:

(BETUL)

(SALAH)

9. MENGGUNAKAN ALAT PENUNJUK


-

Untuk memastikan P&P berjalan dengan baik dan berkesan, guru akan
menggunakan sesuatu untuk menunjukkan apa yang di ajar di papan tulis seperti
menggunakan pembaris untuk mengajar di hadapan kelas.

Penggunaan alat penunjuk ini akan mengelakkan pelajar daripada tidak nampak
dengan apa yang ditulis. Ianya juga mengelakkan daripada tubuh guru menghalang
pandangan pelajar ketika melihat tulisan di papan tulis.

CONTOH:

10. PENGGUNAAN MASA


-

Masa penggunaan papan tulis hendaklah sepadan dengan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Guru tidak boleh hanya menggunakan papan tulis untuk P&P. Guru
akan mempelbagaikan aktiviti di bilik darjah, bukan hanya dengan menggunakan
papan tulis tetapi guru juga akan meminta pelajar melakukan aktiviti pengukuhan
seperti perbincangan secara berkumpulan.

Guru juga tidak akan menulis terlalu lama di papan tulis. Untuk mengurangkan masa
menulis, guru akan menyediakan gambar rajah di kertas mahjong sebelum masuk ke
kelas. Ini akan menambahkan keseronokan untuk belajar. Penggunaan papan tulis
dengan masa yang berlebihan akan menyebabkan pelajar cepat merasa bosan.

Contohnya apabila guru menerangkan tajuk pengkontenaan, guru boleh menulis isiisi penting di papan tulis manakala untuk gambar rajah, guru perlu melukisnya
sebelum masuk ke kelas dengan menggunakan kertas mahjong.

Anda mungkin juga menyukai