Anda di halaman 1dari 11

KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS

NURUL FATEHAH BT CHE RASHID NUR MURNIRAH BT MOHD ZAID NUR AWANIS BT NORDIN

PENGENALAN Kemahiran menggunakan papan tulis adalah penting dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran di bilik darjah. Kemahiran ini memerlukan guru merancang dan menyusun tulisan, nota, ilustrasi dan gambarajah di atas papan tulis dengan baik. Guru yang berkemahiran menggunakan papan tulis dengan sempurna akan memudahkan murid memahami pengajarannya dan dapat menarik minat mereka mengikuti pelajarannya.

JENIS-JENIS PAPAN TULIS

1. Papan Tulis 2. Papan putih 3. Papan Magnetik 4. Papan Flip 5. Papan Pameran / Papan Kenyataan 6. Papan Flanel 7. Papan Gulung 8. Papan Slip 9. papan Elektronik

OBJEKTIF PENGGUNAAN PAPAN TULIS


Untuk menjelaskan sesuatu fakta, konsep atau idea yang abstrak. Untuk menarik perhatian murid terhadap perkaraperkara yang penting di setiap peringkat pengajaran. Untuk memperkukuhkan sesuatu fakta, konsep atau idea yang dihuraikan.

Untuk mendemonstrasikan langkah-langkah penyelesaian masalah secara sistematik

SAMBUNGAN..

Untuk mempelbagaikan aktiviti pengajaran guru dan pembelajaran murid Untuk memberikan peluang kepada muridmurid mencatat nota dari papan tulis.

PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN PAPAN TULIS o Rancangan penggunaan papan tulis lebih awal supaya tulisan, nota dan gambarajah dapat diletakkan di tempat yang sesuai. o Guru hendaklah memahirkan diri dengan kemahiran melukis gambarajah yang menarik.

o Tulisan dan gambarajah yang digunakan hendaklah jelas kelihatan kepada seluruh kelas
o Kapur warna hendaklah digunakan untuk menggambarkan penonjolan atau penekanan

SAMBUNGAN.
o

Aktiviti penggunaan papan tulis hendaklah dipelbagaikan

o Pelajar-pelajar hendaklah diberi peluang untuk melibatkan diri dalam penggunaan papan tulis

o Masa penggunaan papan tulis hendaklah sepadan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Jangan menggunakan papan tulis dengan masa yang berlebihan sehingga pelajar-pelajar merasa bosan.

KOMPONEN KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS

KOMPONEN
Kejelasan

HURAIAN
Saiz tulisan yang sesuai, tulisan kemas dan tepat, gambar rajah jelas dan ringkas
Penggunaan ruang untuk tulisan dan rajah sesuai dan seimbang. Susunan dapat dilihat dan teratur Bentuk satu konsep dengan jelas dan tepat. Permudahan konsep atau idea yang susah. Libatkan murid dalam aktiviti pengajaran pembelajaran. Gunakan dalam masa yang sesuai.

Susulan

Penonjolan

Penekanan

KESAN-KESAN KEMAHIRAN PENGGUNAAN PAPAN TULIS


Pelajar-pelajar dapat memahami sesuatu fakta, konsep atau idea dengan lebih jelas dan tepat Pelajar-pelajar menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru. Pelajar dapat mengikuti perkembangan pengajaran guru dengan penuh berminat.

Pelajar menaruh keyakinan terhadap pengajaran guru

SAMBUNGAN. Aktiviti pembelajaran pelajar menjadi lebih menarik.

Konsep, fakta atau idea yang dihuraikan dapat dikekalkan dalam ingatan.

RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai