Anda di halaman 1dari 9

Kaedah Mengajar

Kemahiran Pengajaran Bidang Bahagian II

BAB 3

KEMAHIRAN PENGUNAAN PAPAN TULIS

3.0

Pengenalan

Kemahiran menggunakan papan tulis adalah penting dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kemahiran ini memerlukan guru merancang dan menyusun tulisan, nota, ilustrasi dan gambar rajah di atas papan tulis dengan baik. Guru yang berkemahiran menggunakan papan tulis dengan sempurna akan memudahkan murid memahami pengajarannya dan dapat menarik minat mereka mengikuti pelajarannya.

Kemahiran ini juga merupakan satu kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh guru-guru pelatih terutamanya. Papan tulis atau papan kapur sering digunakan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Papan tulis digunakan oleh guru untuk menekankan dan mendemonstrasikan fakta-fakta yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan papan tulis adalah satu cara untuk guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran mereka.

Segala persembahan grafik dan visual yang dipamerkan oleh guru dapat membantu murid untuk mengekalkan apa yang telah dipelajari dalam ingatan jangka panjang mereka. Guru juga boleh memanggil murid-murid untuk mencatat nota-nota yang penting di atas papan kapur.

Dalam kemahiran ini, mereka mesti belajar untuk menjadi cekap dalam merancang dan menyusun tulisan, nota-nota dan gambar rajah di papan hitam.

14

Kaedah Mengajar

Kemahiran Pengajaran Bidang Bahagian II

Guru-guru juga boleh menggunakan papan tulis untuk pelbagai tujuan seperti: i. ii. iii. iv. Menulis nota; Melukis gambar rajah; Melukis peta; dan Melukis simbol-simbol dalam mata pelajaran Geografi/Sains/Matematik.

Rajah 3.0 Papan Hitam

Penguasaan kemahiran penggunaan papan tulis amat penting untuk guru kerana pengurusan papan tulis yang dikendalikan dengan baik dapat meningkatkan konsep pengamatan murid-murid. Selain daripada itu, persembahan tulisan dan lakaran grafik yang menarik di papan tulis juga meningkatkan keberkesanan pengajaran guru.

3.1

Prinsip-Prinsip Dalam Penggunaan Papan Tulis

Untuk menggunakan papan tulis dengan berkesan, guru haruslah memahami dan mematuhi beberapa prinsip panduan berikut: i) Guru haruslah merancang penggunaan papan tulis dengan lebih awal supaya tulisan, nota dan gambar rajah dapat diletakkan pada ruangan yang sesuai dan menarik perhatian murid-murid dengan optima. ii) Guru mesti melatih diri dalam kemahiran grafik dan melukis gambar rajah dengan baik supaya dapat melakukan pemindahan kemahiran-kemahiran tersebut di atas papan tulis. iii) Guru juga mesti memastikan bahawa semua tulisan dan rajah-rajah dapat dilihat oleh semua murid dalam kelas, khasnya mereka yang duduk di belakang bilik darjah.

15

Kaedah Mengajar

Kemahiran Pengajaran Bidang Bahagian II

iv) Guru juga boleh memanipulasikan penggunaan kapur berwarna dalam pelbagai bentuk tebal untuk membuat penekanan (stress) atau penonjolan (highlight). v) Ruang-ruang khas di papan tulis juga boleh digunakan untuk mempamerkan bahanbahan bantuan mengajar seperti peta, gambar, poster dan lain-lain. vi) Guru juga mesti mesti memberi peluang kepada murid-murid untuk melibatkan diri dalam penggunaan papan tulis, seperti menulis jawapan, melukis dan melabel carta atau menyelesaikan masalah Matematik atau mata pelajaran tertentu mengikut arahan guru. vii) Masa penggunaan papan tulis hendaklah sepadan dengan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan papan tulis yang terlalu banyak dalam satu sesi pengajaran akan membosankan para murid.

3.2

Objektif Penggunaan Papan Tulis

Setiap guru perlu menggunakan papan tulis kerana ia merupakan satu alat bantuan mengajar yang dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajarannya. Ia merupakan satu alat bantuan mengajar yang asas dan sedia ada di dalam semua bilik darjah. Justeru itu, tulisan-tulisan dan lakaran-lakaran grafik yang digunakan oleh guru harus kemas, besar, sistematik dan menarik.

Rajah 3.1 Contoh penggunaan papan tulis yang tidak afektif.

16

Kaedah Mengajar

Kemahiran Pengajaran Bidang Bahagian II

Memberikan peluang kepada semua muridmurid untuk mencatatkan nota secara sistematik dan teratur.

Untuk menjelaskan sesuatu konsep secara lebih mendalam dan lebih terperinci.

Menarik perhatian kepada konsep-konsep dan tema-tema penting yang ingin disampaikan

OBEKTIF KEMAHIRAN PAPAN TULIS

kepada murid-murid.

Menyelesaikan langkahlangkah Matematik/Sains yang kompleks secara tersusun dan teratur. Mengemukakan soalan-soalan di atas papan tulis supaya menggalakkan pemikiran produktif di kalangan murid-murid.

Menegaskan penerangan sesuatu konsep melalui graf, gambar rajah dan lakaranlakaran yang releven.

Rajah 3.2 Objektif-objektif dalam Penggunaan Papan Tulis

3.3

Kesan-kesan Penggunaan Papan Tulis

Jika guru dapat menguasai kemahiran penggunaan papan tulis dengan cekap, beberapa kesan yang baik dapat diperlihatkan seperti berikut: i) Murid-murid dapat memahami sesuatu fakta, konsep atau idea yang dihuraikan dengan lebih jelas dan tepat. ii) Murid-murid dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru. iii) Murid-murid dapat mengikuti perkembangan pengajaran guru dengan penuh minat. iv) Aktiviti pengajran guru dapat dipelbagaikan.

17

Kaedah Mengajar

Kemahiran Pengajaran Bidang Bahagian II

v) Murid-murid menaruh keyakinan terhadap pengajaran guru. vi) Aktiviti pembelajaran murid menjadi lebih menarik.

3.4

Komponen-komponen Kemahiran Penggunaan Papan Tulis

Kemahiran penggunaan papan tulis mempunyai empat komponen, iaitu kejelasan, susunan, penonjolan dan penekanan dan juga teknik persembahan.

Saiz tulisan yang sesuai. Tulisan kemas dan tepat. Gambar rajah jelas dan ringkas.

Komponenkomponen Kemahiran Penggunaan Papan Tulis

KEJELASAN

SUSUNAN (Layout)

Penggunaan ruang untuk tulisan dan rajah sesuai dan seimbang. Susunan dapat di lihat dan teratur. Nota-nota disusun secara sistematik.

PENONJOLAN atau PENEKANAN

Penggunaan tulisan warna yang sesuai. Penggunaan tulisan warna yang menarik

Bentuk satu konsep dengan jelas dan tepat. Permudahkan konsep atau idea yang susah. Libatkan murid dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran. Gunakan dalam masa yang sesuai.

TEKNIK PERSEMBAHAN

Rajah 3.3 menerangkan pelbagai komponen kemahiran penggunaan papan tulis secara ringkas.

18

Kaedah Mengajar

Kemahiran Pengajaran Bidang Bahagian II

SUSUNAN i) Susunan merujuk kepada cara guru mengolah bahan-bahan pengajaran di papan tulis. Nota-noa yang ditulis oleh guru hrus berkaitan dengan objektif pengajaran dan jelas kepada murid. ii) Nota mesti disusun secara sistematik dan menyenangkan proses fahaman murid.

KEJELASAN i) Tulisan seharusnya terang dan sesuai saiznya dan dapat dibezakan oleh semua murid dalam bilik darjah. Guru juga harus peka kepada jarak antara satu huruf dengan yang lain dan di antara satu perkataan yang lain di papan tulis. ii) Gambar rajah juga mesti dilukis dengan jelas dan di label dengan terang.

KOMPONEN-KOMPONEN DALAM KEMAHIRAN PAPAN TULIS

TEKNIK PERSEMBAHAN i) Komponen ini merujuk kepada cara guru menyampaikan fakta-fakta penting denagan bahasa, carta, gambar rajah, symbol dan bagaimana semua maklumat ini dilaksanakan di papan tulis. Guru juga dapat melibatkan murid-murid dengan mengarah mereka untuk melukis, melakar atau mengisikan tempat kosong.di papan tulis. ii) Guru juga mesti menggunakan papan tulis dalam masa pengajaran yang diperuntukan dan tidak menjejaskan masa pengajaran keseluruhannya.

PENEKANAN i) Komponen ini merujuk kepada cara bagaimana guru member tekanan atau penegasan kepada fakta-fakta yang penting. ii) Ini boleh dilakukan dengan menggariskan fakta-fakta penting atau menggunakan warna-warna yang berlainan pada idea-idea yang terbaru. iii) Penggunaan kapur warna mesti menarik dan tepat.

Rajah 3.4 Komponen-komponen kemahiran papan tulis

19

Kaedah Mengajar

Kemahiran Pengajaran Bidang Bahagian II

3.5 i)

Cara Penggendalian Kemahiran Papan Tulis Dalam Pengajaran Mikro Guru harus membuat perancangan sebelum membuat pengajaran mikro melalui kemahiran ini. ii) Bahan-bahan yang diperlukan seperti kapur putih dan warna atau pen marker dan pembaris mesti disediakan terlebih awal. iii) Bahan-bahan pengajaran di papan hitam mesti disusun dengan teratur. iv) Guru juga mesti membuktikan tentang peruntukan ruang untuk nota-nota di papan tulis. Sekiranya ia banyak, guru boleh membahagikan kepada beberapa bahagian. Sekiranya ia jenis bergulung, guru boleh menyediakan kerja awal di bahagian atas dan kemudian menggunakannya supaya ia tidak kelihatan. v) Guru mesti memastikan bahawa murid-murid tidak menulis ayat-ayat dalam nota yang panjang. Hanya fakta dan poin-poin penting sahaja yang ingin ditekankan oleh guru ketika mengajar. vi) Guru juga boleh membuat penilaian kendiri melalui rakaman video (kalau ada) untuk melihat kelemahan-kelemahan yang terdapat dalam kemahiran penggunaan papan tulis. vii) Kemahiran ini menggalakkan penglibatan murid-murid yang lebih tinggi kerana mereka ingin mengikuti pengajaran guru dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru di papan tulis.

Rajah 3.5 Penggunaan kapur pelbagai warna

20

Kaedah Mengajar

Kemahiran Pengajaran Bidang Bahagian II

Guru-guru yang terlibat dalam aktiviti penilaian boleh menggunakan borang bimbingan berikut:

KOMPONEN KEMAHIRAN Kejelasan i) Saiz tulisan sesuai. ii) Tulisan kemas dan tepat. iii) Gambar rajah jelas dan ringkas. Susunan (Layout) i) Penggunaan ruang bagi tulisan atau rajah sesuai dan seimbang. ii) Susunan dapat di lihat dan teratur. iii) Nota-nota disusun secara sistematik. Penonjolan atau Penekanan i) Penggunaan tulisan warna yang sesuai. ii) Penggunaan tulisan warna yang menarik. Teknik Persembahan i) Bentuk satu konsep dengan jelas dan tepat. ii) Permudahkan konsep atau idea yang susah. iii) Libatkan murid dalam aktiviti pengajaran-pembelajaran. iv) Gunakan dalam masa yang sesuai. Tandakan (/) pada ruang yang berkenaan.

Ya

Tidak Sesuai

Tidak Kelihatan

Jadual 3.0 Borang Bimbingan Kemahiran Penggunaan Papan Tulis

21

Kaedah Mengajar

Kemahiran Pengajaran Bidang Bahagian II

Penggunaan papan tulis yang dikendalikan secara tersusun dan sistematik akan menggalakkan penglibatan murid-murid yang lebih tinggi kerana mereka ingin mengikuti pengajaran guru dan menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru di papan tulis. Justeru itu, guru perlu memastikan bahawa diri sendiri telah menguasai kemahirankemahiran yang sangat penting ini.

Rajah 3.6 Kejelasan saiz tulisan serta tulisan yang kemas dan tepat.

Rajah 3.7 Kesesuaian susun atur dalam bilik darjah.

22

Anda mungkin juga menyukai