Anda di halaman 1dari 6

BAB 1

KEMAHIRAN PENGUKUHAN

1.0

Pengenalan

Pengukuhan atau peneguhan merupakan satu teknik mengajar yang digunakan apabila murid memberi jawapan yang betul atau menunjukkan prestasinya dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Dalam keadaan ini, guru memberikan pujian sebagai pengukuhan tingkah laku itu.

Menurut Skinner (Mok Soon Sang,2009), hampir semua tingkah laku manusia boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu :

Tingkah laku responden

Tingkah laku operan

Tingkah laku responden adalah tingkah laku tidak terlazim seperti yang dihuraikan oleh Pavlov dalam Teori Pelazimannya. Tingkah laku adalah tindak balas terhadap stimuli khusus dari alam sekitar. Pembelajaran secara responden akan wujud selepas satu stimuli baru digunakan bersama-sama stimuli lama. Apabila stimuli ini digunakan beberapa kali, stimuli baru ini sahaja telah cukup untuk mendapat tindak balas tidak terlazim yang dijangkakan. Dalam pembelajaran secara responden, pelajar bertindak balas terhadap stimuli yang diberikan. Oleh itu pembelajaran ini merupakan pembelajaran stimuli-tindak balas.

Tingkah laku operan adalah tingkah laku bukan automatik atau boleh dijangkakan serta tidak ada kaitan dengan stimuli yang telah dikenal pasti. Tingkah laku operan merupakan set yang merangkumi contih-contoh tingkah laku spesifik, beroperasi dan menghasilkan tindak balas terhadap alam sekitar. Apabila tindak balas atau situasi yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah. Tingkah laku operan ini boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu stimuli yang sesuai dan 12

diberi sebaik sahaja wujudnya tingkah laku operan itu. Stimuli ini dinamakan Skinner sebagai peneguhan (reinforcement). Peneguhan boleh berupa positif atau negatif. Peneguhan positif aialah stimuli yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkah laku operan yang sesuai itu berlaku. Contohnya :

GURU

: Apakah nombor bercampur, Rahman?

RAHMAN

: Nombor bercampur terdiri daripada nombor dan pecahan.

GURU

: Bagus. (peneguhan positif)

Selain itu, terdapat juga peneguhan yang boleh menyakitkan atau menghindari seseorang individu kerana tingkah laku operannya kurang sesuai, seperti mengjek kesilapan seseorang di hadapan orang ramai. Contohnya :

GURU

: Apakah pecahan setara, Ali?

Ali

: (Tidak menjawab)

GURU

: Ali mungkin sudah lupa bercakap. (peneguhan negatif)

Peneguhan tersebut yang digunakan oleh guru tidak akan mengubah sikap Ali. Sebaliknya, ia akan menambahkan kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan itu pada masa depan.

Peneguhan boleh diberi dengan cara lisan, gerak isyarat, dampingan, sentuhan dan sebagainya.

1.1

Prinsip-Prinsip Panduan Penggunaan Kemahiran Pengukuhan (Peneguhan)

Untuk menggunakan kemahiran pengukuhan (peneguhan) dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan, guru haruslah memahami dan mematuhi beberapa prinsip berikut :

13

i.

Bentuk pengukuhan haruslah diubah dari semasa ke semasa untuk mengekalkan keberkesanan pengukuhan.

ii.

Peneguhan haruslah diberikan sebaik sahaja pelajar menunjukkan tingkah laku yang positif.

iii.

Peneguhan negatif seperti mengkritik atau menyindir haruslah dielakkan.

iv.

Teknik memberi peneguhan hendaklah sepadan dengan umur, jantina dan status sosial pelajar yang berkenaan.

v.

Peneguhan haruslah diberikan dengan ikhlas dan jujur supaya murid yang menerima pengukuhan itu merasa bangga dan mesra.

1.2

Objektif-Objektif Kemahiran Pengukuhan (Peneguhan)

Objektif-objektif kemahiran pengukuhan adalah seperti berikut :

i.

Memberikan galakan kepada murid dalam aktiviti pembelajaran.

ii.

Mengukuhkan konsep atau isi pelajaran supaya kekal dalam ingatan.

iii.

Menggalakkan murid yang terlibat serta murid-murid lain juga akan terus menunjukkan tingkah laku yang positif.

iv.

Memupuk semangat keyakinan untuk murid yang mewujudkan tingkah laku yang positif.

v.

Memperbaiki disiplin kelas dengan mengubah tingkah laku negatif yang timbul kepada tingkah laku positif.

14

1.3

Kesan Kemahiran Pengukuhan (Peneguhan) ke atas Pengajaran-Pembelajaran

Jika objektif-objektif kemahiran pengukuhan dapat dicapai dengan berkesan, kesankesannya dapat diperlihatkan seperti berikut :

i.

Peneguhan akan membawa semangat ingin belajar.

ii.

Murid-murid akan berusaha memberi tigkah laku yang positif dengan lebih giat lagi.

iii.

Murid-murid lain yang belum menerima peneguhan akan berusaha menunjukkan tingkah laku yang diharapkan. Dalam situasi ini, disiplin kelas akan bertambah baik dan aktiviti pengajaran-pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.

iv.

Murid yang menerima peneguhan akan merasa usahanya telah dihargai oleh gurunya. Semangat keyakinan terhadap daya pembelajarannya akan bertambah.

v.

Perhubungan di antara guru dengan murid akan bertambah erat dan mesra. Aktiviti pengajaran guru akan menjadi satu proses yang digemari oleh murid.

vi.

Menjadikan disiplin kelas bertambah baik.

1.4

Komponen-Komponen Kemahiran Pengukuhan (Peneguhan)

Kemahiran pengukuhan mengandungi beberapa komponen yang penting, iaitu komponen lisan positif, komponen gerak isyarat positif, komponen dampingan, komponen sentuhan, komponen lisan negatif dan komponen gerak isyarat negatif.

15

Guru menggunakan; Lisan positif Baik / bagus Ya/betul/ jawapan bagus Guru mengulang jawapan pelajar

Guru menunjukkan: Senyuman Gerak isyarat Anggukan kepala Menepuk tangan Mengangkat ibu jari

Mendampingi pelajar Dampingan Berdiri di sebelah pelajar Duduk di sisi pelajar

Sentuhan mengikut adat : Sentuhan Menyentuh kepala Menyentuh bahu Menyentuh bahagian belakang badan Kurang lengkap Jawapan bodoh Lisan negatif Bukan Salah Tidak Buruk Menyindir Gerak isyarat Menggeleng-gelengkan kepala Menunjukkan muka marah Menggoyangkan tangan.

Jadual 1.0: Aktiviti-aktiviti pengukuhan (peneguhan) dengan komponen-komponen kemahiran pengukuhan.

16

1.5

Cara-Cara Pengendalian Pengajaran Mikro

Guru pelatih yang memilih latihan pengukuhan sebagai latihan dalam sesi pengajaran mikro haruslah memahami semua komponen dan aktiviti pengukuhan yang boleh digunakan apabila memberi pengukuhan kepada tingkah laku positif yang ditimbulkan. Untuk menggalakkan murid memberi tingkah laku yang positif, aktiviti pengajran haruslah dirancang berdasarkan startegi pemusatan murid. Soalan-soalan harus disediakan untuk memberi peluang kepada murid untuk menjawab.

Komponen Kemahiran Pengukuhan (Peneguhan) Lisan positif Gerak isyarat positif Dampingan Sentuhan Lisan negatif Gerak isyarat negatif

Ada (sesuai)

Ada Tiada (tidak sesuai)

Tanda ( / ) dalam ruang yang berkenaan

Jadual 1.2: Borang Bimbingan Kemahiran Pengukuhan (Peneguhan)

17

Anda mungkin juga menyukai