Anda di halaman 1dari 2

5.

3 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran


a) Kekuatan
Secara keseluruhannya, slot pengajaran dan pembelajaran ini dijalankan
dengan lancar dan sempurna. Objektif pengajaran telah dicapaikan dalam tahap
memuaskan. Melalui slot pengajaran dan pembelajaran ini, saya dapati murid-murid
dapat menyenaraikan watak, perwatakan dan diksi dengan baik.
Dengan teknik dan bahan ransangan yang sesuai, murid dapat mengikuti
perkembangan P & P serta melahirkan idea serta pendapat yang baik. Segala aktiviti
yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya.
Aktiviti yang dijalankan juga dapat menimbulkan minat murid. Murid kelihatan
seronok dan tidak bosan sepanjang P & P dijalankan. Bahan sastera yang dipilih juga
bersesuaian dengan tahap murid.

b) Kelemahan
Terdapat juga beberapa kelemahan yang dapat dikesan sepanjang P & P ini
dijalankan. Antaranya ialah, ada beberapa ketika saya tidak dapat mengawal kelas
terutama semasa sesi perbincangan dijalankan. Sikap berlumba-lumba yang ditunjukkan
menyebabkan keadaan kelas tidak terkawal. Ada juga sebilangan kecil murid yang
mengambil kesempatan untuk bermain dan mengganggu rakan lain. Namu masalah ini
dapat saya atasi supaya keadaan kelas kembali baik.
Murid kurang kemahiran berkomunikasi juga menjadi salah satu kelemahan P & P
ini. Sesi pembentangan sedikit hambar dan bergantung pada bimbingan guru. Murid ada
idea

tetapi

kurang

mahir

menyampaikan

kepada

rakan-rakan

dalam

bentuk

pembentangan.

C) Cadangan Penambahbaikan
Bagi memantapkan P & P ini, saya perlu melengkapkan murid saya dengan
kemahiran berkomunikasi dengan baik. Ini supaya sesi pembentangan lebih hidup dan
Berjaya membina kayakinan diri murid dan memantapkan kemahiran pengucapan awam
mereka.

Saya juga perlu lebih bijak mengawal keadaan kelas agar lebih terkawal lebihlebih lagi semasa menjalankan akiviti berkumpulan. Saya perlu lebih kerap memerhati
murid dan menegur murid yang bising dan tidak memberikan kerjasama kepada rakanrakan yang lain.

Anda mungkin juga menyukai