Anda di halaman 1dari 6

JURNAL MINGGU 1

Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan

MASALAH : MURID SUKAR MENERIMA ARAHAN GURU

1. Masalah/Isu :

Pada praktikum fasa pertama ini, saya ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Selupoh
Tuaran Sabah. Pada hari pertama, saya berkesempatan untuk mengikuti
perhimpunan pada awal pagi serta masuk ke beberapa kelas di Tahun 2 dan 5. Di
kesempatan ini, saya telah menyesuaikan diri dahulu dengan suasana sekolah,
kelas dan warga sekolah yang lain. Saya sangat bersyukur kerana warga dan
suasana sekolah sangat baik dan mudah untuk saya menyesuaikan diri dan tidak
berasa janggal ataupun malu untuk bertanya kepada guru yang lain. Hal ini
menyebabkan saya mudah untuk berinteraksi dengan warga sekolah.

Pada minggu pertama ini, aktiviti saya adalah lebih kepada pengurusan jadual
waktu dan mendalami pengurusan sekolah. Saya juga berjumpa dengan guru
pembimbing untuk mengikuti perkembangan lanjut berkaitan sukatan matapelajaran.
Saya juga turut mendalami budaya kerja di sekolah ini. Menurut perkongsian
kebanyakan guru di sekolah kebangsaan ini, mereka menghadapi kekangan di mana
murid sukar untuk menerima arahan guru.

2. Analisis Isu yang difokuskan (Isu dan Punca):

Sepanjang minggu pertama saya masuk ke kelas, saya telah membuat pemerhatian
di dalam dan luar bilik darjah. Saya mendapati murid suka melihat ke luar atau
berada di luar bilik darjah. Ini berkemungkinan mereka teruja dengan kehadiran
beberapa guru baru termasuk saya. Mereka mencuba untuk bertanya beberapa
soalan untuk menarik perhatian saya. Di samping itu, saya mendapati murid cuba
bertindak nakal agar diberi perhatian. Saya sempat menegur beberapa orang murid.
Namun mereka tidak mendengar arahan. Begitu juga semasa di dalam kelas,
terdapat beberapa orang murid yang sukar dikawal dan tidak memberikan tumpuan
semasa saya sedang mengajar. Saya menegur mereka untuk duduk ditempat
masing-masing, tetapi ada murid yang tidak endah. Saya berandaian, murid sukar
menerima arahan guru ini kerana guru kurang tegas.

3. Kajian lampau

Menurut Jean Piaget, beliau mendapati bahawa kemampuan mental kanak-kanak muncul
pada tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Menurutnya lagi, perubahan
daripada satu peringkat ke satu peringkat seterusnya hanya akan berlaku apabila kanak-
kanak dianggap tidak mampu mencapai tahap perkembangan kognitif yang tinggi. Oleh
yang demikian, beliau telah membahagikan perkembangan kognitif kanak-kanak kepada
empat tahap mengikut urutan umur. Tahap-tahap peekembangan tersebut ialah:-

a. Tahap Sensorimotor ( 0- 2tahun )

b. Tahap Praoperasi ( 2-7 tahun )

c. Tahap Operasi Konkrit ( 7-1 tahun )

d. Tahap Operasi Formal ( 12 tahun hingga dewasa )

Pada tahap ketiga, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang
berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini
akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih
dewasa. Berkembangnya semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula
bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula
memasuki zaman persekolahan. Lazimya, murid-murid lelaki kelihatan agak agresif sama
ada dalam bilik darjah mahupun diluar bilik darjah. Mereka tidak menggemari suasana yang
agak pasif. Mereka hanya boleh bertahan dalam anggaran lima ke sepuluh minit. Setelah
itu, mereka akan mudah berasa bosan dan menunjukkan tingkah laku bersifat pasif.
Walaubagaimanapun, keberangkalian murid perempuan yang agak aktif juga adalah tinggi.

Berdasarkan ciri-ciri tersebut, saya dapat samakan situasi tersebut dengan realiti
yang berlaku di sekolah ini. Sewaktu pengajaran guru, beberapa murid akan bercakap atau
bermain di belakang. Terdapat juga murid yang mengganggu rakan sebayanya. Tidak
kurang juga ada murid yang tidak memberikan apa-apa respon kepada pengajaran saya.
Beberapa soalan berlegar dalam minda saya;

a. Mengapakah mereka bertindak sedemikian rupa?

b. Adakah wujud masalah murid disebabkan cara pengajaran guru?


c. Adakah rakan sebaya merupakan punca utama?

d. Apakah faktor-faktor lain yang mempengaruhi permasalahan ini?

e. Adakah mereka faham atas apa yang saya sampaikan?

Daripada hasil dapatan yang saya peroleh melalui hasil temu bual guru serta beberapa
pemerhatian di dalam kelas, dapatlah saya merumuskan beberapa respons iaitu;

a. Murid-murid dalam kumpulan yang lemah

b. Ada sebahagian murid yang tidak gentar terhadap murid perempuan

c. Sebahagian murid telah lali dengan amaran dan kemarahan guru

d. Terdapat sebilangan murid yang tidak memahami arahan guru

e. Mereka mempunyai masalah latar belakang keluarga

f. Ingin mendapatkan perhatian

4. Cadangan dan idea :

Sebagai persediaan bagi menghadapi pelbagai karenah murid yang sedemikian, saya
membuat cadangan untuk para guru dan diri saya sebagai guru pelatih;

a. Merancang pelbagai teknik dan kaedah pengajaran yang bersesuaian mengikut tahap
kebolehan murid

b. Memberi peluang dan hak yang sama rata kepada semua murid dalam kelas sewaktu
melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dijalankan oleh guru

c. Memberi peneguhan postif seperti pujian, galakan dan bertanyakan khabar

d. Memberi perhatian yang sewajarnya serta bersesuaian kepada murid-murid yang


inginkan perhatian

Di samping itu, saya bercadang untuk menggunakan model asertif Canter (2002)
untuk menangani permasalahn ini andainya wujud sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran kelak. Model ini menekankan tindakan-tindakan berikut;

a. Menyatakan jangkaan pengajaran seawal-awalnyab. Menggunakan suara yang


lantang, tenang dan tegas

c. Berlaku kontak mata antara guru dan murid


d. Menggunakan gerak badan bukan lisan untuk menyokong pernyataan lisan

e. Mengubah tingkah laku murid tanpa ancaman atau jeritan

f. Melakukan teknik “broken record” iaitu mengulangi mesej dengan tenang

5. Tempoh masa penyelesaian

Saya menyelesaikan masa ini semasa minggu pertama praktikum fasa 1 iaitu 08 Ogos
sehingga 12 Ogos 2022.

6. Tindakan Susulan

Saya pernah mengaplikasikan model tersebut semasa PBS yang lalu di mana saya sering
diberikan kelas sebagai menggantikan guru yang tidak hadir ke sekolah atas sebab-sebab
khusus. Sedikit sebanyak, ianya sudah pasti mendatangkan kesan positif erhadap suasana
kelas. Impaknya perjalanan kelas menjadi teratur serta murid akan berdisiplin dan hormat
kepada gurunya. Maka, sewaktu praktikum inilah saya akan terus mengaplikasikan model ini
di dalam kelas yang sebenarnya.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dijalankan :

15 Ogos 2022

8. Penilaian Kejayaan

Saya akan meminta pandangan dari pensyarah pembimbing saya untuk memberipenilaian
dan komen tentang tahap penilaian kejayaan saya agar saya akan dapatmemperbaiki
segala kelemahan dari semasa ke semasa.Pelaksanaan penambahbaikan :

 Mengkaji kesilapan
 Merancang aktiviti yang bersesuaian dengan masa
 Berbincang dan meminta pandangan guru pembimbing dan pensyarah pembimbing.
 Merangka pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
9. Kesimpulan/Refleksi

Saya perlu mengkaji semula apa kesilapan dan strategi yang perlu diambil untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Langkah yang terbaik adalah dengan berbincang dan
meminta pandangan daripada guru pembimbing dan pensyarah pembimbing agar mendapat
tips yang berguna untuk diaplikasikan.
Pandangan / Komen Pensyarah Pembimbing

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Tarikh:

Tandatangan:

Nama:

Pandangan / Komen Guru Pembimbing

_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________

Tarikh:

Tandatangan:

Nama:

Anda mungkin juga menyukai