Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal : 2/12

Minggu Praktikum : Minggu Praktikum

Tarikh : 1/8/16-5/8/16

Tajuk : Pengurusan BilIik Darjah

Masalah

Sepanjang minggu ini saya menghadapi banyak masalah. Antara masalah yang jelas saya
hadapi sepanjang minggu ini adalah masalah pengurusan bilik darjah. Antara contoh
masalah pengurusan bilik darjah yang saya hadapi adalah terdapat pelajar yang bermain
semasa mengajar, menganggu pelajar lain dan bercakap semasa sesi pdp berlaku.
Gangguan seperti ini telah menyebabkan sesi pdp yang saya telah rancang tidak dapat
dijalankan sepertimana yang telah dirancang.

Analisis

Setelah dibuat beberapa pemerhatian dan analisis saya mendapati antara sebab mengapa
masalah ini timbul adalah disebabkan oleh pelajar berasa bosan dengan teknik pengajaran
yang saya lakukan terhadap mereka. Selain itu, kurangnya sikap ketegasan terhadap para
pelajar dan aktiviti yang disediakan kepada mereka tidak seronok.

Cadangan

1. Saya patut menunjukkan ketegasan semasa sesi pdp. Sebagai contohnya, setiap
kali sebelum memulakan sesi pdp saya mesti menetapkan peraturan yang perlu
dipatuhi oleh pelajar sebelum memulakan pembelajaran
2. Saya patut mempelbagaikan teknik pengajaran. Tujuan agar pelajar tidak cepat
berasa bosan dengan pengajaran dan seterusnya mereka mampu memberi sepenuh
tumpuan semasa sesi pdp berlaku.
3. Saya patut kreatif dalam membina bahan bantu mengajar dan membina aktiviti
berkumpulan. Tujuannya adalah agar para pelajar tidak mudah berasa bosan
dengan sesi pengajaran. Aktiviti yang menarik dan merncabar mampu meningkatkan
daya kognitif pelajar.\
Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh masa yang terdekat ini. Saya berasa
pengurusan bilik darjah ini sangat penting. Tujuannya untuk memastikan proses pdp yang
akan dijalankan nanti mampu mencapai objektif yang ingin dicapai. Seterusnya, sekiranya
masalah ini tidak dapat diatasi dengan secepat mungkin saya bimbang akan wujud masalah
yang besar lagi yang akan timbul selepas ini.

Anda mungkin juga menyukai