Anda di halaman 1dari 2

Bilangan jurnal : Ke-4

Minggu Praktikum : Minggu ke-4

Tarikh Peristiwa/kejadian : 24 Julai hingga 28 Julai 2017

Tajuk Jurnal : Masalah Pengurusan Masa

1. Isu/masalah

Pada 24 dan 25 Julai 2017, saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang tepat
seperti mana yang telah dirancang sebelum pdp bermula. Situasi ini telah menyebabkan aktiviti
yang dirancang tidak dapat dilaksanakan kerana kesuntukkan masa. Masalah ini berturutan
dalam ketidakberhasilan pencapaian objektif yang ditetapkan.

2. Analisis masalah

Masalah ini dikenal pasti semasa saya melaksanakan proses PdP iaitu di kelas 5 Pintar.
Perancangan pengajaran dan pembelajaran yang tidak kemas dan teratur menyebabkan saya
banyak membazir masa dengan memberi arahan berulang kali dan sebagainya. Aktiviti yang
dirancangkan juga ternyata kurang efisien dan kurang kesinambungan erat antara satu aktiviti
dengan satu aktiviti lain.

Masalah ini timbul bukan sahaja terpaksa menyebabkan guru bertumpu kepada satu-
satu aktiviti dalam tempoh masa yang panjang malah, telah menyebabkan guru tidak dapat
mengendalikan aktiviti yang seterusnya kerana kesuntukkan masa. Lalu, guru terpaksa
terburu-buru bagi membolehkan murid mencapai objektif P & P yang dirancang.

Faktor sampingan yang lain adalah semasa aktiviti pembentangan hasil kerja kumpulan
murid. Saya dapati terdapat kumpulan yang membentang telah mengambil masa yang lama
untuk bersedia dan tidak dapat menerangkan hasil perbincangan kumpulan dengan lancar. Hal
ini mungkin disebabkan mereka buat pertama kalinya melakukan aktiviti berkumpulan
memandangkan saya cuba untuk membawa pendekatan strategi P & P berpusatkan murid.
Tujuannya adalah supaya murid dapat melibatkan diri dengan aktif secara langsung dalam P &
P serta sentiasa tampil berkeyakinan untuk membentangkan hasil kerja di hadapan kelas.

Selain itu, faktor berlakunya masalah pengurusan masa ini juga disebabkan oleh
kelemahan guru dalam mengawal masalah disiplin bilik darjah. Masalah murid berbuat bising,
berjalan di dalam kelas serta mengusik rakan telah menyebabkan berlakunya lebihan masa
daripada yang sepatutnya.

3. Cadangan tindakan susulan

Antara cadangan tindakan susulan yang akan saya lakukan termasuklah mencari ilmu-ilmu
tambahan dalam mempelajari hal yang berkaitan dengan pengurusan masa. Keduanya, saya
akan sentiasa mengingat murid tentang masa perbincangan kumpulan yang ditetapkan dengan
memantau mereka setiap masa bagi memastikan aktiviti perbincangan kumpulan tidak melebihi
masa yang telah ditetapkan. Begitu juga, saya akan memberikan penjelasan yang jelad dan
ringkas sebelum aktiviti kumpulan bermula. Ketiganya, bagi mengelakkan pembentang
kumpulan mengambil masa yang lama, maka saya akan memilih beberapa hasil perbincangan
yang terbaik sahaja untuk dibentangkan.

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tepoh seminggu daripada sekarang.
Pengurusan masa yang baik adalah perlu memastikan kelancaran proses P & P. Sekiranya
masalah ini tidak dapat diselesaikan dengan secepat munkin, objektif P & P tidakan akan dapat
dicapai.

Disemak oleh Guru Pembimbing Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan : Tandatangan :
Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai