Anda di halaman 1dari 3

Minggu Praktikum : 2

Tarikh : 17 Jun 2019

Tajuk jurnal : Kesukaran dalam Pengurusan Masa

1.Isu Yang Difokuskan :

Minggu ini saya mengalami kesukaran dalam pengurusan masa untuk mengikut langkah-
langkah rancangan pelajaran harian (RPH). Saya masih mengalami kekurangan dalam
pengurusan masa untuk mengikut langkah demi langkah di dalam RPH. Saya mengajar BM di
kelas 4 Champion dan sering tidak sempat untuk membuat aktiviti yang telah dirancang kerana
tidak cukup masa. Hal ini demikian mengakibatkan objektif kedua saya tidak dapat dicapai.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya jalankan itu
ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati murid-murid mengambil masa yang
agak lama untuk menyiapkan laporan hasil perbincangan dan semasa melaporkan hasil
perbincanan, terdapat beberapa orang murid yang tidak dapat menerangkannya dengan lancar
dan cepat. Di samping itu, masalah masa ini juga wujud kerana gangguan aktiviti-aktiviti
sekolah seperti dikir barat, nasyid dan zumba yang telah mengambil masa yang agak lama
sehingga mengurangkan masa yang telah dirancangkan

3. Kajian Lampau Terhadap Isu :

Kegagalan sesuatu perancangan mempunyai kaitan dengan pengurusan masa (Kearns &
Gardiner, 2007; Newbold, Mehta & Forbus, 2010; Giancola, Grawitch & Borchert 2009).
Kajian yang dijalankan oleh Kearns dan Gardiner (2007) mendapati bahawa kegagalan dalam
menguruskan masa dengan baik telah dikenal pasti sebagai salah satu faktor yang mendorong
kepada stres dan kebimbangan.
4.Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah:

a)Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam sesuatu
prosespengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan lebih sempurna.

b) Saya akan menyediakan pelan A dan pelan B pada waktu-waktu tertentu terutama pada hari-
hari yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya proses pengajaran dan pembelajaran
dapat berjalan lancar dengan masa yang telah dirancangkan .

c) Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi masa
yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkanmurid tentang masa yang ada dan
meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan dalam masa yang telah ditetapkan.
Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama, saya akan memilih beberapa hasil
perbincangan yang terbaik sahaja untuk dibentangkan .

d) Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada guru dan pensyarah pembimbing
di samping berbincang dengan rakan-rakan guru pelatih.

5.Tempoh Masa Penyelesaian :

1 minggu

6.Tindakan Susulan :

saya akan mengambil tindakan pembetulan bagi memastikan pengurusan masa yang
terancang dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya dengan mengikut cadangan yang
telah ditetapkan atau membuat perbincangan dengan rakan kumpulan praktikum saya untuk
mengatasi masalah tersebut.

Rujukan

Kearns, H. & Gardiner, M. 2007. Is it time well spent? The relationship between time
management behaviors, perceived effectiveness and work-related moral and distress
in a university context. Higher Education Research and Development, 26(2): 235-247.
Refleksi

Saya akan mengambil tindakan susulan bagi mengatasi pengawalan pengurusan masa dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengikut masa yang telah ditetapkan dalam
rancangan pelajaran harian (RPH). Selain itu, perbincangan dengan guru pembimbing dan
rakan-rakan yang lain dalam membantu saya mengatasi masalah ini.

Saya akan mengambil tindakan pembetulan dengan mengurus masa dengan baik
melalui sentiasa mengawasi jam untuk memastikan pelaksanaan aktiviti yang dijalankan
mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan.

Anda mungkin juga menyukai