Anda di halaman 1dari 3

JURNAL REFLEKTIF

MINGGU KETIGA

(26 JUN – 30 JUN 2023)

ISU : TUGAS – TUGAS KHAS DI SEKOLAH

1. Masalah :

Tugas-tugas tambahan yang diamanahkan kepada saya di sekolah memberi


cabaran kepada saya untuk menyelesaikan kerja mengikut keutamaan.

2. Perkembangan isu yang difokuskan :

Sebagai guru baharu, banyak perkara saya perlu belajar untuk melaksanakan tugas-
tugas guru dengan baik. Dalam masa yang sama, saya diamanahkan memegang
Setiausaha Panitia Pendidikan Islam, Setiausaha Kokurikulum, Penolong Setiausaha surau
dan Guru Kelas 3 Rose. Pada bulan Jun dan Julai, jadual sekolah agak padat dengan
program dan aktiviti sekaligus memerlukan kecekapan dan kebijaksanaan dalam menyusun
kerja mengikut keutamaan. Adakalanya, kerja-kerja berkongsi tarikh deadline yang sama
menyebabkan penyusunan dan perancangan kerja praktikum sedikit terganggu. Adapun,
penyediaan RPH dan BBM memerlukan komitmen yang berterusan dengan idea untuk
inovasi yang dapat memberi impak kepada murid.

3. Analisis :

Situasi ini jika tidak diuruskan dengan baik boleh menyebabkan bebanan kerja yang
tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Malah akan mempengaruhi kualiti pengajaran dan
pembelajaran dalam kelas. Apabila fokus kepada perancangan dan pengajaran terganggu,
ia menyebabkan kekurangan dalam menyediakan RPH harian dan BBM yang menarik untuk
pengajaran dan pembelajaran murid.

4. Cadangan tindakan susulan :


i. Saya perlu sentiasa berbincang dengan rakan panitia untuk membincangkan kerja-
kerja yang perlu diselesaikan.
ii. Saya perlu lebih bijak menguruskan masa dan dapat membahagikan kerja mengikut
keutamaan.
iii. Saya perlu cekap melaksanakan tugasan yang diberikan dan banyak merujuk rakan-
rakan guru yang berpengalaman.s
iv. Saya akan mengenalpasti kekuatan yang ada untuk mengatasai kelemahan yang
berlaku.

5. Tempoh tindakan susulan :

Saya akan cuba menguruskan keadaan ini dengan profesional dan positif sepanjang
saya menjadi guru di Sk tabuan Hilir. Saya akan berusaha sebaik mungkin sepanjang
tempoh berpraktikum ini dan membuat penambahbaikan pengurusan kerja dari minggu ke
minggu.

6. Refleksi :

Saya perlu menguruskan tugasan kerja saya dengan menyediakan senarai semak
dan tarikh-tarikh deadline kerja untuk memastikan kerja-kerja dapat diuruskan mengikut
keutamaan. Walaupun ia agak mencabar kerana saya perlu memberikan tumpuan penuh
kepada pengurusan praktikum sepanjang tempoh praktikum ini, namun saya pasti akan
menambahbaik mutu kerja saya dari semasa ke semasa supaya setiap tugasan yang
diamanahkan dapat dilaksanakan dengan baik.

Disemak oleh guru pembimbing : Disemak oleh pensyarah pembimbing :

Tandatangan : Tandatangan :

Nama : Nama :
Tarikh : Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai