Anda di halaman 1dari 5

PENULISAN JURNAL

MINGGU 2 (31 JANUARI 2016 – 4 FEBUARI 2016)

MASALAH PENGURUSAN MASA SEMASA MELAKSANAKAN AKTIVITI


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

1. Isu / Masalah
Proses pengajaran dan pembelajaran yang saya lakukan sepanjang minggu ini
berjalan dengan lancar. Proses pengajaran dan pembelajaran berjaya dilaksanakan
mengikut perancangan sebagaimana yang telah dirancang awal-awal lagi dan bersiap
sedia untuk mengajar kecuali kelemahan dalam pengurusan masa.

Menurut Korweit (1989), pengurusan masa guru adalah guru hendaklah


menggunakan masa dengan berkesan di dalam bilik darjah. Terdapat 3 jenis masa
pembelajaran:
i. Engaged time: Masa yang sebenar digunakan oleh individu pelajar secara
bersungguh-sungguh untuk belajar.
ii. Time-on-task: Masa yang digunakan secara aktif dalam melaksanakan
tugasan.
iii. Allocated time: Masa seluruh kelas berpeluang belajar dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran.

Pengurusan masa guru dapat digunakan melalui analisis dan perancangan.


Perancangan ini adalah penting untuk memastikan masa yang digunakan dengan
berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengurusan masa yang efisien
dapat mengelakkan berlakunya perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang tidak
bersistem.
Dalam aktiviti minggu ini, saya telah mendapati kelemahan saya dalam
pengurusan masa bagi pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran terutamanya
bagi aktiviti kumpulan. Aktiviti yang dilaksanakan tidak berjalan mengikut masa yang
dirancang. Masalah ini agak mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran saya dimana
saya akan mempercepatkan proses pengajaran saya terutamanya bagi langkah-langkah
yang terakhir. Masalah tersebut sangat mempengaruhi kualiti pengajaran saya dimana
saya mempercepatkan pengajaran dan pembelajaran dan kemungkinan akan berlakunya
ketidakfahaman isi pengajaran bagi pelajar yang lebih lemah.

2. Analisis
Pemerhatian telah dilakukan di sepanjang minggu ini dan minggu yang
sebelumnya. Berikut merupakan hasil daripada pemerhatian yang telah dilakukan;
a. Saya kelam-kabut semasa mengajar terutamanya apabila masa yang dirancang
untuk pengajaran berkurangan.
b. Saya akan mempercepatkan pengajaran saya dan kelihatan ada pelajar yang
keliru tentang isi pengajaran saya.
c. Murid-murid takut pada saya terutamanya apabila saya amat tertekan disebabkan
kawalan masa yang kurang baik.

Berdasarkan pemerhatian ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa kepentingannya


pengawalan masa supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya dilaksanakan
mengikut rancangan supaya murid-murid dapat memahami dengan mendalam apa yang
hendak saya sampaikan. Hal ini demikian kerana, apabila saya mempercepatkan
pengajaran dan pembelajaran saya, murid-murid kelihatan keliru tetapi kadangkalan,
mereka tidak berani untuk bertanyakan ketidakfahaman isi pelajaran yang mereka tidak
memahami sebab takut menganggu pengajaran saya dan menyebabkan kemarahan
saya.
Dengan itu, saya mesti mencari jalan untuk menyelesaikan masalah kelemahan
pengurusan masa saya sama ada dengan menambahbaikan lagi penyusunan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran saya, ataupun, meringkaskan isi pengajaran yang kurang
penting. Selain itu, kemungkinannya, punca berlakunya masalah ini merupakan, saya
kelam kabut dan kekeliruan dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
telah memakan masa yang agak panjang.

3. Cadangan Untuk Memperbaiki


Sebagai cara untuk mengatasi masalah ini, saya telah membuat kolaborasi
dengan guru pembimbing dan berbincang mengenai hal ini. Hasil daripada kolaborasi
tersebut, guru pembimbing juga bersetuju dengan masalah pengurusan masa saya
dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Berdasarkan pengalaman
yang lalu, guru pembimbing mencadangkan agar mencampurkan aktiviti yang lebih rumit
dengan aktiviti yang lebih senang dan tidak makan masa yang terlalu panjang untuk
membolehkan masa pengajaran dan pembelajaran dapat dibahagikan dengan seimbang.
Menurut Merill E. Douglass (Ambosworkz, 2005), belajar mengawal masa
bermakna mengubah sesetengah kebiasaan penggunaan masa. Tetapi anda tidak
mengubah kebiasaan penggunaan masa sebelum anda terlebih dahulu mengetahui
kebiasaan itu. Dengan itu, dengan mengenalpasti punca utama dalam pembaziran masa
dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran, saya mendapati bahawa saya
perlu mengurangkan masa dalam perkara yang tidak begitu penting dan apabila
mengajar, terus kepada fokus isi pelajaran dan tidak menghabiskan masa atas perkara
yang kurang penting.

4. Tempoh Masa
Tempoh masa yang diambil bagi mengatasi masalah ini adalah dalam tempoh
seminggu sehingga saya dapat menguruskan masa proses pengajaran dan
pembelajaran saya terutamanya dalam aktiviti kumpulan.
5. Tindakan Susulan
Berikut merupakan langkah tindakan susulan yang akan dilakukan bagi mengatasi
masalah pengurusan masa dalam proses pengajaran dan pembelajaran;
a. Merangkakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan seimbang, dimana
aktiviti yang lebih memakan masa berpasangan dengan aktiviti yang lebih ringkas.
b. Fokus kepada isi pengajaran yang lebih utama dan mengurangkan masa untuk isi
pengajaran yang kurang penting.
c. Apabila menjalankan aktiviti kumpulan, mengarahkan ketua kumpulan untuk
membahagikan tugas kepada setiap ahli kumpulan supaya tugasan dapat
disiapkan dalam masa yang diperuntukkan.
d. Sebagai seorang guru, saya perlu sentiasa meneliti penggunaan masa. Apabila
masa tidak begitu mencukupi, harus memikirkan cara yang tersingkat dan
berkesan untuk membantu murid-murid memahami isi pengajaran.

6. Pelaksanaan Terhadap Langkah-langkah Penambahbaikan Dijalankan.


 Saya telah merancang aktiviti dimana pencampuran tahap kesusahan dan
kerumitan aktiviti. Dengan itu, kelihatan adanya penambahbaikan dalam
pengurusan masa saya semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan.
 Saya telah membincangkan isi pelajaran dengan guru pembimbing dan telah
mengugurkan sedikit sebanyak isi-isi yang kurang penting dan berfokus
kepada isi-isi yang penting.
7. Kesimpulan
Secara kesimpulannya, masalah kelemahan pengurusan masa dalam proses
pengajaran dan pembelajaran merupakan masalah yang agak besar dan harus
diselesaikan dengan kadar secepat mungkin. Guru haruslah memikir tentang cara-cara
untuk meningkatkan lagi keupayaan diri dalam pengurusan masa. Selain itu, guru
hendaklah sentiasa mengimbas kembali pengajaran diri sendiri untuk mengesan
kelemahan diri dan berusaha untuk membaikinya supaya dapat meningkatkan lagi
keprofesionalisme diri sendiri. Selain itu, saya harus pandai mengawal emosi diri saya
supaya tidak kelam kabut dan sentiasa bertenang terutamanya dalam melaksanakan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam masa yang diperuntukkan.
Sebagai seorang guru pelatih, saya menyedari bahawa hal ini adalah satu aspek
yang perlu diambil kira ketika mula semester satu persekolahan. Ia bukan sahaja
membantu kelancaran pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran, tetapi juga
membantu murid dalam memahami ilmu pengetahuan yang ingin disampaikan dalam
masa yang tersingkat dan berkesan. Di samping itu, dengan adanya penambahbaikan
dari pelbagai aspek, saya percaya bahawa keberkesanan proses pengajaran dan
pembelajaran akan dapat ditingkatkan dengan berkesan. Pendek kata ‘buang yang
keruh, ambil yang jernih’, amalan yang baik perlu diteruskan dan kelemahan itu diperbaiki
demi kecemerlangan dan kegemilangan generasi bakal pemimpin.

Disediakan oleh:

________________
(Lin Xin Ru)
Guru Praktikum,
SK Beting Lintang,
Besut, Terengganu.

Anda mungkin juga menyukai