Anda di halaman 1dari 2

CONTOH FORMAT PENULISAN JURNAL

1. Masalah Pada minggu kelima, saya telah menghadapi masalah pengurusan masa yang tepat sebagaimana yang telah dirancangkan. Terdapat aktiviti yang telah dirancangkan tidak dapat dijalankan kerana tidak cukup masa. Hal mi menimbulkan masalah bagi mencapai objektif, khususnya objektif yang akhir dalam proses pengajaran dan pembelajaran pada han-han tertentu. 2. Analisis Masalah mi timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah saya jalankan itu ada kalanya telah melebihi masa yang ditetapkan. Didapati pelajar-pelajar mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan laporan hasH perbincangan dan semasa melaporkan hasil perbincangan, terdapat beberapa orang pelajar yang tidak dapat menerangkannya dengan ancar dan cepat. Di samping itu, masalah masa mi juga wujud kerana gangguan aktiviti-aktiviti sekolah seperti perhimpunan yang telah mengambil masa yang agak lama sehingga mengurangkan masa yang telah dmrancangkan. 3. Cadangan Untuk Memperbaiki a. Saya patut membaca buku-buku yang berkaitan dengan perancangan masa dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat menguruskan masa dengan tebih sempurna. b. Saya akan menyediakan plan A dan plan B pada waktu-waktu tertentu terutama pada han-han yang terlibat dengan perhimpunan sekolah supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjaian lancar dengan masa yang telah dirancangkan. c. Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak melebihi masa yang telah ditetapkan, saya akan sentiasa mengingatkan pelajar tentang masa yang ada dan meminta wakil bagi setiap kumpulan membuat laporan dalam masa yang telah ditetapkan. Sekiranya perbincangan menyentuh topik yang sama, saya akan memilih beberapa hasil perbincangan yang terbaik sahaja akan dibentangkan d Saya akan mendapatkan bimbingan dan aasthat darIpadaipeIsyar8h pembimbing di samping berbincang dengan rakan-rakan yang lain 4. Tempoh Masa Saya akan cuba mengatasi masalah ml pacla sesi pengajaran akan datang kerana pengurusan masa yang balk adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya masalah mi tidak dapat diatasi segera, sudah tentu objektifobjektif yang telah dirancangkan t idak tercapai sepenuhnya 5. Tindakan Susulan Semasa membuat rancangan persediaan mengajar, saya akan memikirkan objektif-objektif dan aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan masa yang diperuntukkan. Biasanya pada han Isnin, aktiviti perhimpunan sekolah mengambil masa yang agak lama sehingga menjejaskan masa

belajar. Jadi saya penlu bersedia dengan plan B bagi mengelakkan masalah pengurusan masa yang kucar kacir.

Anda mungkin juga menyukai