Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH RENDAH ISLAM II

PROGRAM SALAM
TEMA: KEMENJADIAN MURID
1.5 PENGENALAN
i. Latar Belakang:
Program SALAM merupakan satu program pendidikan yang menekankan amalan
mulia memberi salam dalam kalangan warga sekolah yang berada di Sekolah
Rendah Islam II. Komponen SALAM juga dilaksanakan di prasekolah melalui sisipan
dalam amalan seharian.
ii. Sasaran yang terlibat:
 Semua guru
 Semua pekerja pembersihan
 Semua pekerja dan pengusaha kantin
 Semua murid
 Semua ibubapa
iii. Objektif Pelaksanaan Program:
 Menanamkan adab dan akhlak (nilai-nilai murni) cemerlang dalam diri murid.
 Memantapkan sahsiah dalam diri murid.
 Merapatkan jurang dan menjalinkan hubungan mesra diantara
murid,guru,ibubapa dan komuniti setempat.

1.6 KAEDAH PENULISAN / PENYELESAIAN MASALAH:


Torrence (1973), mendefinisikan penyelesaian masalah sebagai: “Proses seseorang
itu menjadi peka terhadap masalah dan ini melibatkan seseorang individu itu cuba
mencari penyelesaian membuat andaian, mengubah hidup, dan akhirnya
melaporkan silannya”.Ahli psikologi menyatakan bahawa manusia sedang
mempelajari sesuatu apabila berusaha menyelesaikan masalah. Ini adalah
disebabkan di dalam proses penyelesaian masalah individu akan mencari
kesimpulan tentang sesuatu perkara, mengaplikasi masalah dengan cara yang
paling mudah, mempelajari undang-undang menyelesaikan masalah dan mencipta
beberapa pelan atau cadangan untuk penyelesaian masalah. Proses ini menjadikan
manusia semakin matang (Anderson 1993). Berdasarkan teori tersebut, maka
program SALAM yang di jalankan di Sekolah Rendah Islam II mampu membentuk
murid dalam menyelesaikan masalah sikap dan disiplin murid.
2.1 PELAKSANAAN PROGRAM / AKTIVITI
i. Proses pelaksanaan
Mesyuarat Guru dilaksanakan untuk
Perancangan Program menjalankan satu program kemenjadiian
murid.

Guru Besar memberi taklimat kepada


Guru Besar memberi semua warga sekolah (guru-guru,
taklimat Program pekerja pembersihan dan pekerja
kantin sekolah.

Guru-guru kelas memberi taklimat


Guru-guru kelas berkaitan program dan perlaksanaannya
berjalan sepanjang hari persekolahn

Semua warga sekolah


melaksanakan program
Perlaksanaan
sepanjang masa program

ii. Impak
Program yang dirancang dan dilaksanakan ini mempunyai impak yang baik terbaik
semua warga sekolah bermula dari murid hingga ke pentadbir sekolah:
 Memberikan sifar masalah disiplin murid.
 Menjadikan murid lebih menghormati orang-orang di sekeliling dengan
adanya adab dan akhlak yang mulia.
 Menjadikan guru-guru lebih mesra bersama murid dan seluruh warga
sekolah.
iii. Kekuatan dan kekurangan
 Kekuatan:
 Murid dan semua warga sekolah lebih prihatin dalam melaksanakan dan
dalam mencapai objektif program.
 Murid lebih berdisiplin dan bersopan-santun.

 Kekurangan:
 Mengambil masa yang agak lama dalam menanam nilai murni dalam diri
murid dengan pembentukan akhlak dan sikap yang di fokuskan.
3.1 GAMBAR PERLAKSANAAN PROGRAM

3.2 PERSEMBAHAN MAKLUMAT/ DATA (INFOGRAFIK)


4.1 PENUTUP:
i. Program SALAM diharap mampu melahirkan generasi murid yang
cemerlang. Cemerlang yang diwar-warkan ini pula bukan semata-mata dari aspek
akademik malah perlu jua mantap dari segi sahsiah diri,moral juga aktiviti-aktiviti ko-
kurikulum seiring dengan kehendak agama. Justeru, dengan adanya penekanan
sahsiah melalui program SALAM inilah yang membezakan konteks kecemerlangan
pelajar yang hanya cemerlang pada satu aspek berbanding cemerlang dalam segala
aspek. Murid-murid yang berada di sekolah pada hari ini dilihat mempunyai akhlak
dan sahsiah yang lebih baik setelah perlaksanaan program SALAM. Tiada lagi
aduan murid tidak hormatkan guru dan murid lebih bersopan di hadapan guru selain
ringan tulang membantu guru dan orang sekeliling di persekitaran sekolah.
ii. Instrumen
Instrumen yang dilaksanakan dalam memastikan keberkesanan program ialah temu-
bual semi-berstruktur. Dari temu-bual semi berstruktur yang dilaksanakan
keseluruhannya memberikan jawapan yang positif terhadap perubahan sikap pelajar
dan warga sekolah berbanding sebelum program SALAM dilaksanakan. Menurut
Best dan Kahn (2003) dan Ahmad Sunawari (2009), temu bual merupakan soal
selidik atau cara yang digunakan untuk mendapatkan maklumat secara lisan dari
seseorang responden melalui cara percakapan secara berhadapan muka dengan
seseorang. Temu bual dibahagikan kepada tiga kategori utama iaitu temu bual
secara berstruktur, temu bual secara semi-struktur dan temu bual tidak berstruktur
(Merriam, 2009).
iii. Kod QR

Di sediakan oleh, Di sahkan oleh,


__________________________ __________________________

NOOR SABRINA BINTI HASHIM, ABDUL HADI BIN ARSANI,

GURU PENDIDIKAN ISLAM, GURU BESAR,

SEKOLAH RENDAH ISLAM II. SEKOLAH RENDAH ISLAM II.

Anda mungkin juga menyukai