Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM SEMARAK AMALAN GURU PENYAYANG DAN JOM KE SEKOLAH

1.0

Pendahuluan

Program Amalan Guru Penyayang telah menjadi Key Performance Indicator (KPI) Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini telah laksanakan secara rasmi oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia mulai 15 Mei 2012 di SK Raja Perempuan Muzwin, Kuala Kangsar. Surat siaran mengenai pelaksanaan program ini juga telah sampaikan kepada semua sekolah melalui surat siaran KPM BIlangan 4 Tahun 2012 , KP(BPSH-SPKD)201/005/02 Jld.3 (43) bertarikh 8 Februari 2012 dan surat dari Jabatan Pelajaran Negeri Perak, J.Pel.Pk (HEM)5128/5 (1) bertarikh 17 Februari 2012.

Hasil pemantauan pihak PPD dan JPN pada tahun 2012 terhadap pelaksanaan amalan guru penyayang kepada 84 buah sekolah mendapati bahawa 96.4% (81 buah ) sekolah telah melaksanakan dengan baik Program Amalan Guru Penyayang dan 3.6 % ( 3 buah) melaksanakannya pada tahap minima. Manakala Indeks Persepsi Murid Terhadap Program Amalan Guru Penyayang kepada 200 orang murid menunjukkan bahawa 85% (170 orang) guru sememangnya penyayang, 13% (26 orang) menyatakan guru kurang penyayang dan 2% ( 4 orang) menyatakan guru tidak penyayang. Dari segi Indeks Pandangan Guru Terhadap Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang pula yang telah dijalankan kepada 100 orang guru menunjukkan bahawa 96% (96 orang) guru memahami tatacara pelaksanaan, 99% (99 orang) menyatakan guru menerima baik pelaksanaan, 97% (97 orang) menyatakan pentingnya memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada murid, 100% (100 orang) menyatakan budaya penyayang adalah sememangnya amalan guru, 98% (98 orang) menyatakan murid perlu mendapat layanan mesra dan 99% (99 orang) menyatakan guru gembira menyambut kehadiran murid.

2.0

Matlamat

Memperkasa pelaksanaan Program Amalan Guru Penyayang dan Program Jom Ke Sekolah

3.0

Objektif

3.1Meningkatkan kesedaran guru tentang kepentingan amalan guru penyayang 3.2Menghargai kehadiran murid di sekolah 3.3Menyemai rasa kasih dan sayang guru kepada murid 3.4Meningkatkan kehadiran murid di sekolah

4.0

Tarikh Pelaksanaan

Mulai Januari 2013 hingga Oktober 2013 ( 10 bulan ). Tarikh pemantauan ditetapkan oleh pihak PPD masing-masing.

5.0

Sasaran Pelaksanaan

Di tiga buah sekolah setiap daerah yang terdiri dari sebuah sekolah menengah dan dua buah sekolah rendah pada setiap bulan. Pemilihan sekolah ditetapkan oleh pihak PPD 3 buah sekolah x 10 daerah x 10 bulan = 300 buah sekolah ( 100 buah sekolah menengah dan 200 buah sekolah rendah)

6.0

Aktiviti

6.1Pemantauan :1. Menyambut kehadiran murid ke sekolah

2. Aktiviti menghargai murid 3. Program mentor mentee 4. Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang 5. Persepsi Murid Terhadap Guru Penyayang ( untuk 10 murid setiap buah sekolah) : 10 orang murid x 2 buah sekolah x 10 daerah x 10 bulan = 2000 orang murid 6. Pandangan Guru Terhadap Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang ( untuk 5 orang guru setiap buah sekolah) : 5 orang guru x 2 buah sekolah x 10 daerah x 10 bulan = 1000 orang guru 7. Pengurusan Jadual Kehadiran Murid

6.2Pelaporan 1. Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang Lampiran 1A dan 1B 2. Indeks Persepsi Murid Terhadap Amalan Guru Penyayang Lampiran 2A dan 2B 3. Indeks Pandangan Guru Terhadap Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang Lampiran 3A dan 3B 4. Program Mentor Mentee Lampiran 4A dan 4B 5. Analisis Ponteng Daerah Lampiran 5

7.0

Penutup

Adalah diharapkan Program Semarak Amalan Guru Penyayang akan menjadi budaya dalam kalangan guru sepanjang masa. Program ini juga diharap dapat meningkatkan kesedaran amalan penyayang dan kasih mesra kalangan guru dan secara tidak langsung dapat meningkatkan kehadiran murid ke sekolah. Murid akan merasa seronok dan selesa dengan layanan guru dan merasakan sekolah adalah tempat yang dapat memberi keceriaan dalam alam persekolahan dan kehidupannya.

Anda mungkin juga menyukai