Anda di halaman 1dari 3

Kertas Kerja Program Zoom: Galakan Murid Hadir Ke Sekolah

Berdasarkan perancangan strategik UBK tahun ini seperti entri saya akhir tahun lepas
bagi fokus program untuk menangani masalah ponteng murid, saya menyediakan
kertas kerja untuk memohon bantuan kewangan dari PIBG dan sekolah bagi
merealisasikan projek Zoom bagi mencapai objektif dan sasaran yang diharapkan.
Yang menariknya, saya menamakan projek ini Zoom sehingga ia menjadi signifikan
apabila berbincang mengenai ponteng atau ketidakhadiran murid, Zoom akan menjadi
sebutan. Kertas kerja ini disediakan di awal tahun lagi dan insentif murid disediakan
berdasarkan peruntukan dari kertas kerja ini.

KERTAS KERJA PROGRAM ZOOM:


GALAKAN MURID HADIR KE SEKOLAH 2015

1.0 PENGENALAN
Unit Hal Ehwal Murid akan mengadakan pelbagai program pada tahun 2015 bagi
menjayakan misi sekolah iaitu berusaha dengan penuh iltizam untuk melestarikan
pendidikan berkualiti untuk membangun potensi individu sebagai modal insan
cemerlang negara dan mencapai visi sekolah untuk melahirkan insan terdidik untuk
kesejahteraan negara masa hadapan. Dengan ini, pelbagai program dirangka untuk
menggalakkan kehadiran pelajar ke sekolah setiap hari agar pelajar tidak termasuk
dalam golongan pelajar keciciran dari sekolah dan seterusnya terjebak dalam gejala
sosial yang tidak sihat dan merugikan usia yang sepatutnya di bangku sekolah lagi.
Antara program yang dirancang oleh Unit Bimbingan Kaunseling ialah program Zoom
Kelas, Hati Ke Hati dan Talian Kasih.

2.0 Objektif :
1) Agar dapat mengenal pasti kelas yang menyumbang kepada peratus kehadiran pelajar
yang rendah untuk diambil tindakan segera.
2) Agar dapat membantu guru kelas untuk memotivasikan pelajar dalam kelas tersebut
untuk hadir ke sekolah
3) Agar dapat menyampaikan hadiah galakan kepada kelas yang mempunyai peratus
kehadiran yang paling tinggi dan mencecah lebih 80% setiap bulan.
4) Agar dapat menyampaikan hadiah galakan kepada kelas yang mempunyai perubahan
peratus kehadiran pelajar yang lebih baik setiap bulan.
5) Agar dapat mengenal pasti pelajar yang mempunyai perubahan hadir ke sekolah yang
lebih baik untuk disampaikan anugerah

3.0 TARIKH
Sepanjang tahun

4.0 AHLI JAWATANKUASA


Pengerusi : Puan Kamariah Bt Abu
(Pengetua SMK Cheras)
Timbalan Pengerusi : Puan Sapura Bt Amat
(Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)
Setiausaha : Puan Nurhaiza Bt Che Mat

Penyelaras program : Puan Nurhaiza Bt Che Mat


AJK Data Ponteng : Encik Che Mohamad Padali Bin Che Mat
AJK Dokumentasi : Puan Nurhaiza Bt Che Mat
AJK Sijil : Puan Raudah Bt Abd Rahman
AJK Pemilihan Anugerah : Puan Rozinani Awang
Puan Nurhaiza Bt Che Mat

5.0 TENTATIF PROGRAM


1) NAMA PROGRAM: ZOOM KELAS
BIL PROSES KERJA TANGGUNGJAWAB TEMPOH STATUS/
PELAN
KONTIGENSI
1 Mesyuarat PK HEM 1 Hari AJK
Jawatankuasa Semua guru kaunseling

2 Mengenalpasti Guru Kaunseling Setiap Guru Kelas


kelas yang bulan Guru Data
terlibat melalui Guru Mentor
buku kehadiran
pelajar atau data

3 Merekodkan Guru kaunseling 3 kali Guru


kelas yang setahun Kaunseling
terlibat untuk
dijalankan sesi
motivasi

4 Menyampaikan PK HEM 10 kali Anugerah


anugerah Guru kelas bulanan
galakan bagi Guru kaunseling
kelas yang
terlibat setiap
bulan
5 Menyampaikan Guru Kaunseling 10 kali Anugerah
anugerah bulanan
kepada pelajar
yang berpotensi
-peratus
kehadiran yang
baik
- peratus
kehadiran yang
lebih baik

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Anugerah Galakan Kelas 3 kelas x 10 bulan x RM 20 = RM 600
Anugerah Galakan Pelajar 10 pelajar x 10 bulan x RM 5 = RM 500
Jumlah = RM 1,100

7.0 PENUTUP
Diharapkan agar program yang dijalankan akan berjalan seperti yang dirancangkan dan
menggalakkan pelajar untuk hadir ke sekolah dan seterusnya meningkatkan peratus
kehadiran sekolah yang baik

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

(Nurhaiza Bt Che Mat) (Kamariah Bt Abu)


Guru Kaunseling Pengetua

Anda mungkin juga menyukai