Anda di halaman 1dari 2

Kemahiran Belajar

Kemahiran Belajar

Menurut Kamus Dewan Bahasa(Edisi ke-3) kemahiran diertikan sebagai kecekapan atau
kepandaian manakala definisi bagi belajar diertikan sebagai memperolehi ilmu pengetahuan
dan kemahiran iaitu dengan adanya rangsangan-rangsangan,pemilihan rangsangan yang sesuai
oleh organ deria,pemikiran makna sesuatu rangsangan di dalam otak,membentuk pengalaman
atau ilmu pengetahuan dan mengamalkan dalam situasi yang sepadan dan perubahan tingkah
laku.
Definisi bagi kemahiran belajar adalah proses untuk memperolehi teknik belajar sama ada
bersama guru atau tanpa guru. Kemahiran belajar juga mampu meningkatkan daya belajar dan
daya intelek seseorang individu .
Pelajar perlu belajar cara belajar supaya mereka dapat mengenal pasti kelemahan dan kekuatan diri
sendiri dan seterusnya berusaha mengatasi kelemahan dan menggunakan kelebihan atau kekuatan yang ada
untuk memaksimumkan pencapaian dalam pelajaran.
Masa pembelajaran yang terhad di dalam kelas menyebabkan ilmu pengetahuan yang diterima oleh
pelajar juga terhad. Oleh itu, pelajar harus belajar cara untuk memperoleh maklumat tambahan dan
meningkatkan penguasaan mereka dalam mempelajari sesuatu dan meningkatkan prestasinya dalam pelajaran.
Dengan adanya kemahiran belajar ,seorang pelajar mampu belajar dengan cara yang
betul dan mengaplikasikan serta proses pembelajaran akan berterusan dalam diri pelajar
tersebut.
Kemahiran belajar juga dapat memupuk disiplin belajar. Kemahiran mengurus masa misalnya,
yang melibatkan pelajar membuat jadual waktu belajar untuk pembahagian masa belajar. Hal
ini akan mendisiplinkan pelajar untuk belajar pada masa yang dijadualkan mengikut jadual
waktu belajarnya. Pelajar juga akan dapat mengurus masa dengan lebih berkesan.
Pelajar juga akan dapat mengumpul dan memproses maklumat dengan tepat dan dari
semasa ke semasa akan meningkatkan daya ingatan akibat mempelajari kemahiran belajar.
Kemahiran belajar membuat suatu maklumat dari proses pembelajaran akan mudah difahami
dan ingati oleh pelajar.
Pembelajaran kemahiran belajar juga akan dapat meningkatkan pencapaian individu
dan sekaligus mencapai matlamat pelajar tersebut. Beberapa jenis kemahiran belajar yang
dipelajari dapat meningkatkan pencapaian individu dengan membantu mereka ketika proses
pembelajaran dengan cara yang betul dan berkesan. Akhirnya,seorang pelajar akan dapat
membina budaya belajar yang berkesan dan membawa kecemerlangan.

Jenis-jenis kemahiran belajar

1.Kemahiran mengurus masa:


Kemahiran ini adalah kemahiran menyediakan jadual waktu belajar.Pelajar akan dapat
mengurus masa dengan baik dengan adanya jadual waktu belajar samada di sekolah mahupun
di rumah. Pelajar lemah memerlukan lebih banyak masa untuk menguasai sesuatu berbanding
dengan pelajar cerdas. Pelajar harus boleh menyediakan jadual waktu belajar di rumah.
Pelajar yang lemah dalam sesuatu mata pelajaran harus memberi lebih masa belajar untuk
mata pelajaran itu.
Jadual waktu yang disediakan mestilah bersesuaian dengan aktiviti pembelajaran
pelajar seperti kerja rumah yang perlu disiapkan dan waktu untuk mengulangkaji pelajaran
lakukan.Perlu diingatkan bahawa kelemahan mempunyai sebuah jadual waktu mingguan yang
tetap sebagaimana yang dipunyai oleh kebanyakan pelajar hari ini ialah ianya tidak akan
berkesan sekiranya tidak disertai dengan disiplin dan semangat yang kuat.

Kepentingan jadual waktu


Bagi memberikan kesedaran dan galakan kepada setiap pelajar agar melakukan
pengurusan masa berkesan dan membuat jadual waktu, pelajar perlulah tahu terlebih dahulu
tentang kepentingan menyediakan dan mempunyai jadual waktu.Diantaranya ialah pelajar akan
dapat menlakukan aktiviti yang telah dirancang selama seminggu, mendisiplinkan diri
disamping menilai kembali semua aktiviti yang telah dilakukan samada ia memberikan faedah
atau sebaliknya.
Selain itu dengan adanya jadual waktu akan mengelakkan pelajar menangguhkan tugasan yang
perlu disiapkan dalam jangka waktu tertentu disamping mendorong ke arah kejayaan yang
cemerlang dalam bidang yang diceburi samada kehidupan di dunia mahupun di akhirat.
Antara cirri-ciri jadual waktu yang baik ialah menepati tujuan dan objektif
penyediaanya. Pelajar perlulah terlebih dahulu menyenaraikan aktiviti yang ingin dimasukkan
ke dalam jadual waktu. Fikirkan aktiviti yang pelajar lakukan sesuai dengan tujuan dan objektif
yang dinyatakan, peruntukan masa dan fikirkan juga samada aktiviti itu sesuai dilakukan pada
sebelah pagi, tengah hari, petang atau malam. Bagi mata pelajaran yang ingin diulangkaji juga
perlulah ditumpukan kepada mata pelajaran yang lemah dan perlukan peruntukan masa yang
lebih banyak berbanding mata pelajaran yang lain.
Kadang-kadang semasa menyediakan jadual waktu, ramai pelajar yang terlupa untuk
memasukkan aktiviti persendirian seperti berehat, beribadat, mengurus diri , menolong keluarga
dan beriadah. Oleh itu pelajar mestilah sentiasa ingat sebelum menyediakan jadual waktu
samada jadual waktu harian, mingguan atau tahunan, selain memperuntukan masa untuk
belajar dan mengulangkaji pelajaran masa untuk diri sendiri juga amatlah penting.

Anda mungkin juga menyukai