Anda di halaman 1dari 21

Skrip Pengacaraan Majlis Sekalung Budi Sejalur Kenangan

Pn. Fauziah Bt. Abdul Hamid


201
Dewan Terbuka Ibnu Khaldun Smk Guar Nangka 6
21 April 2016 (Khamis)

TARIKH PERLAKSANAAN : 21 APRIL 2016 ( KHAMIS)


TEMPAT PERLAKSANAAN : DEWAN TERBUKA IBNU KHALDUN SMK GUAR
NANGKA
PENGACARA MAJLIS : PN. ZUMIRA BT. SAIDIN

BIL PERISTIWA BUTIRAN/PENYAMPAIAN TINDAKAN

1 PENGUMUMAN Daun Selasih Di Tengah Gurun


AWAL Nampak Jalur Pohon Cemara
/PERATURAN Tradisi Melayu Turun Temurun
MAJLIS Pantun Ditutur Pembuka Bicara

Pengumuman kepada semua pelajar dan


guru:

1. Pelajar diminta memberi kerjasama


sepenuhnya sepanjang program
berlangsung. Majlis kepimpinan
pelajar dan semua guru diminta
memberi kerjasama dengan
mengawasi para pelajar.
2. Pelajar diminta tidak membuat bising,
berbual-bual dan menunjukkan reaksi
tidak berminat ketika berada dalam
majlis .
3. Majlis akan melibatkan tetamu luar,
jaga tutur kata dan nama baik
sekolah.
4. Pelajar tidak dibenarkan
meninggalkan majlis , pergerakkan
keluar daripada majlis mestilah
dengan kebenaran guru dan dalam
situasi beradab.
5. Pelajar diminta berdiri/ duduk dalam
keadaan paling selesa ,teratur dan
tersusun.
6. Tindakan tegas akan diambil ke atas
pelajar yang menganggu perjalanan
majlis atau melakukan perkara yang
tidak dibenarkan.
7. Pelajar diminta tidak bersorak atau
mengeluarkan perkataan atau bunyi
suara yang kurang menyenangkan
semasa ucapan dan persembahan .
8. Pelajar diminta menyanyikan lagu
negaraku,lagu negeri perlis dan lagu
sekolah dengan penuh semangat.

Terima kasih atas perhatian dan


tindakan warga dewan atas
pengumuman itu tadi.

2 SAPAAN TETAMU Seiring Madah Pantun Bersambut


JEMPUTAN Disulam Senyum Pengubat Jemu
ATAU Mesra Berdakap Kasih Berpaut
PANGGILAN Yang Berbahagia Puan Kini Bertamu
HORMAT
TETAMU MENGUMUMKAN KETIBAAN YANG DIRAIKAN
JEMPUTAN PUAN PUAN FAUZIAH BINTI ABDUL HAMID
,PENGETUA SMK GUAR NANGKA DIIRINGI
DIF-DIF JEMPUTAN DAN BARISAN
PENTADBIRAN SEKOLAH MASUK KE DEWAN
TERBUKA IBNU KHALDUN,

Awal Bismillah Pembuka Bicara


Ucapan Alu-Aluan Pemula Acara
Selamat Datang Kata Disua
Sekalung Budi, Sejalur Kenangan
Majlis Bernama

ASSALAMULAIKUM WARAHMATULLAH HI
WABARAKATUH, SALAM SEJAHTERA DAN
SALAM SATU MALAYSIA.

Yang dikasihi dan diraikan


PUAN FAUZIAH BINTI ABDUL HAMID
PENGETUA SMK GUAR NANGKA

Yang berusaha
EN. RASHID BIN HUSSIN
YANG DIPERTUA PIBG
SMK GUAR NANGKA

Yang dihormati
PN. ZAINIAH BINTI MUHAMMAD
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
SMK GUAR NANGKA

Yang dihormati
EN. MOHSIN BIN IBRAHIM
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID

Yang dihormati
EN. RUSLIZAN BIN AHMAD
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Yang dihormati
Barisan guru guru kanan mata pelajaran,
guru cemerlang, barisan rakan guru, dan
para pelajar yang dikasihi sekalian.

Sarung Ketupat Berisi Inti


Dibawa Budak Sambil Berlari
Kehadiran Semua Sangat Dihargai
Moga Majlis Bertambah Seri

Saya bagi pihak jawatankuasa pelaksana


mengucapkan selamat datang ke Majlis
Sekalung Budi, Sejalur Kenangan
Sempena Majlis Perpisahan Dan Pertukaran
PUAN FAUZIAH BINTI ABDUL HAMID ,
PENGETUA SMK GUAR NANGKA.

Pagi-Pagi Makan Halwa


Halwa Manis Dari Istana
Pagi Ini Kita Bersua
Raikan Majlis Penuh Bermakna

Selak Takbir Ambil Geliga


Belati Tajam Letak Di Riba
Gelak Bibir Tampak Gembira
Hati Di Dalam Sayu Dan Hiba

Hadirin sekalian

Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana atas


ihsan
dan kurnianya dapat kita berkumpul pada
pagi ini bagi meraikan satu majlis yang
cukup istimewa iaitu majlis meraikan
perpisahan dan pertukaran TUAN
PENGETUA PUAN FAUZIAH BINTI ABDUL
HAMID , MANTAN PENGETUA SMK GUAR
NANGKA yang amat kita kasihi dan
hormati. Walaupun hanya 1 TAHUN10
BULAN beliau berkhidmat disini, beliau
telah banyak
mencurahkan bakti dan menabur budi untuk
SMK GUAR NANGKA.
Hadirin sekalian

Hari ini, KHAMIS 21 APRIL 2016


mencatatkan satu lagi detik penting bagi
warga SMK GUAR NANGKA . Pada pagi ini
kita meraikan seorang teraju kepimpinan
sekolah yang dikasihi dan disanjung tinggi,
yang akan bertukar secara rasmi pada hari
ini ke SMK Dato Ali. Sesungguhnya warga
sekolah akan berasa kehilangan nakhoda
kepimpinan yang berwibawa,
berpengalaman luas dan sangat berjasa ini.

Buah Selasih Di Dalam Taman


Di Bawa Gadis Ke Tengah Laman
Takkan Hilang Jasamu Tuan
Menjadi Ingatan Sepanjang Zaman

3 BACAAN DOA Bunga Mawar Cantik Tersemat


Dipetik Gadis Di Tepi Titi
Doa Dibaca Memohon Rahmat
Mogamajlis Sentiasa Diberkati

Bagi menambahkan keberkatan majlis kita


pada pagi yang berbahagia ini , marilah
sama-sama kita mengaminkan bacaan doa
yang akan dibacakan oleh al-fadhil ustaz abu
bakar bin habin.

Majlis mempersilakan.

4 UCAPAN TERIMA Amin amin ya rabbal alamin


KASIH
Majlis mengucapkan terima kasih kepada
USTAZ ABU BAKAR BIN HABIN atas
bacaan doa itu tadi.

Dalam Majlis Ini Kami Bermadah


Mengucap Puji Alhamdullilah
Doa Tadi Pembuka Wadah
Semoga Majlis Beroleh Limpah

5 UCAPAN WAKIL Pulau Pandan Jauh Ke Tengah


PELAJAR Gunung Daik Bercabang Tiga
Aluan Sudah Doapun Sudah
Tiba Masa Ke Acara Seterusnya
Hadirin sekalian,

Sebagai pembuka persada ucapan pada pagi


ini, majlis diteruskan lagi dengan
mendengar ucapan daripada wakil pelajar .

Untuk itu, dipersilakan saudara:


MUHAMMAD ZAMIR BIN MUHAMMAD
FAUZI
Untuk menyampaikan
ucapan.Dipersilakan.

6 UCAPAN TERIMA Majlis merakamkan ucapan terima kasih


KASIH kepada saudara: MUHAMMAD ZAMIR BIN
MUHAMMAD FAUZI atas ucapan itu tadi.

7 UCAPAN Tanjung Katung Airnya Biru


PENTADBIR DAN Tempat Orang Bermandi Manda
WAKIL GURU Duduk Sekampung Lagikan Rindu
Inikan Pula Jauh Di Mata

Seterusnya tirai persada ucapan diteruskan


lagi dengan ucapan daripada EN. AZZUADI
BIN JUSOH, GURU KANAN
KEMANUSIAAN mewakili pihak
pengurusan sekolah,

guru-guru dan staf sokongan di sekolah ini


untuk menyampaikan ucapan sempena
MAJLIS PERPISAHAN DAN PERTUKARAN
PN. FAUZIAH BINTI ABDUL HAMID.

Dipersilakan.

8 UCAPAN TERIMA Majlis merakamkan jutaan terima kasih


KASIH kepada EN. AZZUADI BIN JUSOH atas
ucapan sebentar tadi.

9 UCAPAN YDP Tidak Sempurna Kata Tanpa Bicara


PIBG Tidak Sempurna Bicara Tanpa Bahasa
Tidak Sempurna Perjalanan Majlis Kita
Jikalau Tiada Ucapan Dari YDP PIBG
Dengan itu, pihak majlis dengan hormatnya
mempersilakan YANG BERUSAHA EN.
RASHID BIN HUSSIN, Yang Dipertua PIBG
SMK Guar Nangka untuk menyampaikan
ucapan,

Dipersilakan ..

10 UCAPAN TERIMA Majlis merakamkan ucapan terima kasih


KASIH kepada YANG BERUSAHA EN. RASHID BIN
HUSSIN atas ucapan itu tadi.

11 TAYANGAN Hadirin dan hadirat sekalian


VIDEO
(BIODATA DAN Jasamu Dikenang
SEJARAH Budimu Tak Terbilang
PERKHIDMATAN Semangatmu Dijulang
PN. CHE GAYAH Kepimpinanmu Gemilang
BT. BAKAR)
Begitulah yang boleh kita perkatakan atas
segala bakti dan kepimpinan yang
disempurnakan oleh YANG DIRAIKAN PN.
FAUZIAH BINTI ABDUL HAMID atau lebih
mesra dengan panggilan KAK FAUZIAH
sepanjang perkhidmatan beliau sebagai
PENGETUA DI SMK GUAR NANGKA

Tiap Pertemuaan Pasti Ada Perpisahan


Itu Adat, Itu Lumrah Kehidupan
Begitulah Rentetan Perjalanan
Walau Sukar Untuk Ditelan
Tapi Kaki Tetap Mengorak Jalan
Selagi Hayat Di Kandung Badan
Hidup adalah perubahan
Tidak tahu bagaimana lajunya putaran
tapi roda selalu berputaran
Dalam setiap perjalanan kita merantai
kisah
Suka duka tangis tawa
Kadang-kadang kita tidak sehaluan
Tapi lebih banyak kita berganding
tangan

Hadirin sekalian

Gaharu Bukan Sebarang Gaharu


Baunya Harum Sampai Ke Rusia
Guru Bukan Sebarang Guru
Izinkan Kami Membuka Rahsia

Majlis diteruskan lagi dengan persembahan


multimedia mengisahkan tentang biografi
dan memori perjalanan YANG DIRAIKAN
PN FAUZIAH BINTI ABDUL HAMID Dengan
Diiringi Persembahan Nyanyian Kumpulan
Inspirasi Yang Terdiri Daripada Pelajar 4
Amanah yang bertajuk kenangan terindah .
Marilah kita sama-sama saksi dan hayati
persembahan multimedia ini.

(TAYANGAN MULTIMEDIA )

Tabur Bunga Harum Kasturi


Beras Kunyit Berselang-Seli
Pelajar Dididik Kasih Diberi
Pendidik Cemerlang Pemimpin Misali

Demikianlah tadi persembahan memori


terindah PN. FAUZIAH BINTI ABDUL
HAMID yang pasti terpahat kukuh dalam
kenangan kita selama-lamanya. Mudah-
mudahan ianya dapat memberi sumber
inspirasi buat kita semua.

12 UCAPAN TERIMA Majlis merakamkan jutaan terima kasih


KASIH KEPADA kepada Ajk Tayangan Multimedia ,kumpulan
AJK MULTIMEDIA inspirasi dan guru-guru yang terlibat dalam
menjayakan persembahan tersebut.

13 UCAPAN Hadirin dan hadirat sekalian


PENGETUA
Sudah Biasa Kita Dengari
Patah Tumbuh Hilang Berganti
Namun Tidak Sama Guru Yang Ini
Tak Mungkin Ada Gakang Ganti

Malam Hari Berlagu Unggas


Memecah Kesunyian Di Dalam Hutan
Walaupun Terpisah Tempat Dan Tugas
Budimu Tuan Dalam Ingatan

Tak Molek Jika Ada Alu Tiada


Lesungnya
Tak Berguna Jika Ada Dayung Tiada
Perahunya
Tak Lengkaplah Majlis Jika Yang
Diraikan Tidak Berbicara

Seterusnya , tibalah masa yang kita nanti-


nantikan iaitu ucapan daripada YANG
DIRAIKAN PN. FAUZIAH BINTI ABDUL
HAMID, PENGETUA SMK GUAR NANGKA.
Majlis dengan segala hormatnya menjemput
dan mempersilakan.

14 UCAPAN TERIMA Kain Berlipat Dalam Istana


KASIH Pakaian Puteri Raja Kayangan
Sepatah Nasihat Ilmu Yang Berguna
Secubit Budi Jadi Kenangan

Buah Longan Beli Sekati


Buat Makan Di Atas Titi
Pesanmu Puan Kami Ingati
Jadi Azimat Di Dalam Hati

Majlis merakamkan ucapan setinggi-tinggi


penghargaan dan terima kasih KEPADA
YANG DIRAIKAN PN. FAUZIAH BINTI
ABDUL HAMID, atas ucapan itu tadi.

Harum sungguh bunga melati


Kembang setangkai waktu pagi
Hancur sungguh rasa dihati
Sedang berkasih ditinggal pergi

15 ACARA GIMIK TIDAK PERLU DIJEMPUT , AKHIR


PERSEMBAHAN SEBUTKAN NAMA
PELAJAR TERSEBUT SAHAJA

Hadirin sekalian

Begitulah tadi persembahan gimik yang


cukup bertenaga dan menusuk hati,

Persembahan gimik itu tadi disampaikan


oleh 2 orang pelajar iaitu :

1. Saudara MUHAMMAD ASYRAFF DANIAL


BIN AZHARI Daripada Tingkatan 3
BESTARI

2. Dan Saudara MUHAMMAD SIDIK BIN


MUHAMMAD AKHTAR SIDDIQUE
Daripada Kelas 2 AMANAH

Dengan itu, pihak majlis merakamkan


ucapan terima kasih atas persembahan itu
tadi.

16 UCAPAN TERIMA Majlis merakamkan jutaan terima kasih


KASIH AJK GIMIK kepada Ajk Gimik dan guru-guru yang
terlibat dalam menjayakan acara gimik itu
tadi.

17 PERSEMBAHAN Terbang Bebas Si Rama-Rama


PELAJAR 1 Teratai Mekar Di Tengah Lembah
Majlis Perpisahan Sekalung Budi,
Sejalur kenangan Diiringi Irama
Persembahan Nyanyian Turut
Dipersembah

Hadirin hadirat sekalian

Untuk maklumat hadirin , persembahan


pada pagi ini adalah dibawah pimpinan
PUAN NOORMASAYU BINTI MANSHOR
BERSAMA PN. NURUL AMILIN BT.
BADRUDDIN,PN.MAHIZON BT. MAHAMUD
DAN CIK SITI BALQIS BT. ISMAIL .Sekalung
penghargaan diucapkan .

Tumbuh Menjalar Pohon Peria


Musim Kemarau Daun Berserakan
Persembahan Pelajar Sudahpun
Bersedia
Sama-Samalah Kita Saksikan

Untuk itu ,bagi memeriahkan lagi majlis kita


pada hari ini, marilah sama-sama kita
saksikan
persembahan daripada Kumpulan 23 yang
diketuai oleh Ahmad Zawawi Bin Ahmad
Taufiq yang bertajuk Doa Perpisahan

Majlis Dengan segala hormatnya


mempersilakan

18 UCAPAN TERIMA Demikianlah tadi persembahan lagu


KASIH daripada kumpulan Nasyid 23 yang cukup
istimewa, dengan itu majlis mengucapkan
terima kasih.

19 PERSEMBAHAN Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi


PELAJAR 2 ini, kami tampilkan satu persembahan
Deklamasi Sajak Yang Bertajuk
Perpisahan . Deklamasi Sajak Ini Akan
Disampaikan Oleh Saudari Nurul
Syafiqah Bt. Hairunzai , Pelajar 3
Amanah

Dengan itu majlis mempersilakan.

20 UCAPAN TERIMA Begitulah santapan halwa telinga yang


KASIH dihadiahkan oleh Saudari Nurul Syafiqah
Bt. Hairunnzai buat yang diraikan.
Sekalung penghargaan atas persembahan
istimewa itu tadi..

21 PERSEMBAHAN Meneruskan Persembahan terakhir


PELAJAR 3 pelajar ,dipersilakan Saudara Mohd
Safwan B. Bashir, saudari
Noormasnatasya bt. Manshor dan
Saudara Ahmad Zawawi B. Ahmad
Taufiq untuk menyampaikan sebuah lagu
bertajuk Perpisahan Ini.

Dengan itu majlis mempersilakan.

22 UCAPAN TERIMA Begitulah santapan halwa telinga yang


KASIH dihadiahkan oleh Saudara Mohd Safwan
B. Bashir, saudari Noormasnatasya bt.
Manshor dan Saudara Ahmad Zawawi B.
Ahmad Taufiq buat yang diraikan.
Sekalung penghargaan atas persembahan
istimewa itu tadi..

23 PERSEMBAHAN Sidang hadirin sekalian


GURU
Tinggi Sungguh Pohon Kuini
Dililit Pepaku Bersulam Semalu
Melepaskan Dirimu Di Saat Ini
Basahlah Kami Meratap Pilu

Tanda kasih dan sayang dari guru-guru


sekolah ini, kita saksikan bersama
persemabahan yang pertama .

Dengan Itu Majlis Mempersilakan Puan


Syarmila Binti Ahmad Yang Akan
Menyampaikan Sajak Yang Bertajuk
Selingkar Kenangan Bersamamu Puan

Dengan Segala Hormatnya Dipersilakan

Pihak Majlis Merakamkan Ucapan Terima


Kasih Kepada Pn. Syarmila Bt. Ahmad Atas
Persembahan Itu Tadi.

Mengakhiri persembahan kita pada hari ini.


Majlis diteruskan lagi dengan
mempersilakan KUMPULAN KOIR GURU DAN
STAF SMK GUAR NANGKA untuk
mendendangkan alunan suara mereka .
Kumpulan Koir Guru Dan Staf akan
mendendangkan sebuah lagu iaitu lagu
GURINDAM JIWA.

Dengan hormatnya dipersilakan.

24 UCAPAN TERIMA Jala Sekawan Ikan Kelisa


KASIH Dibaris Dekat Kolam Buatan
Pertukaran Tuan Meninggalkan Jasa
Majlis Terpahat Dalam Ingatan

Begitulah lontaran suara daripada Pendidik


Smk Guar Nangka yang dialunkan untuk kita
semua. Sekalung penghargaan diucapkan.

25 UPACARA Terbang Tinggi Si Burung Helang


PENYAMPAIAN Berkicau Kenari Sambil Berterbangan
HADIAH Sekalung Budi, Sejalur kenangan Kami
Ucapkan
Cendermata Diberi Tanda Ingatan

Sebagai tanda sanjungan budi untaian kasih


warga SMK Guar Nangka, Majlis diteruskan
lagi dengan upacara penyampaian
cenderamata sebagai tanda kenang-
kenangan buat insan yang kita raikan pada
hari ini.

Untuk menyempurnakan majlis ini, majlis


dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan PN. ZAINIAH BINTI
MUHAMMAD untuk mengiringi YANG
DIRAIKAN PN. FAUZIAH BINTI ABDUL
HAMID bagi menerima cenderamata
kenang-kenangan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan

Kita mulakan dengan penyampaian


cenderamata pertama iaitu :

1.
Majlis menjemput PN. ZAINIAH BINTI
MUHAMMAD untuk menyampaikan
cenderamata daripada Barisan Penolong
Kanan. Dipersilakan

TERIMA KASIH

2.
Seterusnya bagi mewakili Jabatan
Kemanusiaan , majlis mempersilakan EN.
AZZUADI B. JUSOH , Guru Kanan
Kemanusiaan untuk menyampaikan
cenderamata tanda ingatan. Dipersilakan

Terima kasih.

3.

Seterusnya bagi mewakili Jabatan Bahasa ,


majlis mempersilakan PN. HASLIZA BINTI
IBRAHIM , Guru Kanan Bahasa untuk
menyampaikan cenderamata tanda ingatan.
Dipersilakan

Terima kasih

4.
Seterusnya bagi mewakili Jabatan Sains Dan
Matematik , majlis mempersilakan PN.
SYARMILA BT. AHMAD , Guru Kanan Sains
Dan Matematik untuk menyampaikan
cenderamata tanda ingatan. Dipersilakan

Terima kasih.

5.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian


cenderamata daripada Jabatan Teknik Dan
Vokasional , majlis mempersilakan
EN.MOHD ZAKI BIN MOHD RADZI , Guru
Kanan Teknik Dan Vokasional untuk
menyampaikan cenderamata tanda ingatan.
Dipersilakan

6.
Bagi mewakili Unit Bimbingan Dan
Kaunseling, majlis mempersilakan PN.
ZUMIRA BT. SAIDIN , Guru Bimbingan Dan
Kaunseling Sepenuh Masa untuk
manyampaikan cenderamata.Dipersilakan.

Terima kasih.

7.

Majlis seterusnya menjemput PN.


FATAHIYAH BT. DIN untuk menyampaikan
cenderamata daripada Staf Sokongan .
Dipersilakan .

Terima kasih.

8
Bagi mewakili PARA GURU SMK PADANG
BESAR UTARA, majlis menjemput
PENGERUSI BADAN KEBAJIKAN GURU
DAN STAFF EN. ABU BAKAR BIN
HABIN untuk menyerahkan cenderamata
tanda kenang - kenangan kepada yang
diraikan. Majlis mempersilakan.

Terima kasih.

9
Bagi mewakili PIBG , Majlis mempersilakan
YANG DIPERTUA PIBG EN. RASHID BIN
HUSSIN Untuk menyampaikan
cenderamata tanda ingatan kepada tuan
pengetua, dipersilakan.

TERIMA KASIH

10
Majlis mempersilakan PN. RUZILAWATI BT.
RAMLI DAN PN. NORAZZILAH BT.
HJ.RAMLI Wakil Syarikat Kebersihan Fishma
Delima Enterprise juga mewakili pekerja
swasta untuk menyampaikan cenderamata.
Dipersilakan

Terima kasih.

11
Majlis mempersilakan EN.
____________________________________________
___________________________________________
Wakil Syarikat Keselamatan PORTRAY
SECURITY SDN BHD juga mewakili pengawal
keselamatan untuk menyampaikan
cenderamata. Dipersilakan

Terima kasih.

12
Majlis mempersilakan PN. SABARIAH BT.
BAHARUM , Pengurus Kantin SMK Guar
Nangka juga mewakili pekerja kantin untuk
menyampaikan cenderamata. Dipersilakan

Terima kasih.

13
Seterusnya disampaikan pula cenderamata
daripada majlis kepimpinan pelajar. Untuk
itu dipersilakan
________________________________
Untuk menyampaikan cenderamata
tersebut, Dipersilakan
Terima kasih

14-18
Seterusnya kita terus dengan penyampaian
cenderamata daripada wakil tingkatan :

Dipersilakan KETUA KELAS 1A/1B/1C


wakil tingkatan 1

Dipersilakan KETUA KELAS 2A/2B/2C


wakil tingkatan 2

Dipersilakan KETUA KELAS 3A/3B


wakil tingkatan 3

Dipersilakan KETUA KELAS 4A/4B/4C


wakil tingkatan 4

Dipersilakan wakil tingkatan 5


Amanah

19
Seterusnya penyampaian hadiah secara
individu daripada para guru . Dengan itu
majlis mempersilakan ..

1. Puan Syarmila Bt. Ahmad, Terima


Kasih
2. Puan Hasliza Bt. Ibrahim , Terima
Kasih
3. En. Mohd Zaki B. Mohd Radzi,Terima
Kasih
4.
5.
6.
7.
8.
9. Pn. Ruzilawati Binti Ramli, Terima
Kasih
10. Pn. Norazzilah Bt. Hj.Ramli, Terima
Kasih

20
Seterusnya penyampaian hadiah secara
individu daripada para pelajar . Dengan itu
majlis mempersilakan ..
1. saudari Nurfatihah Bt. Ishak, Terima
Kasih
2. Saudara Khairi Faizal , Terima Kasih

(TENGOK KEPUTUSAN PENGETUA)


Dan yang terakhir majlis mempersilakan
PN. FAUZIAH BT. ABDUL HAMID untuk
menyampaikan cenderamata kepada semua
guru , STAFF SOKONGAN DAN PEKERJA
SWASTA SMK GUAR NANGKA.
Dengan itu majlis mempersilakan.
(SEBUTKAN NAMA GURU /STAF SOKONGAN
DAN PEKERJA SWASTA SEPERTI SENARAI
YANG DILAMPIRKAN)

26 UCAPAN TERIMA Begitulah tadi penyampaian cenderamata


KASIH kenang-kenangan khusus untuk YANG
DIRAIKAN PN. FAUZIAH BT. ADBUL
HAMID . Majlis merakamkan jutaan
penghargaan dan terima kasih atas tanda
ingatan, sumbangan dan tanda hati yang
diberikan dan semoga menjadi memori
indah dalam dakapan PN. FAUZIAH BT.
ADBUL HAMID ..

Majlis turut merakamkan ribuan terima


kasih kepada semua penyampai
cenderamata sebentar tadi.

27 MAJLIS PENUTUP Tiba Waktunya Untuk Menyusun Jemari


Membuang Segala Kerikil Bersalut
Dihati
Maafkan Kami Andai Ada Salah Silap
Tanpa Disedari
Agar Saat Perpisahan Ini Indah
Berbunga Mesra Dalam Jambangan
Ingatan

Hadirin sekalian

Inilah Yang Dikatakan, Umpama Belayar


Telah Sampai Di Pelabuhan
Umpama Berkayuh Telah Sampai Di
Muara
Umpama Berjalan Telah Sampai Di
Destinasi

Para hadirin sekalian, kita telah pun berada


di hujung acara.

Kuning Emas Masaknya Padi


Mawar Merah Dalam Jambangan
Terima Kasih Daun Keladi
Budi Tuan Jadi Kenangan

Sebelum saya mengakhiri majlis ini,izinkan


saya menyampaikan nukilan kata buat tuan
pengetua

Subuh Hari Lalu


Kau Menjejak Kaki Ke Smkgn
Kau Sirami Dinihari Kami
Kau Gemerlapkan Pagi Kami
Kau Warnakan Hari-Hari Kami
Kau Ceriakan Waktu Kerja Kami
Kau Hiburkan Hari-Hari Kami
Dengan Jenakamu
Senda Gurau Tak Lekang Di Bibirmu
Penawar Lara Kami
Yang Keletihan Menghambat Warga
Remaja Smkgn
Kau Mengajar Kami Erti Pakat Buat
Teguranmu Membina Kami
Ajarmu Pasti Kami Tak Lupa
Jasamu Passti Kami Abadikan
Benar Ibarat Gurindam Jiwa
Di Dalam Hati Tidak Lupa
Sebagai Rambut Bersimpul Mati
Tuan Pengetua
Intai Kami Antara Nampak
Esok Jangan Rindu-Rinduan
Namun Begitu,
Bercerai Kasih Talak Tiada
Seribu Tahun Kembali Jua
Namun Kini
Belum Sempat Senja Menjengah
Kau Terpaksa Melangkah Pergi
Nyata Masa Singkat Sekali

Kami Akur Demi Tugasmu


Patah Tumbuh Hilang Berganti
Sekalung Budi sejalur kenangan
Seharum Setanggi, Sejambak Bunga
Terima Kasih Buatmu Pn. Fauziah Bt.
Abdul Hamid.

28 MAJLIS Para hadirin sekalian


BERSURAI
Bak Kata Orang

Kalau Memanjat Sudah Sampai Ke


Puncak
Kalau Menurun Sudah Sampai Ke
Lembah

Kalau Terjun Sudah Sampai Ke Tanah


Kalau Berenang Sudah Sampai Ke
Pantai

Kalau Mudik Sudah Sampai Ke Hulu


Kalau Hanyut Sudah Sampai Ke Kuala

Dengan kata-kata itu maka selesailah sudah


, Majlis Meraikan Perpisahan dan
pertukaran Pengetua pada hari ini.

Majlis juga ingin mengucapkan ribuan terima


kasih kepada YANG DIRAIKAN PN
FAUZIAH BINTI ABDUL HAMID kerana
sudi untuk bersama kita pada hari yang
penuh bermakna ini dan kami semua
mendoakan agar Yang Diraikan bertambah
ceria dan bahagia di dalam kehidupan
seharian.

Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih


kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama
memeriahkan Majlis Sekalung Budi ,Sejalur
Kenangan ini.

Saya selaku pengacara majlis memohon


ampun dan maaf andai kata terdapat
kekhilafan diri sepanjang saya
mengemudikan majlis pada hari ini (dan

pihak majlis mohon mengambil


kesempatan waktu dipenghujung ini
untuk mengucapkan ribuan kalungan
bunga terima kasih kepada
_______________________________________ atas
sumbangan ikhlas kepada pihak
sekolah dalam menyediakan set
pelamin ini ~ RUJUK PN. MUSYI ) dan
majlis juga mengucapkan kalungan bunga
terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat dalam memastikan majlis ini dapat
dilangsung dengan jayanya.

Saya akhiri majlis dengan beberapa rangkap


pantun:

Merdu Bertingkah Alunan Suara


Kadang Tak Sedar Tersilap Kata
Andai Terlanjur Patah Bicara
Serendah Hati Kemaafan Dipinta

Tenang-Tenang Air Di Kali


Tempat Berteduh Putra Puteri
Sempurna Sudah Majlis Dirai Salah
Silap Harap Dimaaf

Akar Keladi Melilit Selasih


Selasih Tumbuh Dihujung Taman
Kalungan Budi Junjungan Kasih
Mesra Kenangan Sepanjang Zaman

Kalau Ada Sumur Diladang


Elok Rasanya Menumpang Mandi
Kalau Ada Umur Yang Panjang
Dapat Kita Berjumpa Lagi

Pn. Fauziah Bijak Bestari


Memimpin Dari Hari Ke Hari
Selamat Berpisah dan bertukar Ucapan
Diberi
Semoga Bahagia Meniti Hari

Hujan turun badan pun basah


Batang galah haluan perahu
Niat hati tak mahu berpisah
Ke hendak allah siapa yang tahu

Tuai padi antara Nampak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara Nampak
Esok jangan rindu rinduan

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit


Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa
Rahmatullahi Wa Barakatuh.

29 SESI Untuk itu , diminta semua pelajar lelaki


BERGAMBAR berbaris dan mengucapkan salam
perpisahan kepada pengetua dan diikuti
barisan pelajar perempuan.

Selepas itu pelajar diminta bekumpul di


dataran al-farabi untuk sesi bergambar
bersama pengetua

Seterusnya dijemput semua guru untuk sesi


bergambar bersama pengetua.

30 JAMUAN MAKAN Selepas sesi bergambar


GURU DAN Majlis Dengan Sukacitanya MENJEMPUT
TETAMU YANG DIRAIKAN PN. FAUZIAH BT. ABDUL
JEMPUTAN HAMID, MANTAN PENGETUA SMK GUAR
NANGKA , Bersama Barisan Tetamu
Jemputan, Barisan Penolong Kanan, Guru
Kanan Dan Guru-Guru Ke Bilik Jamuan
Untuk Menikmati Jamuan Yang Telah
Disediakan .Dipersilakan

Sekian Terima Kasih.

31 PERARAKKAN Pelajar dibenarkan rehat sehingga


KELUAR jam_________________________ dan diminta
PENGETUA berkumpul semula di dewan terbuka ibnu
khaldun pada jam________________________
untuk sesi perarakkan pengetua.

Guru-Guru Bertugas Diminta Menyusun


Pelajar Sepanjang Laluan Ke Pintu Pagar
Utama

Para Pelajar Diminta Beratur Dari Pintu Pagar


Utama Bagi Membuat Lambaian Perpisahan

Disediakan Oleh:

____________________
( ZUMIRA BINTI SAIDIN)
Kaunselor
SMK Guar Nangka

Diacarakan Pada : 21 April 2016 (Khamis )

Anda mungkin juga menyukai