Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS KONVOI KEMBARA MERDEKA KELUARGA

MALAYSIA KMKM 2022

AKTIVITI TEKS UCAPAN


Salutasi  
Assalamualaikum warahmatullah wbt, salam sejahtera

Yang Berusaha
Tn. Nor Kamar bin Nordin
Pengetua SMK Lui Barat

Yang Berbahgia,
Puan Nawal binti Mohamed Amin
Pegawai Daerah Jempol

Tuan Deputi Superintendan Mohd Hafiz Bin Muhammad Nor


Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol

Tuan Wan Ghazali bin Wan Azman


Jurutera Daerah Jempol

Puan Siti Noorezrin Bt Mahmod


Pegawai Penerangan Daerah Jempol

Yang Dihormati,
En. Mohd Tahir bin Abd Hamid
Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik

Pn. Faizah binti Mohamad


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Puan Anita bin Mohamed Ali


Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan Guru-Guru Kanan Mata Pelajaran

En. Kamarul Zaman Bin Jaffar selaku penyelaras program serta barisan AJK
Pelaksana Bulan Kebangsaan

Penyelaras Program Cikgu Noorfaezah Binti Zahari

Guru-guru, dan seterusnya Murid-murid yang dikasihi sekalian.


Dari raub, ke pontian
Terus pula ke kuala perlis
Harap semua beri perhatian
Mohon saya mulakan majlis
 
Selamat datang ke :
MAJLIS KONVOI KEMBARA MERDEKA KELUARGA
MALAYSIA KMKM 2022. Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat
illahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kita bersama-sama dalam
majlis yang diadakan pada pagi ini.
 
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
pemanis kata selamat datang  awal
bismillah pembuka bicara.
 
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai moga
majlis bertambah seri.

Bacaan doa Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,


 
Anugerah di kecap si anak watan,
Mengangkat senjata bidalan suara,
Menadah tangan memohon keberkatan,
Mendapat restu hidup sejahtera
 
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh
bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan
bacaan doa yang akan dibacakan oleh....

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


 
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada ... atas bacaan doa itu tadi.
Pengenalan Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,
majlis
Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia ( KMKM ) 2022 ke
Sekolah – Sekolah Kelab Malaysia merupakan anjuran Pejabat
Penerangan Daerah Jempol Negeri Sembilan. Program ini bertujuan
untuk memupuk semangat patriotik agar semua murid dapat merasai
cinta akan tanah air disamping mengenang jasa para pemimpin dan
pejuang tanah air. Beberapa perancangan telah diatur agar program ini
dapat direalisasikan untuk semua warga sekolah SMK ( F ) Lui Barat.

Ucapan Hadirin yang dihormati,


Pengetua
Adat berbicara menyampaikan pesan,
Adat upacara menyampaikan aluan.

Oleh itu, majlis diteruskan dengan mempersilakan Yang Berusaha Tn. Nor
Kamar bin Nordin, Pengetua SMK Lui Barat untuk menyampaikan ucapan
perasmian Majlis Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Malaysia. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

*** UCAPAN****

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan perasmian penuh


semangat dan bermakna sebentar tadi.

Gimik Hadirin yang dimuliakan,


Pelancaran
Kini, tibalah masa yang ditunggu-tunggu iaitu acara gimik pelancaran
Konvoi Kembara Merdeka Keluarga Merdeka.

Marilah kita bersama-sama menyaksikan…

Terima kasih atas gimik pelancaran yang sungguh memukau sebentar tadi.
Semoga semangat patriotik akan terus tersemai dalam jiwa kita.

Penyampaia Hadirin sekalian,


n
cenderamata Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang
Berusaha Tn. Nor Kamar bin Nordin
Pengetua SMK Lui Barat, diiringi Puan Anita bin Mohamed Ali
Penolong Kanan Kokurikulum, tampil ke hadapan pentas untuk menyampai
cenderamata.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Sebagai tanda ucapan terima kasih, majlis dengan ini menjemput Yang
Berbahgia, Puan Nawal binti Mohamed Amin, Pegawai Daerah Jempol
untuk menerima cenderamata sebagai tanda terima kasih atas kesudian
meluangkan masa menghadiri majlis kita pada hari ini.

Majlis mempersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Tn. Nor Kamar
bin Nordin, Pengetua SMK Lui Barat atas kesudian menyampaikan
cenderamata sebentar tadi.

Hadirin dan hadirat yang dimuliakan,


Majlis
Bersurai Kita telah sampai dipenghujung acara. Saya bagi pihak urusetia
MAJLIS KONVOI KEMBARA MERDEKA KELUARGA
MALAYSIA KMKM 2022 mengucapkan terima kasih sekali lagi
kepada semua tetamu kehormat dan para hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan majlis pada pagi ini.
Dari mana asalnya usah diusul,
Molek budinya menambat hati,
Dua tiga bicara salah tersasul,
Jangan disimpan di dalam hati

Saya akhiri majlis ini dengan lafaz yang mulia,


WabillahiTaufikWalhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai