Anda di halaman 1dari 8

Majlis Khatam Al-Quran Peringkat SK Bertam Hulu 2023

Tarikh : Jumaat, 1 Disember 2023


Tempat : Surau Al-Ittihad SK Bertam Hulu 2023

Masa : 8.00 am – 10:00 am

Masa Agenda Skrip Note


s
8.00am Ketibaan guru, peserta khatam dan Qari Qariah Unggul
Aktiviti di surau sedang berlangsung:
1. Peserta khatam mengambil tempat mengikut susunan
2. Qari dan Qariah Unggul mengambi tempat
Lagu tema dimainkan

Pintu dibuka dan Diminta hadirin mengambil tempat masing-masing kerana majlis
dijemput duduk akan dimulakan sebentar lagi. Bagi memastikan kelancaran majlis,
dipohon kerjasama semua untuk tidak membuat bising dan
menghormati majlis. Terima kasih.
Ketibaan VIPs Mengumumkan ketibaan
Yang Dihormati Abdul Aziz bin Ishak
Penolong PPD (Pendidikan Islam)
Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah, Encik JOHARI BIN
AHMAD SALLEH, YANG DIPERTUA PIBG SK BERTAM HULU diiringi EN
MOHD NAJIB BIN MOHAMMED SANNY GB, barisan pentadbir dan ahli
jawatankuasa PIBG.

1
Bacaan Doa Zikir munajat pembersih jiwa Ust
Doa dipohon menjana takwa Aqil

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan penuh kehambaan kepada Allah swt.

Untuk itu, majlis dengan sukacitanya menjemput Al-Fadhil Ust Aqil


untuk mengetuai bacaan doa. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Fadhil Ust Aqil
di atas bacaan doa sebentar tadi. Semoga majlis kita berjalan
dengan lancar.

Salutasi BISMILLAHIRAHMANIRAHIM…..
awalan ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH,
SELAMAT PAGI
DAN SALAM SEJAHTERA.
Salam Malaysia Madani
Salam Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia Menggamit Dunia,
Bijak Laksana Jebat, Kuat Laksana Tuah
Salam Jabatan Pendidikan Negeri Melaka, Jenama Kerajaan No1
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera

Salutasi 1. Yang Dihormati, En. Abdul Aziz bin Ishak Penolong PPD
(PENDIDIKAN ISLAM) PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH
MELAKA TENGAH.

2
2. Yang Berusaha, Encik JOHARI BIN AHMAD SALLEH,
YANG DIPERTUA PIBG SK BERTAM HULU

3. Yang Berusaha En.Mohd Najib bin Mohamed Sanny Guru


Besar SK Bertam Hulu
4. Yang Berusaha Puan Izamidah binti Ismail, Guru
penolong kanan kurikulum SK Bertam Hulu
5. Yang Berusaha Encik Abdul Mutalib bin Awang, Guru
penolong kanan Hal Ehwal Murid SK Bertam Hulu
6. Yang Berusaha Puan Rahimah binti Yaakob, Guru
penolong kanan Kokurikulum SK Bertam Hulu
7. Yang diraikan peserta Majlis Khatam Al-Quran Tahun 6
2023 serta Qari dan Qariah Unggul tahun 2023.
8. Seterusnya, guru-guru serta murid yang dikasihi
sekalian.

Assalamualaikum Warohmatullah hiwabarokatuh, Salam Sejahtera


dan Salam Malaysia Madani.

Majlis mengucapkan Selamat Datang dan mengalu-alukan


kehadiran tuan/puan ke majlis ini.

Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa


kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Tinggi

3
kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita
dipertemukan dalam Majlis Khatam Al-Quran ini. Mudah-
mudahan hasrat untuk melahirkan generasi yang cintakan al-
Qur’an dapat direalisasikan melalui program-program
sebegini.

Untuk pengetahuan YBhg. Dato' dan sidang hadirin sekalian,

Majlis Pelancaran pada kali ini juga akan turut disertakan dengan
penyampaian anugerah kepada individu yang mempamerkan
kecemerlangan dalam bacaan Al-Quran masing-masing dari setiap
kelas.

Hadirin sekalian,

Seterusnya dipersilakan Al-Fadhil Ustaz Sahril bin Ahmad untuk


memimpin Majlis Khatam Al-Quran kita pada hari ini.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Alhamdulillah, selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran kita pada


hari ini.

6.15pm Ucapan Tuan-tuan dan Puan-Puan yang dihormati,


pembukaan oleh Majlis pada pagi ini diteruskan dengan mempersilakan Tuan Guru
GB Besar SK Bertam Hulu
1. Yang Berusaha. En Mohd Najib bin Mohamed Sanny
Untuk menyampaikan Ucapan Alu-aluan. Dengan segala

4
hormatnya dipersilakan
Selesai Ucapan Demikian tadi Ucapan
Yang Berusaha En Mohd Najib bin Mohamed Sanny
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan Guru Besar
atas ucapan tadi.
Penghargaan Untuk pengetahuan Al-Fadhil Ustaz Abdul Aziz, stand banner ini
kepada PIBG adalah sumbangan bersama PIBG dan Panitia agama Islam dan
Bahasa Arab Sebahu.
Ucapan perasmi Seterusnya, majlis mempersilakan Yang berbahagia, Al-Fadhil
Ustaz Abdul Aziz Besar , untuk menyampaikan ucapan alu-
aluan.....Majlis dengan segala takzimnya mempersilakan

Selesai Ucapan Terima kasih diucapkan kepada


1. Yang BerBahagia.
Atas ucapan sebentar tadi. Majlis memohon Yg Bhg untuk terus
kekal di atas pentas untuk acara gimik perasmian.
6.30pm Pelancaran Bagi menyempurnakan upacara gimik perasmian, dipersilakan
kepada semua barisan pentadbir untuk mengiringi Yang
Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Abdul Aziz di hadapan.
Selesai Pelancaran Majlis mengucapkan terima kasih dan merakamkan Setinggi-tinggi
Penghargaan kepada Yg Bhg dan para jemputan yang telah
melancarkan gimik majlis khatam Al-Quran sebentar tadi.

penyampaian sijil Acara seterusnya ialah penyampaian sijil khatam al-Quran dan
khatam al-Quran cenderahati kepada muridmurid Tahun 6 yang telah selesai
dan cenderahati mengkhatam Al-Quran. Majlis dengan berbesar hati
mempersilakan Yang berusaha En. Mohd Najib bin Mohamed
5
Sanny, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bertam Hulu mengiringi
Yang Berbahagia Al-Fadhil Ustaz Abdul Aziz untuk
menyempurnakan penyampaian sijil dan cenderahati
tersebut.Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Semasa Dipersilakan peserta khatam lelaki untuk menerima sijil khatam
penyampaian dan cenderahati.

Dipersilakan peserta khatam perempuan untuk menerima sijil


khatam dan cenderahati.

Dipersilakan qari dan qariah unggul


Kriteria qar dan qariah unggul
Baca nama

Penyampaian Seterusnya adalah sesi penerimaan anugerah qari dan qariah


Anugerah Qari unggul. Untuk pengetahuan semua anugerah ini diberikan kepada
Qariah Unggul murid-murid yang baik bacaannya dalam membaca Quran dan
mampu memberikan tunjuk ajar kepada kawan-kawan yang lain.
Oleh itu, saya menjemput Qari unggul pertama. Saudara adik .......
(sebut nama)
Selesai Majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada
penyampaian Al-Fadhil Ustaz Abdul Aziz serta barisan pentadbir
atas kesudian menyempurnakan penyampaian sijil dan
anugerah sebentar tadi.
Penyampaian Majlis ditertuskan dengan penyerahan sumbangan kebajikan
sumbangan kepada murid yang kurang berkemampuan. Untuk itu, majlis
kebajikan mempersilakan en Mutalib bin Awang GPK HEM SK Bertam Hulu

6
untuk mengiringi En Joe, YDP SEBAHU untuk menyempurnakan
penyerahan sumbangan. Dipersilakan.

semasa Sebut nama


sumbangan
kebajikan
Selesai sumbangan Majlismerakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada En Joe,
kebajikan YDP SEBAHU atas kesudian menyempurnakan penyerahan
sumbangan kejabikan sebentar tadi.

Penyerahan Sebagai tanda hati ikhlas daripada pihak majlis, dipersilakan


cenderahati Yang berusaha Puan Tuan GB menyampaikan tanda hati kami
kepada Al-fadhil Ustaz Abdul Aziz Dipersilakan
Semasa Majlis dengan ini mempersilakan Al-fadhil Ustaz Abdul Aziz untuk
penyerahan menerima sedikit cenderahati dari pihak sekolah. Dipersilakan.
Selesai cenderahati Terima kasih kepada tuan GB
Penutup majlis majlis kita sudah sampai di penghujungnya.Saya mewakili
seluruh Ahli Jawatankuasa Pelaksana Majlis Khatam al-Qur’an SK
Bertam Hulu tahun 2023, ingin mengungkapkan ucapan rasa
syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan majlis kita pada hari ini samada secara langsung
mahupun tidak. Moga kita semua akan beroleh keberkatan
daripada-Nya, insya Allah.

Sebelum mengakhiri majlis, sukalah saya untuk membacakan


sebuah pantun.

7
Tuai Padi antara Nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara Nampak
Esok jangan rindu-rinduan.

Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan kemaafan andai ada


salah dan silap sepanjang mengacarakan majlis ini.

Marilah sama-sama kita akhiri majlis kita pada hari ini dengan
membaca tasbih kaffarah dan surah al-`Asr.

Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah


wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh. Wa fi
AmnilLahi Ta’ala wa ilal liqa’, ma’as salamah

Sesi bergambar
Jemput jamuan

Anda mungkin juga menyukai