Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS

PROGRAM KONSULTASI BERSAMA WARIS/ IBUBAPA TINGKATAN 5


12 Januari 2023; Dewan Terbuka Ghulam Rasool

CUE ANN
Salutasi
Bismillahir rahmanir rahim,

‫الحمد هلل رب العالمين والصلوة السالم على اشرف األنبياء والمرسلين‬


‫وعلى أله وصحبه أجمعين‬.
‫رب اشرح لي صدري ويسر لي امري‬
‫وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي‬

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Dimulakan dengan lafaz segala puji bagi Allah, raja segala raja yang mentadbir sekalian
alam, selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw….

Tuan2 dan Puan yang dirahmati Allah sekalian


Selamat datang diucapkan kepada barisan tertinggi

Yang Berusaha, Pn Nor Zamzila bt Ahmad@Ibrahim, Pengetua SMK P.Jaya


Yang Berbahagia, En Suhaimi bin Ibrahim, Yang Di-Pertua PIBG SMK P. Jaya
Yang Berusaha, Puan Hajjah Che Faridah bt Abd Halim, PK Pentadbiran SMK P.
Jaya
Yang Berusaha, En Mahiyidin bin Mat, PK HEM SMK PJaya
Yang Berusaha, Cik Hajjah Marliza bt Ahmad, PK Kokurikulum SMK PJaya

Barisan Guru Kanan Bidang, Barisan Kaunselor sekolah, guru-guru subjek T5, warga
pendidik SMK Pekula Jaya, yang dikasihi lagi dihormati para waris/ ibubapa pelajar
Tingkatan 5 Tahun 2022, seterusnya pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang dikasihi sekalian.

Aluan Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt, kerana dengan izin limpah
Pengerusi rahmat serta inayahNya, dapat kita sama-sama berhimpun dalam majlis sempena
Majlis PROGRAM KONSULTASI BERSAMA WARIS PELAJAR TINGKATAN 5 TAHUN
2022 bagi kali yang Ke-3. Bagi pihak penganjur, Ahli Jawatan Kuasa penyelaras program,
saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada tuan-tuan
dan puan-puan serta hadirin sekalian atas kesudian untuk sama-sama memeriahkan majlis
pada pagi yang berbahagia ini.

Bacaan Doa Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama menadah tangan dan
mengaminkan lafaz doa yang akan disempurnakan oleh al-Fadhil Ustaz Ahmad Nadzri bin
Yaakob. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
1
********************************** usai bacaan doa
****************************

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada al-Fadhil
Ustaz Ahmad Nadzri atas kelangsungan menzahirkan doa sebentar tadi. Semoga dengan
kalimah doa ini, kita mengharapkan agar majlis kita, permulaannya... penuh dengan
keberkataan, pertengahannya satu keuntungan dan persuraian selepas ini, satu persuraian
yang terpuji dan terpelihara.

Ucapan aluan Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Tuan Pengetua
Program konsultasi Bersama waris kali ke-3 yang diadakan pada hari ini juga merupakan
sesi dialog yang sememangnya menjadi agenda wajib dalam acara takwim sekolah.
Sesungguhnya ia bukan sahaja dapat memupuk semangat kerjasama antara pihak sekolah
dengan waris pelajar, malahan turut juga dapat mengetengahkan segala pandangan waimma
idea bernas daripada warga sekolah mahupun para ibubapa sekalian.

Justeru, besar harapan kami seluruh warga SMK Pekula Jaya agar majlis yang diadakan pada
pagi ini menjadi sesuatu yang sangat bermakna seterusnya meningkatkan lagi mutu
pencapaian para pelajar khususnya dalam peperiksaan SPM 2022 nanti. Insyaallah....

Hadirin yang dihormati sekalian

Adat Bahasa menyampaikan pesan


Adat upacara menyampaikan ucapan

Sebagai pembuka persada ucapan dan bicara pada pagi ini, majlis dengan penuh takzim dan
sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Puan Nor Zamzila bt
Ahmad@Ibrahim, Pengetua SMK Pekula Jaya untuk menyampaikan ucapan dan bicara
beliau…. Majlis mempersilakan...

***************************************usai ucapan**********************************

Majlis merakamkan setinggi-tinggi apreasasi dan ucapan jutaan terima kasih kepada Yang
Berusaha Tuan Pengetua atas ucapan, bicara, harapan dan penerangan yang disampaikan
sebentar tadi.

Saguhati Hadirin yang di hormati sekalian


kepada Pelajar
Seterusnya mengambil kita usaha dan penat lelah pelajar - pelajar dalam peningkatan
Prestasi dalam peperiksaan Percubaan SPM baru-baru ini, Pihak sekolah berbesar hati dan
dalam menzahirkan setinggi-tingi penghargaan ingin menyampaikan sedikit saguhati kepada
mereka yang berkenaan. Untuk itu majlis mempersilakan Yang Berusaha Puan Hajjah Che
Faridah bt Abdul Halim, PK Pentadbiran untuk menjemput dan Mengiringi Yang Berusaha
Tuan Pengetua, Puan Nor Zamzila bt Ahmad@Ibrahim untuk menyempurnakan acara.
Dipersilakan....
2
Mendahului penerima saguhati bagi peningkatan prestasi dalam Peperiksaan Percubaan SPM
yang lalu... Di persilakan...

BIL NAMA TING PENCAPAIAN


1 NUSRAH HASYA BINTI ZAMRI 5ST1 8A
2 NUR AMNA ATHIRAH BINTI ZULKAFLI 5ST2 7A
3 SITI NURATIQAH BINTI SAFARDI 5ST1 7A
4 NURAZRA ZAFIRAH BINTI SUHAIMI 5SK1 7A
5 NUR NADHIRAH BINTI MD NASIR 5SK1 7A
6 NURAINA BT MOHD NASIR 5ST1 6A
7 NUR BASIRAH BINTI MOHD SHUKRI 5ST1 6A
8 NUR FARISHA IRWAYYU BINTI ABDULLAH 5ST2 6A
9 NUR ADLIN HAZWANI BINTI HAMIDI 5SK1 6A
10 NUR SYAZA BINTI ADNAN 5SK1 6A
11 NUR ATIKAH BINTI ZAINUDDIN 5ST1 5A
12 NUR NATALIA IZZATI BT MUHD ISKANDAR 5ST1 5A
13 NURIN ALIA MAISARAH BT MUSTAFA KAMAL 5ST1 5A
14 MUHAMAD NAFIZ BIN MOHD ZAIN 5ST2 5A
15 MUHAMAD NAUFAL AQIM BIN MOHD SYAMSOL 5ST2 5A
16 SITI NUR ELLISYA BT RAZALI 5ST2 5A
17 ARIF IQBAL BIN ABDUL RAHMAN 5ST3 5A
18 NIK ASBIHA NATASHA BT NIK MOHD NAJMI 5SK1 5A
19 NUR AFIFAH SOFIA BT ALI 5SK1 5A
20 NUR FARAH BT KHAIRUL HAKIMIM 5SK1 5A
21 NURUL ATILAH NAJWA BT MOHAMAD ISA 5SK1 5A
22 NURUL IMAN NASUHA BINTI ISHAK 5SK1 5A
23 NUR ASMA BINTI MOHD KHAIRULAZHAR 5ST4 5A
24 MIMI YASMIN BINTI AMIR 5SK2 PENINGKATAN
25 FATIN NURSHAMHANA BINTI HASMADI 5SK2 PENINGKATAN
26 SITI SHAHIRAH BINTI AKHBAR SHAH 5SK2 PENINGKATAN
27 NURUL NADIA BINTI ROSLI 5SK2 PENINGKATAN
28 AIRIL HAFIZY BIN ALISAN 5SK3 PENINGKATAN

Majlis merakam jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas kesudian menyampaikan
saguhati sebentar tadi. Tahniah dan Syabas juga diucapkan kepada Pelajar-pelajar permata
yang berjaya sebentar tadi.

3
Makluman Hadirin hadirat yang dihormati sekalian
Konsultasi
Bersama Acara yang akan menyusul seterusnya adalah sesi konsultasi waris/ ibubapa dan para pelajar
Guru bersama guru tingkatan. Untuk makluman semua waris, sesi ini akan berlangsung di kelas
Tingkatan anak tuan/puan masing-masing. Berikut saya kongsikan perjalanan sesi konsultasi
berkenaan.

1. Selepas ini Tuan /puan akan bergerak Bersama anak tuan puan masing-masing ke
kelas mereka yang terletak di tingkat 1 dan tingkat 2 di bahagian atas dewan ini.

 Susunan kelas adalah seperti berikut. Tingkat 1: kelas 5ST1, 5ST2, 5ST3,
5ST4, dan 5SK1. Manakala di tingkat 2 Kelas 5SK2 dan 5SK3.

2. Semasa sesi konsultasi Tuan/puan akan dibekalkan dengan slip keputusan


Peperiksaan Percubaan SPM Tahun 2022 dan Headcount anak tuan puan masing-
masing

3. Giliran bertemu Guru Kelas semasa Konsultasi berkenaan adalah merujuk kepada
nombor yang dibekalkan semasa pendaftaran awal sebentar tadi.

Sekian untuk makluman….

Penutup
Hadirin dan Hadirat Yang dihormati sekalian,

Sedar tak sedar, majlis kita pada hari ini telah tiba ke penghujungnya.

Sebelum majlis melabuhkan tirai…

Majlis sekali lagi ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada kesemua waris/ ibubapa
pelajar Tingkatan 5 serta hadirin dan hadirat sekalian atas kesudian menjayakan majlis pada
pagi yang berbahagia ini.

Tiada ucapan seindah kemaafan;


Tiada kemaafan semurni keiklasan dan;
Tiada keikhlasan setulus hati.

Bagi pihak majlis, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada
terlanjur kata, terlampau cara, sepanjang saya mengendalikan majlis pada pagi yang
berbahagia ini.

“Waris Cemerlang, anak Gemilang”

Sekian. Sehingga kita berjumpa lagi…. Saya sudahi majlis ini dengan Wabilahitaufik
walhidayahwassalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai