Anda di halaman 1dari 12

TEKS PENGACARA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PERMATA 2022

SMK PEKULA JAYA


24 September 2022; Dewan Terbuka Ghulam Rasoll, SMK Pekula Jaya

CUE ANN Tindakan


Pengumuman PRA MAJLIS
Assalamualaikum warahmatullahi ta’ala wabarakatuh dan selamat sejahtera. Nurin
Para hadirin yang dihormati, selamat datang ke MAJLIS ANUGERAH
KECEMERLANGAN PERMATA SMK PEKULA JAYA TAHUN 2022

Majlis kita akan bermula sebaik saja ketibaan Yang Berbahagia En


Mohamad Isa bin Chik, Pengurus Seksyen Kecemerlangan Pelajar
Yayasan Pelajaran Mara

Sukacitanya pihak majlis ingin menarik perhatian hadirin terhadap beberapa


makluman dan peringatan untuk melicinkan perjalanan majlis pada pagi ini;
Hadirin diminta berdiri ketika ketibaan Yang Berbahagia En Mohamad Isa
bin Chik dan nyanyian lagu Negaraku

Hadirin diminta untuk sentiasa mematuhi SOP bagi mengekang penularan


Covid-19. Sentiasa menjaga penjarakan antara satu sama lain, dan sentiasa
memakai pelitup muka sepanjang majlis berlangsung.

Hadirin juga diminta mengurangkan pergerakan dan komunikasi ketika majlis


sedang berlangsung. Mohon para hadirin tidak meninggalkan majlis sebelum
majlis bersurai.
Hadirin dan hadirat sekalian dengan segala hormatnya dipersilakan untuk
mengambil tempat masing-masing. Majlis kita akan bermula sebentar lagi.
Perhatian dan kerjasama hadirin dan hadirat sekalian didahului dengan ucapan
terima kasih. Sekian, harap maklum.
Sakinah
Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia En Mohamad Isa Bin Chik Sakinah

1
Tetamu diiringi oleh Tuan Pengetua, Pengerusi Persatuan Alumni PASTIJAYA, Yang
Jemputan di-Pertua PIBG dan barisan Pentadbir sekolah.
Hadirin dipersilakan untuk sama-sama berdiri.

Hadirin yang dihormati sekalian, seperti yang anda dapat lihat sekarang ini
adalah perarakan serta sambutan paluan kompang dan menyusul selepas ini
adalah persembahan silat penyambut tetamu.

*************************** usai
bersilat*********************************

Untuk makluman semua, persembahan silat sebentar tadi di bawah pimpinan Nurin
Cikgu Mohd Radzi bin Md Desa.

Seterusnya majlis pada pagi ini berbesar hati menjemput dan mempersilakan Nurin
Yang Berbahagia En Mohamad Isa Bin Chik
untuk memeriksa Perbarisan PKBM (L) dan menerima Tabik Hormat.
Dipersilakan …….

Untuk makluman semua, perbarisan pada pagi ini terdiri daripada 2 orang
pegawai dan 30 anggota lain-lain pangkat, yang diketuai oleh Bintara Kanan
Mohd Hasnul Najmi bin Mohd Zamri.

****Selepas perbarisan keluar dan sebelum kawad formasi****


Untuk makluman semua, Pasukan PKBM(L) dibawah pimpinan guru
penasihat Leftenan Muda Pn Noraziah bt Abd Rashid, Leftenan Muda En Lim
Cheng Yew dan beberapa orang guru PKBM(L) yang lain telah mencapai
kemenangan yang besar iaitu; 9- johan, 5- naib johan, 1 tempat ke-3 dan 1
tempat ke-4 dalam acara video personel, ikatan dan simpulan, pertolongan
cemas dan kawad kaki bagi program dalam talian, cabaran PKBM(L)
peringkat kebangsaan tahun 2021 yang lalu.

2
Seterusnya, marilah sama-sama kita saksikan persembahan kawad formasi dari
Pasukan PKBM (L).

Terima kasih diucapkan kepada pasukan PKBM(L). Untuk makluman semua,


pasukan PKBM (L) telah dinobatkan sebagai Johan Kategori Badan
Beruniform Institusi Pendidikan dalam Istiadat Perbarisan dan Perarakan
sempena Sambutan Hari Kebangsaan kali ke-65.

Seterusnya majlis mempersilakan Yang Yang Berbahagia En Mohamad Isa


Bin Chik untuk naik ke pentas utama.

Para hadirin diminta untuk bersedia dan berdiri tegak bagi menyanyikan lagu
Negaraku.

*****************************usai
nyanian****************************

Terima kasih dan para hadirin dipersilakan untuk mengambil tempat masing -
masing.
Aluan Pagi yang indah penuh ceria. Sakinah
Pengerusi Hari yang berbahagia, penuh bermakna kita raikan,
Majlis Sempena Majlis Anugerah Kecemerlangan Permata SMK Pekula Jaya
Tahun 2022

Dari Johor hendak ke Pekan,


Singgah di Lipis membeli haruan,
Semanis senyuman, kami hamparkan,
Buat bingkisan salam pertemuan.

Bismillahir rahmanir rahim,


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

3
Salutasi Selamat Pagi dan Salam sejahtera
Yang Berbahagia En Mohamad Isa Bin Chik, Pengurus Seksyen
Kecemerlangan Pelajar Yayasan Pelajaran Mara
Yang Berusaha Pn Norzamzila bt Ahmad @ Ibrahim, Pengetua SMK
Pekula Jaya
Yang Dihormati En Ibrahim bin Akhashah, Pengerusi Persatuan Alumni
Sekolah Menengah Tikam Batu, Pekula Jaya,
Yang Dihormati En Suhaimi bin Ibrahim Yang dipertua PIBG SMK
Pekula Jaya.

Yang Berusaha Barisan kepimpinan Penolong Kanan, Guru Kanan Bidang,


Ahli Jawatan Kuasa Alumni PASTIJAYA, Ahli Jawatan Kuasa PIBG, Ahli
Jawatan Kuasa Penyelaras Program, guru-guru warga pendidik, Yang diraikan
sahabat-sahabat PERMATA SMK Pekula Jaya seterusnya tuan-tuan dan puan-
puan yang dikasihi sekalian.

Aluan Lenggang bertapak air ditatang, Nurin


Pengacara Risau rebah jatuh ke bumi,
Majlis Salam sembah selamat datang,
Sudilah tuan kemajlis kami.

Alhamdulillah dipanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt, kerana dengan izin


dan limpah rahmatnya, kita diberikan kekuatan untuk berhimpun Sempena
Majlis Anugerah Kecemerlanagan Permata SMK Pekula Jaya Tahun
2022. Semoga dengan kehadiran semua, majlis ini akan menjadi lebih
bermakna.

Juga bagi pihak penganjur iaitu Ahli Jawatan Kuasa Kerja Majlis Anugerah
Kecemerlangan Permata, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
ucapan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan khasnya kepada Yang
Yang Berbahagia En Mohamad Isa Bin Chik dan hadirin sekalian atas
kesudian untuk sama-sama mewarnai majlis pada pagi yang berbahagia ini.

4
Bacaan Doa Hadirin yang dirahmati Allah sekalian Sakinah

Orang jawa berdagang ke kota,


Singgah di Acheh membeli gamat,
Tangan di rafak, restu dipinta,
Doa diamin moga selamat.

Tangan ditadah penuh inayah,


Majlis dibuka penuh rahmatNya,
Mohon keberkatan serta hidayah,
Moga majlis selamat hendaknya.

Bagi memberkati majlis pada hari, marilah kita bersama-sama menadah tangan
dan bertafakur sejenak mengaminkan lafaz doa yang akan disempurnakan oleh
sahabat permata, saudara Muhammad Khairul Hazim bin Kassim dari
Kelas 5ST1. Majlis mempersilakan.
*************** ***********usai bacaan doa****
************************
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
saudara Khairul Hazim atas kelangsungan menzahirkan doa sebentar tadi.
Semoga dengan kalimah doa ini, majlis kita di bawah lembayung keberkatan
Ilahi terhasrat segala yang direncana.

Persembahan Hadirin dan hadirat yang di hormati sekalian, Nurin


Pelajar 1 Kelangsungan Majlis Anugerah Kecemerlangan Permata pada hari ini
dimulakan dengan alunan ayat-ayat suci al – Quran. Dengan itu majlis
mempersilakan saudara Muhammad Aqif Danish bin Mohd Fairuz dari
Tingkatan 1KAA dan saudara Muhammad Haris bin Md Badri dari

5
2KAA untuk mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran dan terjemahannya. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

***************usai bacaan Alquran dan terjemahan**** ************

Ribuan terima kasih diucapkan kepada saudara Muhammad Aqif Danish


bin Mohd Fairuz dari Tingkatan 1KAA dan saudara Muhammad Haris
bin Md Badri dari 2KAA.
Mereka telah membacakan surah al- Hasyr bermula dengan ayat 18 hingga
ayat 24.
Alunan ayat-ayat suci al-Quran oleh pelajar sebentar tadi, adalah di bawah
pimpinan dan tunjuk ajar al- Fadhil Ustaz Mohd Nadzri bin Yaakob.
Ucapan/ Hadirin sekalian, Sakinah
laporan Tuan Sesungguhnya, kejayaan dan kecemerlangan seseorang individu tidak diukur
Pengetua dengan hanya pencapaian luaran semata-mata, tetapi adalah sejauh mana
kejayaan-kejayaan itu mampu memberikan sumbangan kembali kepada orang
di sekelilingnya.

Tinggi burung terbang di kota,


Bunga mekar dipetik bersilih,
Majlis bermula restu dipinta,
Ucapan aluan mengambil alih.

Sebagai pembuka persada ucapan pada pagi ini, majlis dengan penuh takzim
dan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Pn
Norzamzila bt Ahmad @ Ibrahim, Pengetua SMK Pekula Jaya Untuk
menyampaikan ucapan aluan. Majlis mempersilakan.
******************************usai ucapan******************************

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan


Pengetua atas ucapan dan laporan beliau sebentar tadi.

6
Persembahan 2 Hadirin yang di hormati sekalian, Nurin
(Multimedia) Seterusnya, sebagai lanjutan daripada ucapan Tuan Pengetua sebentar tadi,
marilah kita sama-sama saksikan tayangan montaj warna-warni SMK Pekula
Jaya. Mari kita saksikan.
**************************usai
montaj*******************************
Begitulah tadi tayangan montaj warna-warni SMK Pekula Jaya. Untuk
makluman semua tayangan montaj sebentar tadi adalah cetusan idea dari Pn
Sharifah Suzetti bt Syed Jaladin dan En Mohd Hafiz bin Mohd Ramzan.
Ucapan Hadirin yang dikasihi, Nurin
Perasmian Kejayaan bukanlah milik mutlak seseorang tetapi adalah berkat daripada
himpunan doa, harapan dan sumbangan insan – insan yang berdiri teguh,
berjalan seiringan untuk membantu dalam mencapai kecemerlangan. Ibu bapa,
guru -guru dan rakan taulan jangan dilupakan saat diri berada di puncak
gemilang.

Dara rupawan tersenyum manis,


Petik kenanga kuntum delapan,
Hadirnya Tuan penyeri majlis,
Molek kiranya susuli ucapan.
Sakinah
Sudilah tuan tampil ke depan,
Tampil kedepan tersenyum manis,
Sudilah tuan beri ucapan,
Beri ucapan merasmikan majlis.

Untuk itu, majlis dengan penuh takzim dan sukacitanya mempersilakan Yang
Berbahagia En Mohamad Isa Bin Chik, Pengurus Seksyen
Kecemerlangan Pelajar Yayasan Pelajaran Mara untuk menyampaikan
bingkisan ucapan beliau seterusnya merasmikan Hari Anugerah
Kecemerlangan Permata SMK Pekula Jaya Tahun 2022. Majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan.

7
Mohon yang Yang Berbahagia En Mohamad Isa untuk kekal di atas pentas
Gimik dan majlis menjemput Tn Pengetua ke pentas utama mengiringi Yang
Perasmian Berbahagia En Mohamad Isa untuk menyempurnakan upacara perasmian.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

************usai ucapan dan


gimik********************************* Nurin

Sudah teradat si anak lelaki,


Mati berjuang, berundur jangan,
Berani kami menjunjung adat,
Bukan memberi kata dan puji,
Hanya budi dalam ingatan,
Buat kenangan sepanjang hayat.

Majlis merakamkan sepenuh apresiasi dan ucapan terima kasih kepada Yang
Berbahagia En Mohamad Isa atas ucapan dan penyempurnaan perasmian
sebentar tadi. Terima kasih juga diucapkan atas Gimik Perasmian yang sangat
menarik sebentar tadi. Untuk makluman semua, gimik itu disusun oleh Pn
Roslia binti Ahmad.
Penyampaian Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian Sakinah
Anugerah
sidang 1 Kecemerlangan yang dicipta adalah hasil daripada usaha yang gigih dan
berterusan. Usaha yang tidak mengenal erti jemu pasti membuahkan kejayaan
dan kecemerlangan. Oleh itu, pelajar-pelajar yang berjaya sepatutnya diberikan
penghargaan. Semoga ianya akan menjadi pencetus semangat untuk terus
berjaya dalam mengejar ilmu dan cita-cita.

Kini tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu penyampaian sijil dan anugerah
Permata Tahun 2022 kepada para pelajar.

8
Sebagai pembuka acara penyampaian anugerah pada hari ini,
majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan
…………………………………………………….untuk menjemput dan
mengiringi………………………….. bagi menyempurnakan acara. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

Acara akan dimulakan dengan penyampaian


1. Anugerah Permata Cemerlang Program Pendidikan Khas Integrasi
(PPKI) dan Nurin
2. Anugerah Permata Cemerlang mengikut kelas
Mendahului penerima Anugerah bagi (nama anugerah)
Di persilakan……
(Baca senarai Penerima hadiah mengikut susunan seperti di bawah)

Syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan penerima anugerah sebentar Nurin
tadi. Majlis juga mengucapkan ribuan terima kasih
kepada______________________________________________atas kesudian
menyampaikan sijil dan anugerah sebentar tadi.

Persembahan 3 Hadirin yang dikasihi, Sakinah


(Sajak)
Tinggi – tinggi si burung tempua,
Tinggila lagi harapan di hati,
Selamat menonton buat semua,
Hiburan dipersembah kita hayati.

Sama – samalah kita meredakan debaran di hati dengan menyaksikan


persembahan deklamasi Sajak oleh saudari Nurul Iqma Husna bt Mohd
Azman. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan…

*******************************Usai
Bersajak*****************************

9
Terima kasih diucapkan atas persembahan deklamasi sajak yang sangat Nurin
bersemangat dan penuh bertenaga sebentar tadi. Untuk makluman semua
saudari Nurul Iqma Husna adalah Johan Mendeklamasikan Sajak Sempena
Bulan Kebangsaan SMK Pekula Jaya dibawah bimbingan dan tunjuk ajar
Cikgu Salina bt Samad.

Penyampaian Hadirin yang dihormati sekalian Sakinah


Anugerah
Sidang 2 Pergi sekolah seawal pagi,
Melintas jalan berhati-hati,
Penyampaian Anugerah diteruskan lagi,
Penerima-penerima sabarlah menanti

Saban tahun sekolah menyediakan pelbagai anugerah khas untuk menjadi


galakan sekaligus teladan kepada semua pelajar. Ini bukan sahaja dapat
membantu mereka untuk menjadi lebih berdisiplin malah ini akan menjadi
tunggak untuk mereka menjadi lebih berjaya pada masa akan datang. Majlis
yang menjadi agenda wajib dalam takwim tahunan sekolah ini turut
menganugerahkan penghargaan kepada para pelajar yang cemerlang dalam
SPM, Sahsiah Terpuji, cemerlang Kokurikulum, panitia cemerlang dan
dinamik serta beberapa anugerah khas yang lain.

Bagi menyampaikan sijil dan anugerah kepada pelajar yang berkenaan majlis
menjemput dan mempersilakan
__________________________________________untuk menjemput dan
mengiringi______________________________________________________ Nurin
_____________________________________________________________me

10
nyempurnakan acara. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Baca senarai Penerima hadiah mengikut susunan seperti di bawah)

Bersyukur kini kami panjatkan, Sakinah


Majlis Anugerah telah disempurnakan,
Sekalung penghargaan kami hulurkan,
Segulung tahniah kami ucapkan.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan penerima anugerah. Majlis juga
mengucapkan ribuan terima kasih kepada
_______________________________________________________________
atas kesudian menyampaikan sijil dan anugerah sebentar tadi.

Persembahan 4 Hadirin yang di hormati dan di kasihi sekalian, Nurin


(Lagu Klasik/
Madley)/ sambil Sirih pinang sirih berlipat,
makan… Diambil sehelai dibawa pergi,
Tampak joget indah dilihat,
Menjadi tatapan majlis berseri.

Seterusnya majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Kumpulan


Warisan Anak Jaya untuk mempersembahkan Medleyy Sedetik Musik.
Dipersilakan…

****************** Usai Nyanyian lagu Klasik / Madley


***************

Terima kasih diucapkan atas persembahan nyanyian lagu – lagu klasik dan
madley yang sangat merdu dan indah sebentar tadi. Untuk makluman
kumpulan ini adalah dibawah bimbingan dan tunjuk ajar Cikgu Faizah bt

11
Baharin, Cikgu Norlida bt Jamaludin dan Cikgu Nur Hasanah bt Naser.

Penutup Hadirin yang dihormati sekalian Sakinah

Dengan berakhirnya acara persembahan nyanyian lagu klasik dan medley itu
tadi, majlis pada pagi ini telah sampai ke penghujungnya. Sebelum majlis
melabuhkan tirai, sekali lagi majlis ingin merakamkan jutaan terima kasih
khasnya kepada Yang Berbahagia En Mohamad Isa serta hadirin dan hadirat
sekalian atas kesudian menjayakan majlis pada pagi yang berbahagia ini.

Bagi pihak majlis kami menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf
sekiranya ada terlanjur kata, terlampau bicara, sepanjang kami mengendalikan
majlis ini.

Ucapan salam pengakhir kata


Segala yang ada di kongsi Bersama
Apa yang kurang maaf dipinta
Sudilah berkunjung di lain masa

Tuan puteri pergi ke Rasah


Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu, akhirnya berpisah
Di lain acara bersua lagi.

Sekian. Sambutlah salam muhibah salam penuh kemesraan


Wabilahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Terima kasih.

Mengumumkan keberangkatan pulang tetamu meninggalkan majjlis. Para


hadirin dipersilkan berdiri.

12

Anda mungkin juga menyukai