Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS APRESIASI KOKURIKULUM SEMPENA MERAIKAN KEJAYAAN TOKOH NILAM KEBANGSAAN DAN ATLET
OLAHRAGA KEBANGSAAN BAGI TAHUN 2018.
TARIKH : 2 MEI 2018
TEMPAT : DEWAN SERI BENTARA
MASA : 2.00 PTG

PENYAMPAI CUE SKRIP CATATAN

Cg Hidayah Pengumuman (Ketibaan yang diraikan diiringi paluan kompang – tunggu


ketibaan tetamu kehormat sampai dipintu masuk dewan)
perasmi
Mengumumkan perarakan masuk ke dalam dewan Putera-Putera
Bentara yang diraikan bersama-sama barisan pentadbir.....

(Tunggu pembawa bunga pahar selesai meletakkan bunga


pahar di atas pentas dan berlalu turun)

Cg Hidayah Nyanyian Lagu Nyanyian Lagu Bangsa Johor, dan lagu Negaraku. *** (Pengacara
Bangsa Johor, perlu mengumumkan)
Negaraku
Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih. Hadirin
dipersilakan duduk.

(Tunggu hingga dif-dif kehormat duduk dengan selesa)

Awadah Kerat rotan bersama buluh


Sayang bertahun tumbuh setempat
Diangkat tangan jari sepuluh
Doa dipohon biar selamat

Hadirin yang dihormati,

Marilah sama-sama kita menadah tangan, memohon keberkatan


Ilahi, agar segala urusan kita pada petang ini mendapat rahmat
daripada yang Maha Esa. Untuk itu, majlis dengan ini menjemput
Al-Fadhil Ustaz Kamal Hadi Bin Jaafar Sidek untuk memimpin
bacaan doa. Dipersilakan.

(Bacaan Doa)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Fadil Ustaz
Kamal Hadi Bin Jaafar Sidek atas pimpinan bacaan doa sebentar
tadi.

1
Cg Hidayah Ke Pasar Pagi Membeli Bingka,
Sayang Pesanan Terlupa Sudah,
Majlis Apresiasi Tirai Dibuka,
Dengan Alunan Madah Yang Indah.
Cg Hidayah Solutasi Majlis
1. Yang Berusaha Tuan Haji Zainal Abidin Bin Sakiran,
Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Bentara
Dalam

2. Yang Dihormati Tn Hj Abdul Kadir Bin Rajak


Guru Penolong Kanan Pentadbiran

3. Yang Dihormati En Md Murad Bin Md Lip


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

4. Yang Dihormati En Muhamad Razi Bin Yakub


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

5. Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, rakan-rakan guru,


Putera-putera Bentara yang diraikan iaitu Putera Roshen
Nair A/L Visvanathan dan Putera Mohd Redzuan Bin
Mohamed dan seterusnya pelajar-pelajar yang dikasihi
sekalian.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,


Salam Sejahtera,
Salam Muafakat Johor,
Salam Segamat Selamat

Hidayah Kata alu-aluan Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi lantaran


pengacara dengan izin-Nya dipertemukan kita semua bagi menjayakan
majlis Majlis Apresiasi Kokurikulum Sempena Meraikan Kejayaan Putera
– putera Bentara kita yang telah dinobatkan sebagai Tokoh Nilam
Kebangsaan dan Atlet Olahraga Kebangsaan bagi tahun 2018.

Awadah Hadirin yang dihormati,

Majlis Apresiasi Kokurikulum Sempena Meraikan Kejayaan


Tokoh Nilam Kebangsaan dan Atlet Olahraga Kebangsaan 2018 ini
diadakan bertujuan memberi penghargaan kepada mereka di
atas kejayaan yang telah diperolehi.

2
Di samping itu, majlis ini juga memberi motivasi yang membina
kepada murid-murid lain agar dapat mencontohi daya juang
mereka, kecekalan dan pengorbanan dalam menghadapi cabaran
serta usaha yang luar biasa untuk berjaya demi mendapatkan
kejayaan dan mengharumkan nama sekolah.

Hidayah Hadirin yang dihormati,

Majlis pada petang ini, diteruskan dengan penyampaian hadiah


dan sejambak bunga kepada Atlet Olahraga Kebangsaan.

Sebelum itu, untuk makluman hadirin pada 23 hingga 27 April


telah berlangsungnya Kejohanan Olahraga MSSM 2018
bertempat di Stadium Panasonic Shah Alam, Selangor.

Seorang atlet sekolah kita telah mewakili Johor dalam acara 400
meter dan 4 x 400 meter. Beliau telah berjaya mendapat pingat
gangsa dalam acara 4 x 400 meter.

Untuk makluman hadirin juga, Johor telah dinobatkan sebagai


Johan keseluruhan kejohanan dengan pungutan pingat sebanyak
17 Emas, 11 Perak dan 9 Gangsa . Kejohanan Olahraga MSSM
pada tahun ini untuk kali ke-60, Johor telah mencipta sejarah
kemenangan pertama bagi peringkat kejohanan MSSM.

Majlis dengan ini, menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha


Tuan Haji Zainal Abidin Bin Sakiran, Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato’ Bentara Dalam diiringi En Muhamad Razi Bin
Yaakub bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Pihak majlis mempersilakan Putera Mohd Redzuan bin Mohamed


untuk menerima medal dan sijil kemenangan serta sejambak
bunga tanda penghargaan di atas kejayaan beliau di peringkat
kebangsaan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Putera Mohd Redzuan Bin


Mohamed.

Terima kasih kepada Tn Hj Zainal Abidin Bin Sakiran di atas


penyampaian hadiah dan sijil itu tadi.
3
Dengan ini, majlis mempersilakan Putera Mohd Redzuan Bin
Mohamed untuk menyampaikan sedikit ucapan dan perkongsian
pengalaman sepanjang kejohanan berlangsung.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ucapan Atlet


Olahraga Kebangsaan itu tadi.

( Cg Hidayah)
Majlis Apresiasi Kokurikulum pada petang ini diteruskan dengan
memberi penghargaan kepada Tokoh Nilam Kebangsaan 2018.

Awadah Nadi Ilmu Amalam Membaca merupakan akronim bagi NILAM.


Matlamat program NILAM bertujuan menggalakkan tabiat
membaca dalam kalangan murid. Anugerah NILAM Peringkat
Kebangsaan merupakan pengiktirafan tertinggi Kementerian
Pendidikan Malaysia dalam usaha membina tabiat membaca
dalam kalangan murid selaras dengan hasrat negara melahirkan
masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan menjelang tahun
2020 apabila Malaysia menjadi sebuah negara maju. Anugerah
Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan Bagi Kategori Bahasa Inggeris
Sekolah Menengah telahpun menjadi milik kita.

Untuk itu, kami bawakan tayangan video khas kepada anda. Mari
kita saksikan.

(TAYANGAN VIDEO)

BILA VIDEO HABIS DITAYANGKAN- Beri tepukan yang gemuruh


Cg Hidayah
kepada Putera Roshen Nair A/L Visvanathan kerana telah
dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Kebangsaan Bagi Kategori
Bahasa Inggeris Sekolah Menengah bagi tahun 2018.

4
Awadah Untuk itu, majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha
Tuan Haji Zainal Abidin Bin Sakiran, Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Dato’ Bentara Dalam diiringi oleh Tuan Hj Abdul
Kadir Bin Rajak bagi menyempurnakan majlis penyampaian
hadiah.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Pihak majlis mempersilakan Putera Roshen Nair A/L Visvanathan


untuk menerima hadiah dan sejambak bunga tanda penghargaan
di atas kejayaan beliau di peringkat kebangsaan. Dipersilakan.

(TUNGGU ROSHEN AMBIL HADIAH SAMBIL TU UMUMKAN


MAKLUMAT DI BAWAH).

Untuk makluman hadirin, Putera Roshen Nair telah menerima


wang tunai sebanyak RM600, beserta sebuah tablet, sijil dan
cenderahati apabila telah dinobatkan sebagai Tokoh Nilam
Kebangsaan Bagi Kategori Bahasa Inggeris sekolah Menengah.
Pertandingan ini berlangsung di Bahagian Teknologi Pendidikan
Negeri Selangor pada 23 hingga 27 April 2018.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Putera Roshen Nair A/L


Visvanathan.

(HADIAH TELAH DISAMPAIKAN)

Terima kasih kepada Tn Hj Zainal Abidin Bin Sakiran di atas


penyampaian hadiah dan cenderamata itu tadi.

Dengan ini, majlis mempersilakan Putera Roshen Nair A/L


Visvanathan untuk menyampaikan sedikit ucapan. Dipersilakan.

(ROSHEN BERUCAP)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih di atas ucapan itu tadi.

Hidayah Ucapan Tuan Hadirin yang dihormati,


Pengetua
Majlis diteruskan lagi dengan menjemput Tuan Haji Zainal Abidin
Bin Sakiran, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’
Bentara Dalam untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.

(UCAPAN TUAN PENGETUA)

5
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada Tuan Pengetua di atas ucapan sebentar tadi.

Awadah Dengan berakhirnya ucapan itu tadi, maka berakhirlah Majlis


Apresiasi Kokurikulum Sempena Meraikan Kejayaan Tokoh Nilam
Kebangsaan dan Atlet Olahraga Kebangsaan bagi tahun 2018.
Jutaan terima kasih kepadasemua pihak yang
t e r l i b a t d a l a m m e n j a y a k a n dan menghadiri majlis ini.
kita akhiri majlis kita d e n g a n n y a n y i a n L a g u
Negaraku.

D i j e m p u t dengan segala hormatnya para hadirin untuk


berdiri.

(NYANYIAN LAGU SEKOLAH)

Sekian, wabilahitaufik walhidayah, wassalamualaikum


Awadah warahmatullahiwabarakatuh.

dengan ini, majlis bersurai.

(SESI BERGAMBAR).

Anda mungkin juga menyukai