Anda di halaman 1dari 4

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Akhir Speak Up & Ekspresi Minda Kolej

Vokasional Setapak Tahun 2020


Peristiwa Butiran Penyampai Nota
Sirih berlipat sirih pinang,
Sirih dari pulau mutiara,
Pemanis kata selamat datang,
Awal Bismillah pembuka bicara.

Yang Berusaha,
Tuan Haji Azlan Bin Saat,
Pengarah Kolej Vokasional Setapak.

Aluan Yang Berusaha,


Pengerusi Timbalan Pengarah Akademik,
Majlis Encik Khalid B. Mohd Shah

Ketua Jabatan Pendidikan Umum,


Puan Rohana Bt Zainal Abidin

Para pensyarah unit Bahasa serta para pelajar yang dikasihi


sekalian.
Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Di pagi yang permai ini, mari kita memanjatkan kesyukuran ke


hadrat Ilahi kerana dengan izin serta limpah rahmat-Nya dapat
kita berkumpul dengan keadana norma baharu untuk
menjayakan Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan
Akhir Speak Up & Ekspresi Minda Kolej Vokasional
Setapak Tahun 2020.

Untuk makluman para hadirin,


Objektif penganjuran pertandingan Speak Up & Espresi Minda
adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar Kolej
Vokasional Setapak menunjukkan potensi diri melalui
kemahiran soft skills penyampaian pengucapan awam dalam
Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris.

Sebanyak 2 ketagori dipertandingakan iaitu Speak Up dimana


pelajar menyampaikan pidato dalam Bahasa Inggersi dan
Ekspresi Minda iaitu pidato dalam Bahasa Melayu.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Unit Bahasa ini adalah


hasil cetusan idea dan dinaungi oleh Timbalan Pengarah
Akadamik, En. Khalid Bin Mohd Shah.
Pusingan awal pertandingan ini telah diadakan pada 20 Julai
yang lepas. Video rakaman pengucapan awam dari setiap
pelajar yang bertanding telah disaring oleh para juri iaitu
pensyarah Unit Bahasa sendiri.
Seramai 5 orang peserta terbaik bagi setiap ketagori telah
dipilih untuk ke Peringkat Akhir.

Pada 10 Ogos 2020 yang lepas, buat pertama kalinya dalam


sejarah KV Setapak, Pertandingan Akhir Speak Up & Ekspresi
Minda Kolej Vokasional Setapak telah dianjurkan secara atas
talian menggunakna medium Google Meet, dimana setiap
peserta pusingan akhir diminta untuk menyampaikan pidato
secara live streaming dan diadili oleh para hakim yang dilantik.

Dan pada hari ini, kita berbesar hati untuk menganjurkan satu
majlis khas penyampaian hadiah untuk memberi penghargaan
kepada kepada para pemenang Pertandingan Akhir Speak Up
& Ekspresi Minda Kolej Vokasional Setapak Tahun 2020.

Ucapan Para hadirin,


Pengarah Majlis akan dimulakan dengan ucapan daripada Pengarah
Kolej Vokasional Setapak.
Oleh itu, majlis dengan hormatnya menjemput,
Yang berusaha, Tuan Haji Azlan B Saat untuk menyampaikan
ucapan beliau. Dipersilakan

--------Ucapan----------

Terima kasih diucapkan kepada:


Yang Berusaha, Tuan Haji Azlan B Saat
Pengarah Kolej Vokasional Setapak,
atas kesudian beliau menyampaikan ucapan sebentar tadi.
Pengumuman Hadirin Sekalian,
Keputusan Sekarang tibalah masa yang dinanti-nantikan, iaitu upacara
penyampaian hadiah Pertandingan Akhir Speak Up &
Ekspresi Minda Kolej Vokasional Setapak Tahun 2020.

Bagi menyempurnakan upacara, majlis dengan sukacitanya


menjemput

- Yang Berusaha, Tn. Hj. Azlan Bin Saat


-Diiringi-
- Yang Berusaha, En. Khalid Bin Mohd Shah
Timbalan Pengarah Akademik
untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Majlis akan dimulakan dengan penyampaian hadiah dan sijil
kepada pemenang bgi pertandingan Grand Finale Speak Up

Saguhati 1 & 2 : Balqis Safiyah Bt Md Yazid (BAK 2)


Kharul Azzam Bin Khairudin (ETN 1)

Tempat ke 3: Ahmad Faiq Iqbal Bin Mohd Dzulkarnaie (ETN 1)

Naib Johan: Nur Yusra Adriana Bt Mohd Yunus (WTP 1)

Johan: Putri Nur Allysa Bt Mud Farid (BAK 1)

Pemenang bgi Pertandingan Akhir Ekspresi Minda.

Saguhati 1 & 2: Nur Raihan Hasirah Bt Hairuddin (BAK 2)


Muhammad Ariff Izwan BIN Mazwan (MPP 1)

Tempat ke 3:Wasilah Bt Abdul Wahab (WTP 1)

Naib Johan: Muhammad Haris Deniel Bin Mohamad Fadil


(MTK1)

Johan: Muhammad Hafiyuddin Bin Abdul Rahman (MTA 1)

Tahniah dicapkan kpeada para pemenang. Terima kasih


ducapakan kepada Tn Hj Azalan Bin Saat atas kesusian unutk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Penyampain
Cenderamata Sebagai tanda penghargaan dan rasa berbesar hati, majlis
menjemput :
_______________________________________________
menyampaikan cenderamata kenang-kenangan pemanis
ingatan kepada __________________________________.

-------Penyampaian cenderamata ------------

Terima Kasih diucapakan kepada Yang Berusaha, Tuan Haji


Azlan B Saat atas kesudian beliau menyampaikan
cenderamata itu tadi.

Sesi Di jemput kepada semua pensyarah dan para peserta untuk


Bergambar berkumpul di atas pentas untuk sesi bergambar.

Penutup Berkahir upacara itu tadi, kita telahpun berada di penghujung


acara. Pada kesempatan ini bagi pihak majlis kami sekali lagi
merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan terima kasih
kepada;
 Tuan-tuan, puan-puan, para tetamu dan undangan juga
semua pihak yang terlibat secara langsung, atau tidak
secara langsung menjaya dan memeriahkan majlis yang
amat bermakna lagi bersejarah pada hari ini.
 Ribuan ampun kami pohon, andai terdapat sebarang
kekhilafan sepanjang majlis ini dikendalikan.Sekian.

Anda mungkin juga menyukai