Anda di halaman 1dari 5

Teks Pengacaraan Perkongsian Secara Virtual Aktiviti Semasa

Pandemik Covid-19 Antara KVSKL dan SMK N4 Semarang

Medium:Google Meet
Tarikh : 30 November 2021
Masa : 10 Pagi
Pengacara Majlis: Syazwan Syamim Bin Abd Rahman

Peristiwa Butiran Penyampai Nota


Bismillahirahmanirahim…

Mega berarak indah berbalam,


Dipuput bayu ke phon ara;
Pemanis kata sembah salam,
Awal bismillah pembuka bicara

Ke pekan Semarang mencari sutera,


Tanda ingatan masa bersua;
Aluan Salam sembah pembuka bicara,
Pengerusi Selamat datang untuk semua
Majlis
Yang dihormati, Dokterandus Bambang Sujatmiko
Kepala Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 4, Semarang

Yang berusaha, Tn. Hj. Azlan Bin Saat


Pengarah Kolej Vokasional Setapak, Kuala Lumpur

Yang dihormati, En. Shamsudin Bin Ab. Rahim


Yang Di-Pertua PIBG, Kolej Vokasional Setapak, Kuala Lumpur

Para pengurusan tertinggi, para pensyarah, guru-guru serta


para pelajar Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 4 Semarang
dan Kolej Vokasional Setapak Kuala Lumpur yang dikasihi
sekalian

Assalamualaikum W.B.T, salam sejahtera dan salam


perpaduan.
Para hadirin,
Tahun lepas kita bersua muka,
Deligasi Kolej Vokasional Setapak sempat menjejakkan kaki ke
SMK Negeri 4 Semarang dan disambutan yang meriah dengan
tangan terbuka.
Namun siapa sangka siapa menduga, pendemik Covid-19 mula
melata. Meskipun sempadan tidak dibuka, namun hubungan
yang terjalin sentiasa utuh dua negara
.
Setinggi-tinggi kesyukuran kehadrat ilahi kerana dengan izin-
NYA dapat kita berkumpul jua pada hari pagi yang indah ini
walaupun hanya secara maya, untuk menjayakan Program
Perkongsian Secara Virtual Aktiviti Semasa Pandemik
Covid-19 Antara Kolej Vokasional Setapak, dan Sekolah
Menengah Kejuruan Negeri 4 Semarang.

Semoga hubungan utuh ini akan terus kekal dalam membentuk


hala tuju Pendidikan Teknik dan Vokasional antara dua buah
negara bersaudara Malaysia & Indonesia

Bacaan Doa Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati

Untuk memohon keberkatan majlis , dijemput al-Fadhil


Ustaz Abd Rani B. Daud untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan

------Bacaan Doa-------

Terima kasih diucapkan kepada Al-Fadhil Ustaz atas


kesudian untuk memimpin bacaan doa itu tadi.

Hadirin sekalian,
Ucapan
Pengarah Majlis pada pagi ini akan dimulakan dengan ucapan
KVSKL
aluan oleh Pengarah Kolej Vokasional Setapak Kuala
Lumpur. Oleh itu dijemput,
Yang Berusaha, Tn. Hj. Azlan Bin Saat
Untuk menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan

------------- Ucapan--------------

Terima kasih diucapkan kepada


Yang Berusaha, Tn. Hj. Azlan Bin Saat,
Pengarah Kolej Vokasional Setapak Kuala Lumpur atas
kesudian menyampaikan ucapan itu sebentar tadi.
Ucapan Yang di- Seterusnya para hadirin.
Pertua PIBG
Mari kita dengarkan pula ucapan daripada Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG) Kolej Vokasional
Setapak Kuala Lumpur. Oleh itu, majlis dengan ini
menjemput Yang dihormati, En. Shamsudin Bin Ab
Rahim untuk menyampaikan ucapan beliau.
Dipersilakan.
------------- Ucapan--------------

Terima kasih diucapkan kepada


Yang dihormati En. Shamsudin Bin Abd Rahim, Yang di-
Pertua Persatuan Ibu Bapa & Guru Kolej Vokasional
Setapak Kuala Lumpur atas kesudian menyampaikan
ucapan itu sebentar tadi.

Ucapan Kepala Baiklah para hadirin,


SMK N4,
Semarang Sekarang tibalah masa untuk kita dengarkan pula ucapan
daripada Kepala Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 4
Semarang, Indonesia. Oleh itu, majlis dengan berbesar hati
menjemput
Yang dihormati, Dokterandus Bambang Sujatmiko untuk
menyampaikan ucapan beliau. Dipersilakan.

------------- Ucapan--------------

Terima kasih diucapkan kepada


Yang dihormati, Dokterandus Bambang Sujatmiko,Kepala
Sekolah Menengah Kejuruan Negeri 4 Semarang, Indonesia.
atas kesudian menyampaikan ucapan itu sebentar tadi.

Tayangan Video Hadirin sekalian,


KV Setapak dan
Video Jabatan Majlis akan diteruskan dengan tanyangan video khas untuk
Elektrik & tontonan para hadirin dari SMK Negeri 4 Semarang pada hari ini.
Elektronik Video yang disediakan ini akan memaparkan pengenalan
tentang Kolej Vokasianal Setapak dan Jabatan Elektrik &
Elektronik Kolej Vokasional Setapak.Tanpa melengahkan masa
lagi ayuh sama-sama kita saksikan.

--------- Tayangan Video ----------

Begitulah tadi tayangan video yang telah disediakan khas untuk


tontonan semua.

Perkongsian Para hadirin sekalian,


aktiviti semasa
pendamik oleh Sekarang tibalah masa untuk sesi perkongsian aktiviti yang
Pengarah KVSKL dilaksanakan semasa pendamik Covid-19 di Kolej Vokasional
Setapak, Kuala Lumpur. Oleh itu, majlis dengan segala
hormatnya menjemput:
Yang berusaha, Tn. Hj. Azlan Bin Saat
Pengarah Kolej Vokasional Setapak, Kuala Lumpur
Untuk memulakan pembentangan. Dipersilakan.

-------- Pembentangan -----------

Begitulah tadi para hadirin, dapat kita saksikan aktiviti yang telah
dijalankan di Kolej Vokasional Setapak, Kuala Lumpur sepanjang
musim pendamik Covid-19.

Perkongsian Baiklah para hadirin


aktiviti semasa
pendamik oleh Sekarang kita dengarkan pula perkongsian aktiviti yang
wakil SMK N4 dijalankan semasa pendamik Covid-19 di Sekolah Menengah
Semarang Kejuruan Negeri 4, Semarang Indonesia. Oleh itu, majlis dengan
segala hormatnya menjemput: Puan Ice Faulia, Guru SMK
Negeri 4 semarang untuk memulakan pembentangan.
Dipersilakan.

-------- Pembentangan -----------

Terima kasih diucapkan kepada Puan Ice Faulia, Guru SMK


Negeri 4, Semarang Indonesia atas pembentangan itu sebentar
tadi.

Sesi soal jawab Para hadirin,

Sekarang majlis membuka ruang untuk sesi soal jawab antara


kedua-dua buah sekolah tentang aktiviti yang dijalankan ataupun
perkara-perkara lain yang berkaitan. Dipersilakan.

Penutup Para hadirin,


Dengan berakhirnya sesi soal jawab itu sebentar tadi, maka kita
sudahpun berada di penghujung majlis.
Terima kasih sekali lagi buat semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis ini.

Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan.

Sesungguhnya yang baik datang dari ALLAH s.w.t, dan yang


kurang itu datang dari saya sendiri.
Sekian, w.t.h.waslam.

Anda mungkin juga menyukai