Anda di halaman 1dari 6

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS GRADUASI KALI KE 10 SMKJP 2019

TINDAKAN TEKS

Muzik diperdengarkan

Muzik diperlahankan

(BASMALAH DAN SALAM)

Majlis menjemput dan mempersilakan tuan-tuan dan puan-puan untuk mengambil


tempat kerana acara akan dimulakan sebentar lagi.

Bagi memastikan kelancaran program pada pagi ini, majlis ingin memaklumkan bahawa
hadirin hanya dibenarkan untuk merakam gambar di tempat duduk sahaja semasa
upacara penyampaian sijil graduasi.

Pihak majlis juga memohon jasa baik tuan-tuan dan puan-puan untuk memastikan
telefon bimbit atau sebarang alat perhubungan berada dalam mod senyap dan tidak
meninggalkan majlis sebelum tamat.

Para hadirin juga diminta berdiri ketika pengacara mengumumkan perarakan masuk.

Majlis mengucapkan terima kasih dan salam hormat.

Para tetamu bersedia dan mengambil tempat

Para graduan , guru , pembawa cokmar, canselor dan ahli senat beratur di luar dewan.

-Tunggu isyarat daripada floor manager-

( GAMELAN DIMAINKAN )

Mengumumkan perarakan masuk ke dewan, didahului oleh para graduan SPM dan
STPM (isyarat floor manager untuk seterusnya)

Perarakan tenaga pendidik masuk ke dewan (isyarat floor manager untuk seterusnya)

perarakan senat masuk ke dewan

Perarakan utama masuk ke dewan

Muzik gamelan diperlahankan- pengacara menunggu isyarat floor manager untuk


membaca CITRA COKMAR

1
Sekarang dizahirkan CITRA COKMAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JENGKA
PUSAT (BACAAN CITRA COKMAR)

LAGU NEGARAKU dan ALLAH SELAMATKAN SULTAN KAMI- BERSEDIA

Nyanyian lagu Negaraku dan Allah Selamatkan Sultan Kami

Hadirin diminta terus berdiri

Terima kasih

Bismillahir-rohmanir-rahim

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera

Yang berbahagia Canselor, Dato’-dato’, datin-datin , ahli –ahli senat dan hadirin sekalian.

Mohon juruacara memulakan majlis.

(senarai nama sepertimana yang tercatat dalam lampiran 1)

Majlis dengan penuh hormat dan takzim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas
kehadiran

YANG HORMAT DATO’ FADZILLA BIN SALLEH

CANSELOR MAJLIS GRADUASI KALI KE- 10 SMKJP TAHUN 2019

Bersyukur kita kehadrat ALLAH SWT kerana dengan izin dan kurnia-Nya , upacara pada
pagi ini dapat dilangsungkan.

Pelajar bersedia untuk bacaan doa

Memohon keredhaan Allah Subhanahu wa Taala.

Bacaan doa akan diketuai oleh saudara ABDIN SYAKIRIN BIN MOKHZANI.

Terima kasih

(BACAAN DOA)

2
UCAPAN ALU – ALUAN PENGETUA

Pengumuman tujuan majlis oleh YANG BERUSAHA E N. SHARIL AZNAN BIN MANSOR,
.Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka Pusat

.Terima kasih

UCAPAN CANSELOR DAN PENGISYTIHARAAN MAJLIS GRADUASI

, Para hadirin sekalian

Majlis dengan penuh hormat dan takzim mempersilakan

YANG HORMAT DATO’ FADZILLA BIN SALLEH

CANSELOR MAJLIS GRADUASI KALI KE- 10 SMKJP TAHUN 2019

Untuk menyampaikan Ucap Utama dan menyempurnakan pengisytiharaan majlis


. graduasi

Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada

YANG HORMAT DATO’ FADZILLA BIN SALLEH

atas ucap utama dan pengisytiharaan sebentar tadi.

PENYAMPAIAN SIJIL GRADUASI -PELAJAR BERSEDIA

Untuk menyempurnakan majlis, dengan penuh hormat dan takzim, majlis


mempersilakan

YANG HORMAT DATO’ FADZILLA BIN SALLEH

Untuk menyampaikan sijil graduasi kepada para pelajar

Majlis graduasi dimulakan dengan penyampaian sijil kepada pelajar PPKI -KELAS
PENDIDIKAN KHAS PEMBELAJARAN

( SENARAI NAMA PPKI)

3
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil graduasi kepada para pelajar SPM.

( SENARAI NAMA SPM)

Majlis merakamkan setinggi – tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada Yang
Hormat Dato’ atas kesudian menyampaikan sijil graduasi kepada para pelajar SPM.

Kita berehat sebentar untuk memberi laluan kepada persembahan pelajar.

(PERSEMBAHAN)

PENYAMPAIAN SIJIL GRADUASI STPM- PELAJAR BERSEDIA

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian sijil graduasi kepada para pelajar STPM.

Untuk menyempurnakan majlis, dengan penuh hormat dan takzim , majlis


mempersilakan

YANG HORMAT DATO’ FADZILLA BIN SALLEH.

( SENARAI NAMA STPM)

Hadirin yang dihormati

Majlis graduasi diteruskan dengan penyampaian Anugerah Khas Kokurikulum dan Bina
Insan PPKI , anugerah kecemerlangan kurikulum, kokurikulum dan Bina Insan bagi pelajar
SPM dan STPM

:Bagi Anugerah Khas Murid Berkeperluan Khas kategori Kokurikulum

………………………: Dipersilakan

:Bagi Anugerah Khas Murid Berkeperluan Khas kategori Bina Insan

………………………: Dipersilakan

4
Berikut ialah penyampaian Anugerah Kecemerlangan Kurikulum SPM

Dipersilakan: ………………………………..

Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum SPM

Dipersilakan: ………………………………..

Anugerah Kecemerlangan Bina Insan SPM

Dipersilakan: ………………………………..

Anugerah Kecemerlangan Kurikulum STPM

Dipersilakan: ………………………………..

Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum STPM

Dipersilakan: ………………………………..

Anugerah Kecemerlangan Bina Insan STPM

Dipersilakan: ………………………………..

Sebagai tanda penghargaan , majlis mempersilakan YANG BERUSAHA E N. SHARIL AZNAN


BIN MANSOR untuk menyampaikan cenderamata kepada Canselor Majlis Graduasi kali
ke-10 YANG HORMAT DATO’ FADZILLA BIN SALLEH

Yang Hormat Dato’ dipersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada YANG
HORMAT DATO’ FADZILLA BIN SALLEH atas kesudian menyampaikan sijil graduasi
kepada para pelajar PPKI, SPM dan STPM serta anugerah – anugerah khas.

PENGISYTIHARAAN PENANGGUHAN MAJLIS GRADUASI KALI KE-7

5
Majlis dengan penuh hormat dan takzim mempersilakan

YANG HORMAT DATO’ FADZILLA BIN SALLEH untuk mengisytiharkan penangguhan


majlis graduasi kali ke -10

Dengan segala hormatnya , majlis mempersilakan...

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada YANG HORMAT DATO’ FADZILLA BIN
SALLEH atas pengisytiharaan penangguhan sebentar tadi.

Hadirin yang dihormati,

Demikian tadi berakhirnya majlis graduasi kali ke-10 SMKJP, sekali lagi majlis dengan
penuh hormat dan takzim merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima
kasih kepada

Dato’-dato’, Datin-datin, Dif jemputan, tenaga pendidik, ibu bapa dan para pelajar atas
kesudian bersama-sama menyempurnakan majlis graduasi pada hari yang penuh
gemilang ini.

PEMBAWA COKMAR BERSEDIA UNTUK PERARAKAN KELUAR.MUZIK GAMELAN


DIBUNYIKAN SETELAH PENGACARA MENGUMUMKAN PERARAKAN KELUAR

Mengumumkan perarakan keluar pembawa Al-Quran dan pembawa cokmar, canselor


dan ahli senat

(sampai hujung dewan)

Mengumumkan perarakan keluar para pendidik

(sampai hujung dewan)

Seterusnya perarakan keluar pelajar

(sampai hujung dewan)

Sekianlah sahaja Majlis Graduasi Kali ke-10 SMKJP 2019 . Majlis mempersilakan tetamu
kehormat , dif jemputan, para pendidik , ibu bapa dan pelajar yang diraikan untuk
menikmati jamuan makan.

Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai