Anda di halaman 1dari 5

TEKS PENGACARA MAJLIS JAMUAN AKHIR TAHUN PENDIDIKAN KHAS

SMK PANGKOR

Para tetamu, guru dan murid diminta untuk dipersilakan mengambil tempat duduk
masing-masing kerana majlis akan dimulakan sebentar lagi.

Bismillahirrahmanirahim. Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan salam


sejahtera.

Yang Berusaha Tuan Osman bin Ahmad, Pengetua SMK Pangkor, Puan Maslinda Bt
Musa, Penolong Kanan Pentadbiran, Tuan Yusri Bin Mohamed Yunus, Penolong
Kanan Hal Ehwal Murid, Encik Ahmad Zamani Bin Nordin, Penolong Kanan
Kokurikulum barisan guru-guru kanan, dan guru-guru kaunselor, Encik Mohamad
Khirol bin Ibrabim, Penyelaras Pendidikan Khas SMK Pangkor, guru-guru, ppm dan
rakan pelajar yang  dikasihi sekalian.

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmat-Nya


dapat kita sama-sama bertemu dan berkumpul dalam majlis ceria dan penuh
bermakna pada hari ini.

Majlis mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran para hadirin


sekalian ke Majlis Apresiasi Pendidikan Khas SMK Pangkor bagi tahun ini

Majlis mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan 


dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pentadbir atas
kesudian untuk menghadirkan diri  bagi menyempurnakan majlis pada hari ini.

Hadirin Budiman,

Untuk makluman, majlis ini diadakan dengan tujuan untuk meraikan murid-murid
ppki yang bakal menamatkan persekolahan pada tahun ini di samping meraikan
pelbagai kejayaan yang diraih oleh murid-murid sepanjang tahun ini. Majlis ini
diharap dapat menjadi satu kenangan kepada murid-murid yang diraikan
khususnya murid yang berada di tahun akhir.

Sebelum majlis diteruskan, marilah kita bersama-sama memohon keberkatan
daripada Ilahi. Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya menjemput wakil
murid PPKI iaitu …………….. untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Aamin Aamin Ya Rabbal Alamin..


Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada …………….. di atas bacaan doa itu
tadi.

Hadirin sekalian, sebagai pembuka tirai majlis pada hari ini, pihak majlis dengan


segala hormatnya mempersilakan Encik Mohamad Khirol Bin Ibrahim, Penyelaras
PPKI SMK Pangkor untuk menyampaikan ucapan. Majlis mempersilakan.

(Ucapan Penyelaras)

Pihak majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapan Penyelaras Pendidikan
Khas sebentar tadi. 

Hadirin sekalian, majlis dengan rasa bangga dan penuh hormatnya


mempersilakan Yang Berbahagia Tuan Pengetua SMK Pangkor
untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Apresiasi
Pendidikan Khas SMK Pangkor bagi tahun 2021. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

(Ucapan Pengetua)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan tidak terhingga kepada


Tuan pengetua atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Seterusnya, majlis mempersilakan wakil murid tahun akhir untuk menyampaikan


ucapan. Majlis mempersilakan..

(Ucapan Wakil Murid Tahun Akhir)

Majlis merakamkan terima kasih atas ucapan daripada wakil murid tahun akhir.

Sidang hadirin sekalian, majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian sijil dan
plak kepada murid tahun akhir.

Untuk itu, majlis dengan penuh takzim dan sukacitanya menpersilakan Encik
Mohamad Khirol bin ibrahim, untuk mengiringi Tuan Pengetua, Tuan Osman Bin
Ahmad bagi menyempurnakan acara ini.

Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan. (tunggu pengetua datang depan


nak sampaikan hadiah)
Pada tahun ini seramai 3 orang murid  bakal menamatkan persekolahan di PPKI
SMK Pangkor

Dengan itu, dipersilakan 3 orang murid ini untuk menerima plak dan sijil
penghargaan.

Yang pertama : Irfan Abdul Hadi bin Mohd Ali


Yang kedua : Tan Yin Sing
Yang ketiga : Asrul Bin..

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Tuan pengetua
encik Osman bin Ahmad kerana sudi menyampaikan sijil dan hadiah itu tadi.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian plak dan sijil kepada murid
yang telah menunjukkan pencapaian terbaik dari aspek akademik, kehadiran,
kokurikulum dan sahsiah.

Majlis menpersilakan Penyelaras Pendidikan Khas untuk mengiringi Penolong


Kanan, bagi menyempurnakan acara.

Anugerah terbaik akademik: Mohamad Syahiran bin Mohamad Rais Sammy

Anugerah kehadiran penuh 2021: Peh Yan Nin

Anugerah terbaik kokurikulum: Irfan Abdul Hadi bin Mohd Ali

Anugerah sahsiah terpuji: Sathish A/L Ulaganathan

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada penolong kanan Tuan kerana sudi
menyampaikan sijil dan plak itu tadi.

Hadirin sekalian, bagi penyampaian cenderahati kepada murid PPKI SMK Pangkor
sesi 2021/2022.

Majlis menpersilakan Penyelaras Pendidikan Khas untuk mengiringi Penolong


Kanan, bagi menyempurnakan acara.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada penolong kanan Tuan kerana sudi
menyampaikan sijil dan plak itu tadi.
Seterusnya, marilah kita saksikan tayang video sepanjang aktiviti bagi tahun
2021.

Kepada semua murid yang telah menamatkan persekolahan , doa dan harapan kami
agar kalian terus mencipta kecemerlangan diri di mana sahaja anda berada.
Intailah kami jika rindu datang bertamu. Maafkan kami warga pendidik yang
sememangnya ada kelemahan ketika memberi ilmu dan didikan pada kalian.

Sorong papan tarik papan


Buah keranji dalam perahu
Suruh makan kita makan
Janganlah segan janganlah malu

Majlis, diteruskan dengan jamuan makan.

Dijemput …………………….. untuk memimpin bacaan doa makan. (baca doa)

Amin Amin Ya Rabbal Alamin, terima kasih atas bacaan doa makan tadi.

Untuk itu dipersilakan hadirin dan hadirat sekalian untuk menjamu selera.
MOHAMAD AMIRUL MUKMIN B DAHALAN

NORSAHIZAWANA BINTI ZAMRI

SITI NURULHUDA BINTI CHE MENTRI

Anda mungkin juga menyukai