Anda di halaman 1dari 7

SKRIP PENGACARAAN

HARI PENGHARGAAN KOKURIKULUM PENDIDIKAN KHAS SEGAYA 2021

PENGUMUMAN KETIBAAN

Mengumumkan ketibaan,

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Dungun

Guru besar SK Ketengah Jaya 2

YDP PIBG, SK Ketengah Jaya 2

Dengan diiringi barisan penolong kanan SK Ketengah Jaya 2

KATA SALUTASI

Salam sejahtera kami ucapkan,


Para hadirin semua jemputan;
Selawat dan salam kami junjungkan,
Ke hadrat Nabi Rasul pilihan.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat dating untuk semua.

Bismillahirahmanirahim

Yang berusaha Encik Aizuddin Bin Tumin,


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Dungun, Unit Pemulihan Khas, Sektor
Pembelajaran merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)

Yang Berusaha Cg Sharifah Binti Che Ali,


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ketengah Jaya 2

Yang dihormati Tn Haji Kamarudin Bin Ngah,


Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Ketengah Jaya 2

Barisan guru penolong kanan,

Cg Noor Hayati Binti Muhammad,


Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Cg Zanariah Binti Nawawi,


Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Cg Ezzuan Bin Ahmad,


Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Cg Aminudin Bin Draman,


Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas

1
Barisan guru dan Pembantu Pengurusan Murid Pendidikan khas SK Ketengah
Jaya 2

serta murid-murid yang sekalian

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

UCAPAN ALU-ALUAN DAN SELAMAT DATANG

Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Allah jua yang dipuji, dengan lidah dan hati, kerana dengan limpah dan izin-
Nya, membolehkan kita berkumpul pada pagi yang berbahagia ini untuk sama-
sama memeriahkan Majlis Hari Penghargaan Kokurikulum Pendidikan Khas
SK Ketengah Jaya 2 bagi tahun 2021.

BACAAN DOA

Kalau pergi Tanjung Keramat,


Anak manis jangan diangkat,
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.

Sebagai pembuka tirai atur cara, majlis menjemput dan mempersilakan Cg Md


Lapizi Bin Abd Lotib untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

(Bacaan doa)

Aaamiin Ya Rabbal ‘Alamin


Semoga dengan doa yang dipanjatkan tadi,majlis kita pada hari ini akan
sentiasa di bawah payung rahmat-Nya.
Majlis mengucapkan terima kasih.

Hadirin sekalian,

Gerak kerja kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum yang


diajar di dalam bilik darjah dan bertujuan mengukuhkan lagi apa yang telah
dipelajari terutama yang berkaitan dengan mata pelajaran di sekolah.

Justeru, Hari Penghargaan Kokurikulum Pendidikan Khas adalah khusus


untuk menghargai sumbangan dan jasa murid-murid berkeperluan khas (MBK)
PPKI SK Ketengah Jaya 2 yang telah membantu menaikkan nama sekolah di
peringkat daerah, negeri, malah ada juga di peringkat kebangsaan dengan
pencapaian-pencapaian cemerlang yang telah diraih.

Adalah menjadi harapan pihak sekolah, dengan memberikan pengiktirafan


seperti ini, murid-murid yang lain akan juga turut bersemangat untuk mengenal
potensi diri dan cuba menyerlahkan bakat terpendam yang ada dalam diri
mereka pada masa akan datang.

2
TAYANGAN MONTAJ

Sirih pinang sirih berlipat,


Diambil sehelai dibawa pergi,
Tayangan Montaj indah dilihat,
Menjadi tatapan majlis berseri.

Hadirin yang dihormati,


Marilah kita sama-sama saksikan tayangan montaj perjalanan dan pencapaian
kokurikulum MBK SEGAYA tahun 2021.

(Tayangan Montaj)

Demikian tadi tayangan montaj perjalanan dan pencapaian kokurikulum MBK


SEGAYA tahun 2021. Untuk pengetahuan hadirin sekalian, tayangan montaj
sebentar tadi telah disediakan oleh Cg Jazura Binti Mohd Jahari

UCAPAN GURU BESAR

Tinggi burung terbang di angkasa,


Bunga mekar dipetik peraih,
Majlis bermula restu diminta,
Ucapan aluan mengambil alih.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn Sharifah Binti Che Ali ,


Guru Besar Sekolah Kebangsaan Ketengah Jaya 2 untuk menyampaikan
ucapan alu-aluan. Majlis mempersilakan.

(Ucapan Guru Besar)

Majlis mengucapkan terima kasih atas rangkaian ucapan alu-aluan yang


penuh bermakna sebentar tadi.

UCAPAN YDP PIBG

Terbang di awan burung jentayu


Di atas papan batang selisih
Tampillah tuan kami merayu
Bersama ucapan pengikat kasih

Untuk itu, majlis dengan penuh hormatnya menjemput dan mempersilakan


Yang Dihormati, Tn Haji Kamarudin Bin Ngah, Yang Dipertua PIBG Sekolah
Kebangsaan Ketengah Jaya 2 untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

(Ucapan YDP PIBG)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

3
UCAPAN PERASMIAN

Hadirin, para jemputan yang dikasihi,

Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi,
Madah dihulur sembah diberi,
Kata perasmi hajatnya kami.

Kini, majlis menjemput dengan penuh takzimnya,


Yang berusaha, En Mohd Aizuddin Bin Tumin,
Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Dungun, Unit Pemulihan Khas,
Sektor Pembelajaran merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS),

untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Majlis Hari


Penghargaan Kokurikulum Pendidikan Khas SK Ketengah Jaya 2 bagi Tahun
2021.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(Ucapan Perasmian)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan atas


janaan ucapan perasmian sebentar tadi.

PENYAMPAIAN SIJIL DAN CENDERAMATA KPD GURU DAN PPM

Hadirin yang dimuliakan,

Kejayaan bukanlah milik mutlak seseorang tetapi adalah himpunan doa,


harapan dan sumbangan insan-insan yang berdiri teguh, berjalan seiringan
untuk membantu dalam mencapai kecemerlangan. Ibu bapa, guru-guru
terutamanya dan rakan taulan jangan dilupakan saat diri berada di puncak
gemilang.

Sebagai pembuka acara penyampaian anugerah pada hari ini, majlis dengan
segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang berusaha Cg
Aminudin Bin Draman, Penolong Kanan Pendidikan Khas SK Ketengah Jaya
2,

diiringi

En Ezzuan Bin Ahmad, Guru Penolong Kanan Kokurikulum, bagi


menyampaikan sijil dan cenderamata kepada para guru dan PPM.
Dipersilakan
Dijemput

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.

4
9.
10.
11
12.

Majlis mengucapkan terima kasih atas penyempurnaan anugerah sebentar


tadi.

ANUGERAH PENCAPAIAN PERINGKAT DAERAH

Berkebaya batik berwarna merah,


Diserikan dengan permata berlian,
Tibalah masa penyampaian anugerah,
Penerima teruja menunggu giliran.

Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Yang


berusaha, Cg Sharifah Binti Che Ali, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Ketengah Jaya 2,

Diiringi

Cg Noor Hayati Binti Muhammad


Penolong Kanan Pentadbiran

bagi menyampaikan sijil dan hadiah kepada murid-murid yang telah menyertai
dan berjaya dalam pertandingan kokurikulum peringkat daerah. Dipersilakan.

(NAMA PEMENANG)

Majlis mengucapkan terima kasih atas penyempurnaan penyampaian


anugerah sebentar tadi.

PENYAMPAIAN HADAH PERINGKAT NEGERI

Hadirin sekalian,

Majlis seterusnya menjemput Yang dihormati, Tn Haji Kamarudin Bin


Ngah , YDP PIBG SK Ketengah Jaya 2

Diiringi

Cg Zanariah Binti Nawawi, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK


Ketengah Jaya 2,

Untuk menyampaikan sijil dan hadiah kepada para pemenang kokurikulum


peringkat negeri. Dipersilakan.

(SENARAI NAMA)

5
Majlis mengucapkan terima kasih atas penyempurnaan penyampaian
anugerah sebentar tadi.

PENYAMPAIAN HADIAH PERINGKAT KEBANGSAAN

Majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian sijil dan Hadiah kepada para
pemenang pertandingan kokurikulum peringkat Kebangsaan. Untuk itu, majlis
mempersilakan,

Yang berusaha En Aizudin Bin Tumin ,


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Dungun, Unit Pemulihan Khas,
Sektor Pembelajaran merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS),

Diiringi oleh, Cg Sharifah Binti Che Ali, Guru Besar SK Ketengah Jaya 2.
Dipersilakan.

(SENARAI NAMA)

ANUGERAH CG AMIN

Majlis diteruskan lagi dengan anugerah seetrusnya.

Burung serindit riang berpacaran


Petang menyusur terbang pulang
Terbit di hati siapa gerangan
Penerima anugerah Perhidmatan Cemerlang

Dijemput Cg Aminudin Bin Draman


Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas
SK Ketengah Jaya 2

Untuk menerima anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas Kategori


Sekolah Rendah 2021

Tahniah diucapkan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas penyempurnaan penyampaian


anugerah sebentar tadi.

6
PENYAMPAIAN CENDERAHATI KEPADA PPD DAN YDP PIBG

Pihak majlis seterusnya berbesar hati untuk memberikan sedikit tanda


kenangan cenderahati sebagai penghargaan dan tanda ucapan terima kasih
kepada tetamu jemputan kita pada hari ini.

Dengan itu, majlis menjemput,


yang berusaha Cg Sharifah Binti Che Ali, Guru Besar SK Ketengah Jaya 2
bagi menyempurnakan agenda.

Dipersilakan Tn Haji Kamarudin, YDP PIBG

Dipersilakan En Aizudin Bin Tumin,


Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Dungun, Unit Pemulihan Khas,
Sektor Pembelajaran merangkap Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS),

Majlis mengucapkan terima kasih

BERSURAI

Hadirin yang dimuliakan,

Banyak keluk ke penarik,


Keluk tumbuh pohon kuini,
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta

Dengan berakhirnya penyampaian anugerah itu tadi,maka tibalah masanya


untuk saya selaku pengendali majlis mengundur diri. Saya, Siti Nur farhanah
Binti Omar Baki Menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya
ada terlanjur kata, terlampau cara sepanjang berbicara..

Jumpa lagi dalam Majlis Hari Penghargaan Kokurikulum Pendidikan Khas


tahun hadapan.

Salam Takzim, Salam Hormat dan Assalammualaikum.

Anda mungkin juga menyukai