Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PENGACARAAN

MAJLIS PENUTUPAN KEM SMART LEARNING


SMK CHERAS PERDANA 2017
DISEDIAKAN OLEH: NUR SHAKIRA BT SHAIKH AZMEE (JURU ACARA)

BIL PERKARA

1 Para guru dan pelajar diminta bersedia untuk menerima ketibaan


tetamu kehormat. Semua hadirin diminta berdiri.

Majlis mengalu- alukan ketibaan Encik Chin Choong Fuan, YDP PIBG
SMK Cheras Perdana, diiringi oleh Encik Abdul Gaffar bin Kunchi Mohd,
Pengetua Cemerlang serta barisan pentadbir ke Dewan Serbaguna Lim
Kok Yeong.

{Lagu Negaraku dimainkan}

Semua hadirin dipersilakan duduk.

Yang Berusaha Encik Abdul Gaffar bin Kunchi Mohd,


Pengetua Cemerlang, SMK Cheras Perdana,

Yang Dihormati Encik Chin Choong Fuan


Yang Dipertua PIBG SMK Cheras Perdana,

Puan Siti Salmah binti Sulaiman,


Penolong Kanan Pentadbiran & Akademik, SMK Cheras Perdana

Guru Guru Kanan Mata Pelajaran,


Guru guru,
Ibu bapa, serta Murid murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Bersyukur kita kehadrat Illahi, dengan limpah kurniaNYA dapat kita


bersama- sama berkumpul pada petang ini bagi menjayakan Majlis
Penutupan sempena Kem Smart Learning SMK Cheras Perdana 2017.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta Kem Smart


Learning yang telah berjaya mengikuti program pada hari ini. Untuk
pengetahuan sidang hadirin sekalian, program ini adalah sebuah
program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama
pihak Pusat Tuisyen Math Clinic.

Sekalung perhargaan diucapkan kepada pihak Pusat Tuisyen Math


Clinic khususnya kepada fasilitator yang terlibat kerana bersama-
sama merealisasikan hasrat sekolah untuk melahirkan murid yang
cemerlang menerusi program ini.

Hadirin sekalian,

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dijemput saudara


______________________ untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa sebentar


tadi.

Bagi meneruskan majlis ini, dijemput dan dipersilakan, Encik Chin


Choong Fuan, Yang Dipertua PIBG SMK Cheras Perdana untuk
menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Choong Fuan


atas ucapan penutupan sebentar tadi.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada


peserta individu/berkumpulan terbaik pada hari ini. Individu/Kumpulan
ini dipilih dengan sepakat oleh para fasilitator yang terlibat kerana
usaha yang berterusan serta komitmen yang tinggi yang ditunjukkan
oleh individu/kumpulan ini sepanjang Kem Smart Learning
berlangsung.

Dengan ini, majlis menjemput Tuan Pengetua untuk mengiringi YDP


PIBG untuk menyampaikan hadiah kepada peserta/kumpulan terbaik.

Peserta terbaik pada Kem Smart Learning SMK Cheras Perdana bagi
tahun 2017, majlis menjemput ___________________________________
daripada tingkatan ____________ untuk menerima hadiah.

Dipersilakan.

Tahniah diucapkan kepada peserta/kumpulan terbaik pada hari ini.


Diharapkan komitmen yang ditunjukkan oleh peserta ini dapat menjadi
contoh kepada semua pelajar untuk sentiasa melibatkan diri secara
aktif dalam semua program yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Seterusnya, bagi menghargai sumbangan usaha dan tenaga fasilitator


yang sudi berkongsi ilmu dalam Kem Smart Learning pada hari ini,
majlis menjemput Pengetua Cemerlang, SMK Cheras Perdana diiringi
oleh Puan Siti Salmah binti Sulaiman, Penolong Kanan Pentadbiran dan
Akademik, untuk menyampaikan sijil dan cenderamata sebagai tanda
penghargaan kepada para fasilitator.

Dijemput,

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Abdul Gaffar bin
Kunchi Mohd, Puan Siti Salmah binti Sulaiman, serta para fasilitator
yang sudi bersama- sama kita pada hari ini.

Hadirin sekalian,

Sesungguhnya pihak sekolah sangat berbesar hati menerima


sumbangan tenaga dan kerjasama daripada pihak luar bagi
menjayakan program- program pembangunan akademik di SMK Cheras
Perdana sepertimana yang berjaya berlangsung pada hari ini.

Indah sungguh si kembang pagi,


Melata tumbuh di tepi perigi,
Jika berlebih tenaga dan budi,
Maka sudi-sudilah berkunjung lagi.

Tidak dilupakan, semua peserta Kem Smart Learning SMK Cheras


Perdana yang sama- sama menjayakan program pada hari ini.. Semoga
ilmu yang diperoleh pada hari ini akan memberi manfaat kepada anda
semua pada masa akan datang.
Sekian, wabillahtittaufikwalhidayah, assalamualaikum w.b.t dan salam
sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai