Anda di halaman 1dari 6

BIJI SELASIH BOLEH DIMAKAN,

MENJADI PERISA SEDAP TERPERI;


SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN,
SEMOGA MAJLIS BERTAMBAH SERI.

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh.Salam Sejahtera,Salam terus menjulang Program


Pendidikan Khas Integrasi SMK Kampong Jawa Sekolah Amanah.
Yang Berusaha Tuan Haji Hishammuddin bin Sirat ,Pengetua SMK Kampong Jawa
Yang Berusaha Pn Nordiana binti Ngaspan,Penolong Kanan PPKI SMK Kampong Jawa selaku pengerusi
program pada hari ini/
Yang Dihormati Puan Anita Bt Idris , YDP PIBG SMK Kampong Jawa
Yang Dihormati Puan Suriana Binti Mohd Zain,Guru Bimbingan dan Kaunseling ,SMK Kampong
Jawa ,selaku penceramah pada hari ini.
Yang Berusaha Puan Hajah Norshidah binti Mohd Saad,Penolong kanan SMK Kampong Jawa.
Yang Berusaha Tuan Haji Muzikir , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid  SMK Kampong Jawa
Yang Berusaha Puan Eng Hon Li ,Penolong Kanan Kokurikulum SMK Kampong Jawa
Yang Berusaha Puan Mahani Binti Saad,Penolong Kanan Petang SMK Kampong Jawa
Yang Dihormati Puan Faizatul Aimi binti Mustapa , Pengerusi Badan Kebajikan Pendidikan Khas
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran guru-guru, PPM, ibubapa dan murid-murid yang dikasihi sekalian.
 
SELAMAT DATANG KE PROGRAM TAKLIMAT PENGURUSAN SAHSIAH PDPR PPKI SMK KAMPONG JAWA
2021.
Pertamanya, marilah kita panjatkan rasa syukur kepada Tuhan dengan izin-Nya dapatlah kita bersama-
sama berhimpun menerusi google meet pada pagi yang indah dan bermakna ini untuk menjayakan
program  Taklimat Pengurusan Sahsiah PdPR   yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Khas.SMK Kampong
Jawa.  Marilah kita mengikhlaskan kehadiran kita dalam majlis ilmu pada pagi ini demi kecemerlangan
Pendidikan anak -anak murid PPKI  dan  kita ada 2 anugerah yang akan disampaikan diakhir program ini.
Antara objektif program ini diadakan ialah melahirkan dan membentuk murid berdisplin dan
bertanggungjawab serta peka dengan peraturan sekolah .Membentuk keperibadian dan sahsiah mulia
dalam kalangan murid PPKI dan juga melatih dan mendedahkan kepada murid tentang pengurusan di
dalam segala aspek kehidupan.
BACAAN DOA
Hadirin sekalian,
 
Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari ini, majlis dengan segala hormatnya
menjemput En.Muhammad  Faried Shah bin Mohd Nor  untuk memimpin bacaan doa.
Majlis mempersilakan.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada En.Muhammad  Faried Shah bin Mohd Nor   atas
bacaan doa sebentar tadi.
UCAPAN PK HEM
Tanpa melengahkan masa lagi, majlis  menjemput dan mempersilakan  Yang berusaha Tuan Haji Muzikir
bin Mohammad ,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Kampong Jawa untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya majlis dipersilakan.
Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.
UCAPAN PERASMIAN OLEH PENGETUA
MAKAN NASI DI TEPI BENDANG
BERSAMA TUMIS IKAN BILIS
DATANGLAH AYAHANDA KAMI MENGUNDANG
TAMPIL KE DEPAN MERASMI MAJLIS
Seterusnya,  majlis menjemput Yang Berusaha  Tuan Haji Hishamuddin Bin Sirat , Pengetua SMK Kg Jawa
Sekolah Amanah untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan program Taklimat
Disiplin ,Pengurusan Sahsiah dan Ketrampilan Diri ,SMK Kampong Jawa.
 
Dengan segala hormatnya majlis dipersilakan.
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Yang Berusaha, Tuan Pengetua di atas ucapan Perasmian
yang disampaikan sebentar tadi.
KERETA SELISIH DI KUALA KEDAH
JALAN SEHALA DI HUJUNG JETI
TERIMA KASIH UCAPAN TERINDAH
ATAS SEGALA JASA DAN BAKTI
 
AIR SUNGAI JERNIH SEKALI
SEJUK TERASA DI JARI JEMARI
TIDAK TERNILAI JASA DAN BERI
TANPA AYAHANDA SIAPALAH KAMI.
 
 
TAKLIMAT PENGURUSAN SAHSIAH PdPR DARIPADA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING,PN
SURIANA MOHD ZAIN.
Hadirin yang dimuliakan,
Sebelum tirai ceramah dibuka, suka saya membacakan biodata penceramah kita pada hari ini.
 
1.    Nama diberi  Pn Suriana Mohd Zain.
2.    Beliau  berasal dari  Setiu ,Terengganu.
Sejarah pendidikan beliau ialah pemegang diploma Pendidikan Bahasa Arab di Unisza pada tahun 1999
kemudian melanjutkan pengajian beliau dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Kaunseling Psikologi di
Universiti Pendidikan Sultan Idris pada tahun 2004 .Kemudia beliau telah memperolehi Ijazah Sarjana
Psikologi ,di Universiti Kebangsaan Malaysia,Bangi  pada tahun 2020.
3.    Beliau merupakan kaunselor sekolah dan mula berkhidmat di sebuah sekolah di
Sarawak  .Seterusnya meneruskan bidang perguruan beliau sebagai kaunselor di SMK Kampong Jawa
bermula 2006 hingga kini. Beliau mempunyai pengalaman selama 17 tahun dalam bidang kaunseling
 
Tanpa membuang masa lagi, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan  Puan Suriana Mohd Zain
untuk menyampaikan ceramah  atau taklimat beliau.
 
Majlis Dengan Sukacitanya Mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada penceramah motivasi pada hari ini atas ceramah yang sungguh
bertenaga tadi.
 
BUKIT BERBARIS BANYAK BATUNYA
DI PADANG DATAR KITA BERTEMU
MAIN GAME ADA WAKTUNYA
KERJAKAN DAHULU PDPR DAN TUGASMU
 
SESI SOAL JAWAB
Hadirin sekalian,
Kini tiba pula ke sesi soal jawab.Sekiranya ada sebarang kemuskilan ibu bapa atau murid-murid bolehlah
mengajukan soalan ini kepada penceramah kita pada hari ini.
 
Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa dan murid yang mengajukan pertanyaan sebentar tadi.
 
 
 
PENGUMUMAN ANUGERAH
TAYANGAN MULTIMEDIA SENARAI PENERIMA HADIAH.
(Anugerah Jaguh PdPR bulan Mei dan Bulan Jun)
Siding hadirin sekalian,
Pohon kuini subur di tanjong
Jerami padi berbelak-belak
Nilai murni amalan di sanjung
Asas peribadi insan berakhlak.
  Kini kita tiba ke acara kemuncak iaitu Anugerah Jaguh PdPR bagi bulan Mei dan Jun
Untuk pengetahuan ini ,pemilihan bagi anugerah ini adalah berdasarkan kehadiran terbaik,penglibatan
aktif dan menghantar tugasan mengikut ketetapan.
Sebagai makluman kepada para hadirin ,semua penerima anugerah pada hari ini hanya menyaksikan
majlis ini melalui pautan google meet,you tube .Sijil  ini akan diserahkan kepada penerima anugerah
pada masa yang akan diberitahu kelak.
Air jeruk dalam gelas
Makan roti dengan keju
Niatlah belajar dengan ikhlas
Hanya Allah yang dituju
Bukit berbaris banyak batunya
Di padang datar kita bertemu
Main game ada waktunya
Kerjakan dahulu pdpr dan tugasmu.
Pohon jati tumbuh berjajar
Pandai berpantun orang banjar
Jika kita malas belajar
Cita-cita tidak akan terkejar.
 
Beras putih dalam guni
Panjang ekor ikan pari
Jadilah murid yang berani
Tunjukkan bakat potensi diri.
Kita mulakan dengan penerima Anugerah Jaguh PdPR bagi bulan Mei
(Rujuk Lampiran )
 
Dan seterusnya kita umumkan pula penerima Anugerah Jaguh PdPR bagi bulan Julai.
(Rujuk lampiran )
 
 
 
Tahniah diucapkan kepada penerima Anugerah bagi bulan mei dan Julai.Bagi yang lain jangan sedih dan
berputus asa kerana Anugerah Jaguh PdPR bagi bulan Julai akan dipilih setiap kelas lebih daripada
seorang.Pastinya murid mengambil peluang ini
Dengan berakhirnya, tayangan multimedia itu tadi ,kita akan berehat seketika untuk Majlis Sambutan
Hari Lahir pada pukul 10.30 pagi.
 
 
 
 
 
Unit Kurikulum  Pendidikan Khas  SMK Kampong Jawa merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada:
Semua Pentadbir  
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKKJ
Guru-guru PPKI
Ibu bapa dan pelajar SMKKJ
serta semua pihak terlibat secara langsung / tidak langsung dalam menjayakan Program Motivasi
anjuran Panitia Pendidikan moral PPKI.
SESI BERGAMBAR
Dipohon Yang Berusaha Tuan Pengetua serta barisan pentadbir dan penerima-penerima anugerah untuk
sesi fotografi.  Majlis mempersilakan.
**Sila buka kamera masing-masing untuk sesi bergambar,
PENUTUP
Kini selesai sudah Program Motivasi.  Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada para jemputan
sekalian , atas kesudian menghadiri majlis hari ini.

Anda mungkin juga menyukai