Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN WAKIL GURU BESAR

SK LKTP SG NEREK
Bismillahirohmannirrohim
Assalamualaikum wbt, selamat petang.
Terima kasih Saudara Pengerusi Majlis
Yang Dimuliakan, Encik________________________Pengurus Felcra___________
Yang Berusaha, Yang Dipertua PIBG Encik Anuar bin Arifin

Yang dihormati NYDP Encik Mohd Salman, Barisan GPK,AJK PIBG, warga guru
SK LIpat Kajang, ibu bapai penjaga serta hadirin hadirat sekalian.

Pertamanya, saya ingin mengalu-alukan kehadiran Yang Berhormat


Dato’ ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 41 dan seterusnya merasmikan majlis
kita ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya kepada ibu bapa


yang telah berusaha untuk hadir bagi menjayakan Mesyuarat Agung pada
kali ini.

Sesungguhnya kehadiran tuan-tuan dan puan-puan adalah sangat


bermakna dan penting bagi merangka usaha untuk melonjakkan
pencapaian anak-anak dalam akademik dan ko akademik serta
memastikan kemenjadian mereka sepanjang berada di SK Sg Nerek.
Sebenarnya, PIBG merupakan pentas dan wahana bagi pihak sekolah dan
ibu bapa berkolaborasi dalam menjayakan program yang pelbagai demi
kepentingan anak-anak kita di sekolah ini.

Yang Berhormat Dato’ dan hadirin yang dimuliakan,

Sebagai makluman tuan-tuan dan puan-puan, enrolmen guru dan


murid adalah seperti berikut:

Guru adalah seramai 20 orang termasuk guru besar. Alhamdulilah pihak


sekolah telah menerima seorang guru besar baharu iaitu Encik Amir Marhin
bin Ibrahim. Beliau akan mula bertugas mulai Isnin minggu hadapan. Saya
ingin menyampaikan salam beliau kerana beliau tidak dapat hadir pada
hari ini kerana ada komitmen lain yang perlu diselesaikan.
Murid pula seramai 220 orang murid termasuk prasekolah. Bilangan kelas
pula sebanyak 7 kelas termasuk 1 kelas pra sekolah.
Yang Berhormat Dato’, tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan,

Sebagai pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, pencapaian dalam UPSR


2016 adalah seperti yang berikutnya:-

Peratus kelulusan adalah 54.05 % dengan seorang murid mendapat 4A2B.


3A2B pula seorang murid dan murid yang mendapat 2A seramai 2 seorang.
Pencapaian kokurikulum pula pada tahun 2017 adalah seperti berikut; Pihak
sekolah telah menghantar 4 orang murid menyertai Kejohanan Merentas
Desa Daerah Maran Di SMK Jengka 21 pada 24 Januari lalu. Alhamdulilah
Adik Mohamad Faiz Ikhwan bin Abdullah telah mendapat tempat ketiga
dan seterusnya mewakili Daerah Maran ke Kejohanan Merentas Desa
Peringkat Negeri Pahang di Rompin. Seterusnya kita juga menghantar 8
orang murid ke Kejohanan Catur Zon Chenor di SK Bukit Segumpal pada 21
Februari 2017. Alhamdulilah Adik Nur Adrina Safilla binti Saharudin telah
mendapat tempat pertama (tahniah YDP) dan Seramai 4 orang murid telah
terpilih untuk mewakili Zon Chenor ke Kejohanan Catur Peringkat Daerah
Maran. Sekolah juga menghantar murid ke Kejohanan Olahraga peringkat
Zon Chenor di SK Tanjung Perang pada 22 hingga 23 Februari lalu. SK Sungai
Nerek telah mendapat 3 emas, 1perak dan 2 gangsa. Adik Mohd Fikri Adam
bin Mohd Fadhiltelah dinobatkan olahragawan harapan.
Yang Berhormat Dato’, tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan,

Pihak sekolah amat yakin dan percaya bahawa kerjasama antara


pihak sekolah dan PIBG akan dapat memastikan prasarana di sekolah ini
kondusif dan selesa untuk anak-anak. Keberadaan mereka selama 6/7 tahun
di sekolah ini akan diasuh dengan iklim pengalaman persekolahan yang
menyeronokan.

Sebagai pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan,mulai tahun 2016


KSSR mengantikan KBSR sepenuhnya. KSSR merupakan satu bentuk Kurikulum
Tranformasi yang memberi penekanan terhadap pembentukan insan
seimbang melalui pemikiran kritis dan kreatif serta inovatif.

Penilaian terhadap murid tahun enam mulai tahun 2016 tidak lagi
berdasarkan keputusan UPSR semata-mata kerana ianya digabungkan
dengan pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat. Pentaksiran seolah
adalah penilaian yang dijalankan oleh phak sekolah iaitu Pentaksiran Aktiviti
Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) Psikometrik dan PBS. Pentaksiran
berpusat pula adalah peperiksaan UPSR. Oleh yang demikian anak tuan
puan akan menerima 4 sijil di akhir tahun nanti.
Yang Berhormat Dato’, tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan,

Memandangkan Tranformasi Pendidikan mulai dijayakan tahun 2013


kita perlulah melakukan anjakan paradigm untuk menerima segala
perubahan dengan minda terbuka bagi kecemerlangan dan kemenjadian
anak-anak. Oleh itu, marilah kita bersama-sama sederap dan selangkah
menggalas amanah dan memikul tanggungjawab untuk melahirkan anak-
anak yang cemerlang secara menyeluruh. Kelak mereka ialah generasi
pemimpin alaf transformasi yang diaspirasikan memacukan Negara di
pentas global.

Yang Berhormat Dato’, tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan,

Untuk makluman semua, ramai dalam kalangan murid-murid SK LKTP


Sungai Nerek yang menerima bantuan daripada pihak kerajaan. Antaranya
ialah seramai 71 orang murid telah terpilih mendapat RMT, 170 orang murid
mendapat bantuan khas awal persekolahan, 136 murid menerima PS1M dan
61 orang murid menerima biasiswa Yasasan Pahang. Semoga bantuan
tersebut dapat melonjakkan kecemerlangan murid-murid SK LKTP Sungai
Nerek.

Yang Berhormat Dato’, tuan-tuan dan puan-puan yang dimuliakan,

Akan Petapi pihak sekolah mengharapkan dengan kehadiran Yang


Berhormat Dato’dapat kiranya membantu pihak dari segi kewangan bagi
menjayakan aktiviti kecemerlangan sekolah. Sebenarnya pihak Dato’ telah
banyak membantu pihak sekolah dari pada segi kewangan mahupun
sokongan moral.

Sebelum menyudahi ucapan saya ini, sekali lagi saya merakamkan


penghargaan dan ucapan terima kasih atas kehadiran Yang Berhormat
Dato’ dan ibu bapa yang hadir pada hari ini. Saya juga mengucapkan
terima kasih kepada sema guru dan AJK PIBG yang bertungkus lumus
membuat persiapan Mesyuarat Agung Kali ke 41 ini. Selamat
bermesyuarat.Sekian, terima kasih.
Wasalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai