Anda di halaman 1dari 7

2.

Terima kasih kepada Pengerusi majlis

3. Selawat ………

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM, ALHAMDULILAH HIRABBI AALAMIN


ASSOLATUASOLAMUALA ASRAFI AMBIAIWALMURSALIN WAALAALIHI
WASAHBIHIAJMAIN.

4. melati kuntum tumbuh melata,

Sayang merbah dipohon cemara,

Assalammualaikum mulanya kata,

Saya sembah pembuka bicara.

5. Yang Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob , Menteri Kemajuan Luar
Bandar dan Wilayah, Merangkap Ahli Perlimen Bera.

6. Yang Berusaha _________________, Pegawai Pelajaran Daerah Bera

7. Yang Berusaha En. Zulkifli Bin Mat Yusof, YDP PIBG SMK Tembangau

8. Yang dihormati, Pengurus-pengurus Felda seluruh Tembangau

9. Yang dihormati, Pengurus-pengurus FGV Tembangau

10. Yang dihormati, Pengurus Pelanting Jerneh Plantation,

11. Yang dihormati, Pengerusi JKKR Tembangau 1 & 2

12. Tok batin Pos Iskandar

13. Wakil – wakil Pengurus Felda Tembangau,

14. Barisan Guru2 Penolong Kanan SMK Tembangau

15. Barisan Guru SMK Tembangau


16. Ahli Jawatankuasa PIBG SMK Tembangau

17. Tuan-tuan dan puan-puan serta para hadirin yang di ratmati ALLAH sekalian

Bersyukur kita ke hadrat Allah swt di atas limpah dan kurniaNya dapat kita
berkumpul pada hari ini bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab kita
dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke 16.

Bagi pihak sekolah dan seluruh ahli jawatankuasa PIBG SMK Tembangau saya
amat mengalu-alukan kehadiran YB Dato’ serta tuan/puan tetamu jemputan ke
majlis kita pada hari ini. Sesungguhnya kehadiran YB Dato dan tuan/puan
semua dapat menyuntik semangat dan iltizam kami untuk berusaha
meningkatkan lagi pencapaian sekolah ini. Kehadiran tuan/puan menandakan
sokongan tuan/puan terhadap SMK Tembangau, dan merupakan satu titik
permulaan untuk proses kolaborasi antara sekolah dengan komuniti setempat.
Marilah kita sama-sama berganding bahu dalam menyahut saranan pemimpin
Negara untuk merealisasikan PPPM menjelang alaf baharu di tahun 2020. Saya
juga mengalu-alukan kehadiran tuan/puan para ibu bapa pelajar yang sudi
meluangkan masa bagi memeriahkan lagi majlis kita pada kali ini. Komitmen
tuan/puan akan dapat memberi keyakinan kepada kami khususnya dalam
menjalankan tugas kami, seterusnya dapat kami melaksanakan tugas terhadap
anak bangsa dengan jayanya InsyaAllah. Saya berpendapat ibubapa yang hadir
pada hari ini adalah ibubapa yang benar-benar mengharapkan kecemerlangan
sekolah dan juga kecemerlangan anak-anak kerana sesungguhnya penglibatan
ibu bapa merupakan salah satu faktor pendorong yang boleh menjadi motivasi
kepada anak-anak untuk memajukan diri dalam pelbagai bidang. Tidak lupa
juga, saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi2
penghargaan kepada YDP PIBG, En. Zulkifli Bin Mat Yusof dan seluruh AJKnya
yang telah banyak membantu pihak sekolah samada dari segi meluluskan
peruntukan wang sumbangan PIBG, dari segi sokongan moral, buah fikiran
malah sumbangan tenaga. Tanpa sokongan dan bantuan2 tersebut agak sukar
juga untuk kami para guru mencapai apa yang kami hasratkan.
YB Dato, tuan/puan sekelian, Mesyuarat Agung Tahunan merupakan satu
agenda wajib dalam kalendar pendidikan pada setiap tahun. Hari ini
merupakan hari yang dinanti2kan oleh para ibubapa untuk mengetahui apakah
agenda yang telah dan akan dilaksanakan bagi membantu anak-anak di
sekolah. Pada masa inilah peluang ibubapa untuk memberi pandangan serta
buah fikiran bagi membantu sebarang usaha sekolah. Barisan kepimpinan PIBG
merupakan sayap kiri di sekolah dalam membantu melaksanakan agenda yang
dirancang. Penglibatan pihak ibubapa yang aktif dalam PIBG akan dapat
memberikan impak yang positif kepada anak2 dan seluruh pelajar sekolah ini.

YB Dato, tuan/puan sekelian, di sini saya ingin berkongsi dengan tuan/puan


apakah aspirasi kami para pendidik di sekolah ini. Kita mempunyai matlamat
agar sekolah ini dapat mencapai sasaran yang kita tetapkan samada dalam
bidang akademik, Hal Ehwal Murid mahupun kokurikulum.

Dalam bidang akademik, kita sasarkan akan mencapai KPI yang ditetapkan dari
segi Gred Purata Sekolah, % Lulus dan bilangan pelajar yang mendapat Semua
A dalam peperiksaan PT3 dan SPM tahun 2016. Untuk PT3 2015 sekolah
menyasarkan 100% lulus bagi setiap mata pelajaran dan 3 orang pelajar
cemerlang. Untuk peperiksaan SPM 2016 pula, kami mensasarkan GPS adalah
4.42 dan peratus lulus 100% bagi layak mendapat sijil dan 2 orang pelajar
cemerlang (straight A) / semua A.

Dalam bidang Hal Ehwal Murid pula kita sasarkan % kehadiran murid melebihi
95% setiap hari dan tiada masalah disiplin berat. Sementara dalam bidang
kokurikulum pula kita sasarkan penyertaan yang lebih banyak untuk
pertandingan di peringkat Daerah. Negeri dan Kebangsaan dan juga ke
peringkat antarabangsa, serta meningkatkan lagi bilangan pelajar yang
mendapat gred A dalam pencapaian kokurikulum.

Bagaimanakah caranya kita dapat mencapai matlamat ini? Untuk mencapainya


kita memerlukan kerjasama dan sokongan daripada para ibubapa dan komuniti
setempat selain daripada tanggungjawab sekolah. Di sekolah, Penolong kanan
Pentadbiran dengan dibantu oleh 4 org Ketua Bidang, ketua2 panitia dan guru2
matapelajaran sentiasa memastikan proses P&P berlaku di bilik darjah,
program2 sokongan juga diadakan seperti kelas2 intervensi, seminar, teknik
menjawab soalan, kelas tambahan hujung minggu atau masa cuti, kem
motivasi dan sebagainya bagi tujuan membantu pelajar melonjakkan
pencapaian akademik mereka. Untuk menjayakan semua program ini, pihak
sekolah perlu mendapat sokongan moral dan kewangan dari pihak luar. Untuk
ini kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dato Ismail Sabri yang
telah membantu menjayakan program intervensi PT3 dan SPM serta kepada
PIBG sendiri yang memberi bantuan kewangan tambahan.

Untuk makluman YB Dato, tuan/puan, untuk peperiksaan SPM tahun lepas,


keputusannya begitu mengembirakan dan amat membanggakan. Dengan
keputusan GPS 4.84 SMK Tembangau mendapat tempat ke-3 dibelakang SMK
Seri Bera dan SMK Bera 32. Kalau dilihat peningkatan berlaku sejak dari tahun
2012 lagi. Dimana GPS 6.03 dan kedudukan di tangga yang ke-7 didalam
daerah dan 167 dari 191 buah sekolah didalam negeri Pahang. Manakala bagi
tahun 2013 GPS 5.13 SMK Tembangau dikedudukan ke-3 didalam daerah dan
kedudukan 102 didalam negeri. Manakala bagi tahun 2014 GPS 5.00 SMK
Tembangau dikedudukan ke-3 didalam daerah dan kedudukan 63 didalam
negeri. Dengan GPS 4.84 bagi SPM 2015 telah melonjakkan kedudukan SMK
tembangau ke ditangga yang ke-49 daripada 196 buah sekolah didalam
Pahang. Dua orang pelajar telah mendapat keputusan 7A dan 3 orang pelajar
mendapat 5A. Selain daripada itu,bagi sekolah-sekolah felda didalam negeri
Pahang SMK Tembangau mendapat kedudukan ke-2. Tahniah diucapkan
kepada guru-guru, PIBG, ibubapa, tuan/puan, anak-anak pelajar serta seluruh
warga SMK Tembangau.

YB Dato, tuan/puan sekelian, pihak sekolah juga amat mengambil berat


mengenai perkembangan sahsiah dan kerohanian murid2. Untuk itu, antara
aktiviti yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak sekolah adalah
seperti selamat datang sayang, progam pemimpin muda, majlis khatam al-
quran, pesta layang-layang, majlis sambutan hari raya, majlis berbuka puasa
dan solat hajat perdana bersama ibubapa, teknik menjawab, sarana ibubapa,
solat hajat setiap hari jumaat , bacaan Yaasin setiap hari jumaat, tazkirah,
motivasi, bacaan al maksurat, , alunan Qasidah, amalan bersedekah, menutup
aurat dengan sempurna dan selawat pada setiap pagi dan, zikir2 pendek
setiap pagi selasa dan khamis sebelum masuk ke kelas. InsyaAllah dengan hati
yang bersih dan suci, ilmu mudah menyerap dan lekat di hati. Di rumah adalah
tanggungjawab ibubapa pula untuk meneruskan aktiviti2 yang boleh
melembutkan hati dan jiwa anak-anak kita ini.

YB Dato, tuan/puan sekelian, dalam bidang kokurikulum pula, pencapaian


kokurikulum bagi sekolah ini pada tahun lepas berada pada tahap yang sangat
baik. Kita telah mencapai banyak kecemerlangan dalam aktiviti dan
kokurikulum termasuk persatuan/kelab, unit beruniform serta sukan dan
permainan.

Di sini sukacita ingin saya maklumkan bahawa pasukan nasyid sekolah


Robitahati telah menunjukkan pencapaian yang membanggakan iaitu mewakili
negeri Pahang selama tiga tahun berturut-turut. Baru-baru ini pula pasukan
nasyid ini telah menjuarai Pertandingan Bintang Mukmin peringkat negeri
Pahang. Menurut CIkgu Nazaihan pada tahun ini pasukan nasyid menyasarkan
sekurang-kurangnya akan mendapat nombor di peringkat kebangsaan. Oleh
yang demikian jasa baik YB Dato diperlukan untuk menyumbang peralatan PA
Sistem sebanyak RM 5000. Selain daripada itu pasukan olahraga sekolah telah
menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dengan menyumbang 6
pingat emas yang merupakan kutipan tertinggi sepangjang penglibatannya.
Pasukan Hoki telah menghantar seorang pelajar untuk mewakili Pahang ke
kejohanan hoki bawah 16 tahun yang masih berlangsung di K.Lumpur.
Manakala seorang lagi pelajar akan mewakili Pahang ke perkhemahan
peringkat kebangsaan unit beruniform KRS di Kuantan . Pada 24/3 baru-baru
ini saya telah dijemput ke istana di Pekan Pahang untuk menyaksikan satu
anugerah iaitu anugerah sijil pengakap raja. Dimana 2 orang pelajar kita telah
dianugerahkan sijil pengkarap raja yang telah disampaikan oleh tengku
mahkota Pahang sendiri. Mereka merupakan pelajar yang pertama didalam
dearah Bera ini dianugerahkan pengakap raja. Selain daripada itu 2 orang
pelajar kita juga terlibat di peringkat antarabangsa iaitu apabila mereka telah
menyertai satu perkhemahan Pengakap Jembori Antarabangsa di Perak pada
hujung tahun lepas.Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar tersebut dan
juga kepada ibu bapanya.
Pihak sekolah sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi pencapaian
kokurikulum dan sukan, sekali lagi, kerjasama tuan/puan sangat diharapkan
agar dapat memastikan dan membenarkan penglibatan anak2 dalam aktiviti
sukan dan kokurikulum sebagaimana yang telah dirancang oleh pihak sekolah.

Bagi meningkatkan disiplin pelajar, penguatkuasaan pemakaian pakaian unit


beruniform yang lengkap pada setiap hari rabu dipertingkatkan. Pihak sekolah
berharap tuan/puan dapat membantu menyediakan pakaian kadet beruniform
anak2 tuan/puan kerana kita mensasarkan pada bulan April ini semua pelajar
telah memakai pakaian kadet uniform masing-masing yang lengkap pada hari
rabu. Pakaian unit beruniform ini boleh didapati di kedai atau pun melalui guru
penyelaras unit beruniform masing2. Maklumat ini telah pun disampaikan
kepada pelajar2 mulai bulan januari lagi.

YB Dato, tuan/puan sekelian, dalam dunia tanpa sempadan ini, anak2 kita
bukan hanya menghadapi persaingan sesama mereka tetapi juga kemudahan
teknologi masa kini seperti penggunaan telefon bimbit, internet dan pelbagai
peranti / gajet yang mampu membawa anak2 tuan/puan mengelilingi dunia
secara maya. Walaupun banyak kebaikan yang diperolehi oleh anak-anak kita
jika betul cara penggunaannya, tidak kurang juga ia mampu meracuni fikiran
dan tindak tanduk mereka. Justeru, pemantauan serta bimbingan daripada kita
semua amat perlu, pimpinlah mereka untuk terus memelihara kesantunan
bangsa dan budaya kita. Kita yakin dan percaya benteng yang paling ampuh
untuk kita semua adalah dengan pegangan agama serta pegangan nilai
masyarakat yang kukuh.

Kepada YB Dato’ pihak sekolah dengan rasa rendah hati memohon peruntukan
kewangan untuk menampung menaik taraf kemudahan di perpustakaan
sekolah iaitu lima buah komputer untuk kemudahan pelajar. Selain daripada
itu, pihak sekolah juga ingin memohon dibina pagar batu dibahagian depan
sekolah seperti sekolah-sekolah lain didalam daerah Bera. Seterusnya kami
memohon supaya sekolah yang kelihatan usang ini dicat baru supaya kelihatan
ceria, menarik dan kondusif seiring dengan kecemerlangan sekolah.

Akhir kata saya memohon berbanyak maaf sekiranya terdapat kekhilafan


dalam ucapan saya tadi ada menyentuh hati dan perasaan YB Dato’, serta
tuan/puan. Segala yang baik itu semuanya hak ALLAH dan segala kekurangan
itu adalah dari kelemahan saya sendiri. Semoga pertemuan ini diberkati dan
dirahmati ALLAH.

Bunga dedap diatas pagar,

Anak dusun pasang pelita,

Kalau tersilap tutur bicara,

Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian wabillahitaufik walhidayah, wassalamualaikum wbt dan salam


sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai