Anda di halaman 1dari 3

Bismillahirrahmanirrahim,

Yang berusaha CIKGU ROSMAWATI BINTI MAT SOM, Guru Besar SK


DAMANSARA DAMAI 2
CIKGU HAJAH RADZIAH BINTI HASHIM , Guru Penolong Kanan
PENTADBIRAN.
CIKGU NORSILAWA BINTI BOHARI, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.
USTAZ SHARUDDIN BIN JAHARI, Guru Penolong Kanan Kokurikulum.
CIKGU NIK MOHD ZAKIA BIN NIK HUSSIN Guru Penolong Kanan PETANG.
CIKGU NORHAIRI BINTI SHEIKH ALI Guru Penolong Kanan PPKI.
Barisan Ahli Jawatankuasa PIBG, SK.DAMANSARA DAMAI 2 dan seterusnya
para
Guru-guru yang disayangi serta murid-murid cemerlang yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum..wbt.. dan salam transformasi..

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah


kurniaNya dapat saya memberi sepatah dua kata dan saya amat berbangga
kerana pada tahun ini sekali lagi SK Damansara Damai 2 telah berjaya
menganjurkan Hari Anugerah Kecemerlangan murid-murid bagi tahun 2019
dengan jayanya.

Pertama sekali saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada pihak
sekolah yang menjemput saya untuk sama-sama memeriahkan Hari Anugerah
Kecemerlangan ini. Saya mewakili PIBG sekolah ini mengucapkan sekalung
penghargaan kepada semua guru-guru yang tidak jemu mendidik anak-anak
kami sehingga berjaya seperti hari ini. Gandingan yang baik di antara Ibu
Bapa dan semua guru-guru serta kakitangan sekolah memungkinkan kejayaan
anak-anak ini. Semoga penghargaan ini akan meniup semangat yang lebih
kepada murid-murid yang berjaya khasnya dan kepada semua murid-murid di
sekolah ini umumnya.
Hadirin sekalian,

Karnival Senamrobikthon kita telah berlabuh tirai pada bulan Oktober yang lalu
dengan sambutan yang sangat padu daripada pengunjung yang hadir.
Kehadiran ibu bapa dan murid pada hari karnival tersebut sangat memuaskan
sehinggakan kupon habis terjual. Dikesempatan ini, saya selaku YDP PIBG
ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru-guru, ibu bapa
serta murid-murid yang memberi sokongan pada hari Karnival tersebut.
Syabas dan tahniah kepada semua !.

Anak-anak yang dirai sekalian,

Hari Anugerah Cemerlang adalah kayu ukur kepada prestasi


pencapaian pelajar. Bagi pelajar yang berjaya meraih anugerah cemerlang,
pihak PIBG ingin mengucapkan syabas dan tahniah dan bagi pelajar yang
belum berjaya jangan putus asa kerana preskripsi kejayaan ialah rajin, tekun
dan gigih berusaha. Usaha yang gigih akan menghasilkan kejayaan yang
cemerlang. Teruskan usaha dan jangan mengalah. Gunakanlah peluang yang
ada di sekolah untuk memperkasakan diri para pelajar sekalian dengan
kemahiran bersosial, teknologi maklumat, kemahiran berkomunikasi,
memimpin dan sebagainya. Tiada jalan pintas ke arah kejayaan. Nama-nama
seperti Datuk Lee Chong Wei, Pandalela Rinong dan Doktor Syeikh Muzaffar
seharusnya menjelma dalam kotak minda anda sebagai insan yang berusaha
gigih demi mencapai matlamat untuk meletakkan nama negara dipersada
dunia. Semangat juang inilah yang perlu dicontohi para pelajar.

Sebagai ibu dan bapa, kejayaan anak-anak pada hari ini merupakan titik
permulaan bagi meneruskan jalan kehidupan yang terbentang dengan
pelbagai ranjau dan rintangan ke arah pencapaian sebenar dalam kehidupan.
Semangat perjuangan yang murni, jati diri yang ampuh dan keteguhan iman
perlu disepadukan bagi membolehkan para pelajar meneruskan perjalanan
dengan penuh yakin dan tabah.
Tahniah, saya ucapkan kepada anak-anak pelajar yang telah berjaya
mencapai kecemerlangan. Semoga kejayaan demi kejayaan yang dicapai
pada masa sekarang dan masa akan datang akan menjadi pendorong dan
pencetus budaya cemerlang demi mencapai kejayaan yang lebih gemilang
pada masa depan.

Insya-Allah, komitmen PIBG untuk membantu pihak sekolah bukan sahaja


dengan memberi sumbangan wang atau dana daripada tuan – tuan dan puan
– puan, malah perkara utama yang saya harapkan selaku YDP PIBG ialah
pandangan dan pemikiran membina ke arah membantu pihak sekolah dalam
meningkatkan potensi anak -anak kita khususnya dalam bidang akademik dan
kemenjadian mereka.

Hadirin sekalian,

Bagi pihak PIBG, sekali lagi saya mengambil peluang dan kesempatan ini
untuk merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua
pihak yang telah berusaha dan bekerjasama dalam menjayakan majlis pada
hari ini. Akhir kata, selaku YDP PIBG, saya percaya di bawah kepimpinan dan
keprihatinan Puan Guru Besar dan guru-guru serta warga SKDD2, sekolah
kita akan terus menggilap prestasi yang lebih cemerlang dalam semua aspek
kelak, Insya-Allah.

Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, Wassalamualaikum warrah matullahi


wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai