Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN GURU BESAR

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh..
Terima Kasih Saudari Pengacara Majlis,
Yang Berusaha, Tuan Haji Mohd Zakir bin Hashim, Yang Dipertua PIBG SK(P)BT,
Encik Elias bin Mawardi, Naib Yang Dipertua PIBG SK(P)BT serta Barisan Guruguru Penolong Kanan, Guru-guru SK(P)BT, Pelajar-pelajar yang diraikan dan
seterusnya ibu bapa serta para hadirin yang saya muliakan.
Izinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya maka kita dapat berkumpul dalam
dewan yang indah ini bagi melaksanakan satu lagi agenda pendidikan yang diatur
oleh pihak pengurusan sekolah. Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa
Pengelola Majlis ini yang tentunya telah berusaha dengan gigih supaya majlis ini
berjalan dengan lancar dan teratur. Kita sedar, majlis seumpama ini amat perlu
dijalankan untuk memberi makna kepada kehidupan anak-anak yang bakal
mewarisi masa depan negara.
Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Saban tahun, pihak sekolah tidak pernah lupa mengadakan majlis untuk meraikan
kejayaan cemerlang pelajar-pelajar dalam bidang kurikulum mahupun
kokurikulum. Malahan bagi saya, majlis ini diadakan khusus untuk meraikan para
ibu bapa yang sentiasa meletakkan kecemerlangan dan kejayaan anak-anak
sebagai agenda pertama dalam kehidupan mereka. Jadi pada kesempatan ini saya
bagi pihak sekolah ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas bukan sahaja
kepada para pelajar yang bakal menerima anugerah malahan ibu bapa juga para
guru yang menjadi nadi atau tulang belakang sehingga membuahkan kejayaan
untuk mereka.

Sebenarnya, kejayaan seorang pelajar tidak hanya terletak pada usaha dan
kesungguhan yang dimainkan oleh guru semata-mata. Kita sedar, bahawa guruguru di peringkat sekolah rendah perlu harus Memberi, agar para pelajar
bersedia untuk Menerima. Selain insan yang ibarat lilin yang membakar diri ini,
ibu bapa juga perlu sentiasa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa
depan anak-anak mereka. Malahan tuan-tuan dan puan-puan, pada saya yang

paling utama kejayaan adalah terletak pada diri para pelajar itu sendiri, agar
sentiasa mempunyai komitmen dan motivasi diri yang tinggi sekiranya ingin
mengecapi kecemerlangan.
Sesungguhnya kita harus sedar bahawa dalam usaha menuju ke puncak, banyak
laluan sukar yang perlu ditempuhi. Oleh itu para hadirin sekalian, marilah kita
sama-sama berganding bahu untuk mencipta kejayaan demi kejayaan buat anakanak kita. Pada saya, kejayaan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan merupakan
satu anugerah kepada pihak sekolah dan ganjaran buat tuan-tuan dan puan-puan
sebagai ibu bapa mereka.
Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas
kepada semua murid dan saya sangat berharap agar kecemerlangan yang
ditunjukkan oleh para penerima akan menjadi pemangkin untuk para pelajar
mempertingkatkan mutu pencapaian mereka dalam bidang akademik dan bukan
akademik pada masa hadapan. Anugerah yang diberikan pada hari ini merupakan
penghargaan pihak sekolah kepada para pelajar yang telah menunjukkan prestasi
cemerlang dalam pembelajaran pada tahun ini. Tahap pencapaian yang
ditunjukkan sudah tentu boleh menjadi contoh serta ikutan kepada para pelajar
lain untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka pada masa akan datang.
Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua
penerima anugerah dan juga syabas kepada semua warga kerja yang bertungkuslumus menjayakan Hari Graduasi Sekolah Kebangsaan Perempuan Bandar Tinggi
pada hari ini.
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.

SENARAI KEHADIRAN TAHUN 6


BIL

NO. K/P

NAMA MURID

041014060268

ABISHA SUBASHINI A/P GANESAN

040103040176

BRENDEL LEE WEN XIMN

040703011678

FATIN FARHANA BINTI MAHMUD

041123101954

HO WOON XUAN

040903030208

NOOR ATHIQAH NAJWA BINTI RAZALI

040819011338

NUR SHYUADA BINTI ABDUL RAHMAN

040916010628

NURIN AFIQAH BINTI NAZRI

040201080948

PAAVITHRA A/P VASUDEVAN

040316010544

PUTERI ZULYQAH BINTI NOR KAMAL

10

040227011502

SITI NORAISYAH BINTI MASYKURUDDIN

11

040106141140

VESHALLINI A/P JEGAN

NAMA IBU BAPA

TANDA TANGAN

Anda mungkin juga menyukai