Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PENGETUA UNTUK MAJLIS APRESIASI SMK SENAI SPM

2023

Terima kasih pengerusi majlis.


Bismillahhirrahmanirahim.

Yang Dihormati En Md. Roheimi bin Tahir,


Yang Dipertua PIBG SMK Senai,

Barisan Pentadbir,
Ahli Jawatankuasa PIBG,
Guru-guru

Para penerima anugerah,


dan calon-calon SPM 2022

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera

Alhamdullilah, dengan izin dan keredhaan Allah SWT juga , Majlis Apresiasi SMK
Senai dapat kita adakan pada hari ini dalam suasana sederhana dan tentunya sangat
bermakna buat kita semua. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada jawatankuasa
pengelola majlis apresiasi ini kerana telah berjaya menzahirkan majlis ini dengan penuh
gemilang.  

Hadirin yang dihormati sekalian, 

Majlis Apresiasi ini diadakan khusus untuk meraikan dan memberi pengiktirafan kepada
murid tingkatan 5 yang menunjukkan prestasi cemerlang semasa peperiksaan percubaan
SPM yang lalu. Majlis ini juga sebagai perangsang kepada mereka untuk mencapai
kejayaan dalam segala bidang yang akan diceburi, malah diharapkan mengukir kenangan
manis dalam lipatan sejarah para murid. Semoga majlis ini juga dapat membuatkan
anakanda putera dan puteri tidak melupakan jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan
oleh barisan pendidik Sekolah Menengah Kebangsaan Senai.

Tahniah juga diucapkan kepada guru-guru yang bertungkus-lumus mendidik dan


memberi tunjuk ajar. Kami berharap, para murid dapat meneruskan pembelajaran di
mana-mana jua selepas SPM nanti dan seterusnya mencurahkan bakti kepada bangsa dan
negara sebaik sahaja melangkah keluar ke alam pekerjaan.

Sebenarnya Majlis Apresiasi ini dan peperiksaan SPM yang akan ditempuhi nanti
hanyalah titik permulaan jalan kehidupan yang akan diterokai. Di hadapan para murid
nanti, terbentang pelbagai rintangan ke arah pencapaian sebenar dalam kehidupan.
Semangat perjuangan yang utuh dan kekuatan iman perlu diperkukuh bagi membolehkan
para murid meneruskan perjalanan dengan penuh yakin dan tabah. Kami semua
mendoakan kejayaan dan kesejahteraan anda semua.

Kepada para murid, saya dan seluruh warga sekolah sentiasa mendoakan agar anda
semua dapat menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya mencapai impian anda
dalam bidang akademik dan kerjaya. Insya-Allah.

Sekali lagi saya bagi pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Senai merakamkan
penghargaan kepada guru-guru, dan para murid. Kepada guru-guru, iringilah perjuangan
para murid kita menempuh peperiksaan dengan doa agar kecemerlangan yang kita
harapkan tercapai. Kepada calon-calon SPM 2022, perjuangan belum berakhir. Teruskan
perjuangan anda.  

Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai