Anda di halaman 1dari 1

SEKAPUR SIREH

Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru SMK Keladi,Kulim.


Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Syukur ke hadrat Illahi dengan limpah dan kurniaNya, dapatlah saya bertemu
dan berpeluang bersama-sama dengan seluruh warga Sekolah Menengah
Kebangsaan Keladi serta ibu bapa para waris bertemu dalam satu matlamat
iaitu mencapai kerjasama yang lebih erat dan jitu dalam merealisasikan
harapan anak-anak kita.
Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua
pihak jawatankuasa yang telah berusaha bertungkus lumus untuk
menjayakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah
Menengah Kebangsaan Keladi agar dapat memberikan manfaat untuk anakanak kita secara khasnya.
Saya berharap agar semua pihak terutamanya ibu bapa dan para waris
bersama-sama berganding tenaga membantu para guru dan sekolah dalam
mencapai kecemerlangan anak-anak kita dalam era ini. Para ibu bapa ,waris
perlulah bersedia menghulurkan tenaga membantu anak-anak dalam terus
mencari jati diri mengikut acuan kita sendiri di samping mengejar kemajuan
dalam alaf yang serba mencabar ini demi kesejahteraan diri, keluarga ,
masyarakat dan negara yang berwawasan.
Akhir kata, saya sekali lagi ingin merakamkan ucapan terima kasih dan
sekalung tahniah di ucapkan kepada semua pihak yang telah berjaya datang
menghadirkan diri walaupun kita sibuk dalam urusan sehari-hari mencari
nafkah. Namun, demi kejayaan Persatuan Ibubapa dan Guru ini semua pihak
sepatutnya mengemblengkan tenaga untuk meneruskan cita-cita murni
wawasan sekolah dan negara. Teruskan usaha anda. Usaha dan kerja gigih
yang ikhlas akan mendapat balasan yang setimpal dari Allah S.W.T. Sekali lagi
selamat bermesyuarat dan muafakat membawa berkat.
Sekian, terima kasih.
MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT.
Salam 1 Malaysia,

.............................
(HASHIM B AHMAD)
Yang Dipertua
Persatuan Ibubapa dan Guru,
SMK Keladi,
09000, Kulim, Kedah

Anda mungkin juga menyukai