Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN PERASMIAN PERTANDINGAN KAWAD

PERINGKAT DAERAH SEREMBAN 1


TAHUN 2022

Terima kasih saudari pengacara majlis,

(Rujuk Salutasi)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera.

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul pada
hari ini bagi menyempurnakan hasrat murni untuk mencungkil bakat murid di Daerah Seremban 1 ini
dalam pertandingan kawad. Pertandingan seumpama ini amat bermanfaat kepada murid kerana acara
ini menguji keupayaan fizikal dan mental peserta.

Selain itu, semangat berpasukan yang kental dapat menjalin kekuatan ukhwah antara ahli
pasukan malah mengukuhkan semangat kekitaan sesama ahli pasukan. Pertandingan seperti ini juga
dapat menjadi agen pelengkap kepada pencapaian akademik murid dalam usaha melahirkan murid
yang seimbang dari segi jasmani emosi, rohani dan intelek selaras dengan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.

Selain itu, hasrat kerajaan untuk memberikan pendidikan yang berkualiti juga dapat dilihat
melalui keberhasilan melahirkan murid berkeyakinan tinggi. Semua sekolah sama ada sekolah
berasrama penuh ataupun sekolah harian mempunyai hak yang sama untuk bersaing.

Hadirin yang saya hormati,

Semua pihak perlu berganding bahu dan memberikan komitmen padu untuk memperkasa
kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah kerana ternyata aktiviti ini banyak manfaat dan impak
positifnya. Kegiatan kokurikulum dapat membina sahsiah, jati diri, disiplin dan nilai-nilai murni
di samping menjadi medan untuk mencungkil bakat dan potensi murid-murid.
Pertandingan kawad yang diadakan pada hari ini umpama menyuntik semangat persaingan
antara pasukan untuk memperlihatkan langkah, gerakan dan formasi yang terbaik malah
penglibatan murid-murid secara aktif dalam kokurikulum mampu mencetuskan daya fikir yang
kritis dalam kalangan mereka. Selain itu, semangat perpaduan antara kaum juga dapat
disuburkan. Murid-murid dididik dan diasuh untuk saling bekerjasama dan bertoleransi tanpa
prejudis sejak di alam persekolahan lagi. Dengan ini semangat perpaduan, persefahaman dan
keharmonian ini akan terus subur dan menjadi tunjang dalam menjalani kehidupan seharian
selari dengan konsep Keluaga Malaysia yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri YAB
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Hadirin yang dihormati,

Sebelum saya mengundur diri, saya sekali lagi merakamkan ucapan terima kasih kepada pengetua SMK DESA
CEMPAKA dan jawatankuasa pelaksana yang sudi mengundang saya untuk bersama-sama merasai kemeriahan
pertandingan ini. Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada pihak Pangkalan Udara Sendayan yang
telah memberikan kerjasama yang erat dalam penggunaan tempat yang sangat baik. Semoga hubungan ini akan
diteruskan untuk masa akan datang. Tahniah dan syabas juga kepada pasukan-pasukan yang berjaya mengungguli
pertandingan pada hari ini. Kepada pasukan yang kurang bernasib baik janganlah berputus asa tetapi teruskan usaha
anda agar kejayaan dan kemenangan akan menjadi milik anda nanti.

Dengan lafaz kalimah BISMILLAH saya dengan sukacitanya merasmikan Pertandingan Kawad Badan
Beruniform Sekolah-sekolah Menengah Daerah Seremban 1 bagi tahun 2022.

Anda mungkin juga menyukai